sekali dalam sebulan mesti makan dekat kedai ni.. kalau tak abah yang belanja,, suami cikliss yang belanja tapi kalau tetiba suami cikliss belanja sesiapa yang tetiba balik rumah abah langkah kanan dapat la merasa sekali.. sebab kalau makan sedap cikliss memang telefon abah ajak makan sesama..
alhamdulillah setakat ni rasa tak mengecewakan.. tapi kalau nak datang kedai ni biasanya cikliss deal by whatsapp segala menu yang nak dimakan terlebih dahulu.. nanti bila sampai sana janji sekian-sekian segalanya sudah terhidang tapi jangan risau diorang tetap kasi makanan panas-panas.. jangan lupa save nama..
ikan masak sambal ni la kegemaran abah dengan suami dan ini menu paling penting kalau datang sini.. ikan di goreng garing dengan sambal dia kick sangat.. siap ratah sampai hujung ekor.. ikan ni saiz dia sedang-sedang je tak berapa besar.. 1 hidangan ni dalam RM30.00 - RM45.00 ikut pada saiz..
siput gonggong pulak ikut pada musim pon request masak sambal.. sambal dia memang power tau.. eksotik kan siput ni.. memula memang cikliss tak gheti makan lepastu suami suruh try 1 dulu.. fuhhhhh next terus nak order je kalau ada hahaha.. 1 set siput gonggong RM15.00
biasa order sayur kailan masak ikan masin tapi malam tadi pergi tinggal sayur campur je.. takpe sedap jugak.. 1 hidangan RM15.00..
udang goreng tepung takde dalam gambar sebab udang lambat sampai.. tapi udang dia besar-besar 1 pinggan dalam 11 ekor.. 1 hidangan RM15.00
yang paling best makan dekat sini adalah murah sangat harga dia..4 ekor ikan malam tadi makan cuma RM135.00 sahaja.. tak kan abis duit sampai rm300 percayalah.. tapi meja penuh dengan makanan.. malam tadi alise makan sini menu seperti kat atas tu total harga dia RM273.00 sahaja / 11 orang punya makan siap tambah air milo lagi 1 jug.. berbaloi kan.. pergi la try sape yang duduk JB tu.. memalam boleh tengok orang mancing dekat jeti sekali..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan