tabung

Rabu, 3 Julai 2019

TravelLakiBini Ke Aonang Krabi, Thailand ~ 4 Hari 3 Malam #DAY1

assalamualaikum.. salam sejahtera

**2018 punya hahahahha


Setiap tahun suami cakap paling kurang sekali kena jalan jauh sikit (luar malaysia) tapi mesti hujung tahun sebab awal tahun bizi dengan banyak perayaan nak puasa / raya / raya haji.. takpe cikliss ikutkan jek walaupon segala tiket / booking hotel biasanya cikliss dahulukan pakai duit bonus CNY.. lepastu claim balik bahagi 2.. walaupon laki bini tetap kedekut hahaha #jangantiru


JB - KL *returned RM

KL - KRABI *returned

belum ada rezeki anak ni bolehlah melancong luar malaysia katanya.. siap-siap passport 5 tahun terus kan sekarang.. nanti kalau dah ada baby kita pusing kasi habis jalan 1malaysia pergi themepark / waterpark / zoo.. #taksabar

suami cakap je nak g mana cikliss terus survey tiket sebab kebanyakan flight luar ni banyak yang gerak dari KLIA.. sebab cikliss duduk JB tu yang kena transit.. kena amik kira jugak tiket dari JB ke KL tu masa nya macam mana dan biasanya KL ke JB banyak kali dah delay.. Tips dia kalau jarak antara 1 flight ke 1 flight dekat-dekat.. terus je inform dengan steward dia.. insyaallah dia bagi jalan dulu..



nampak tak cikliss yang banyak berangan.. hahaha bebetol planning baik punya sampai siap buat henna tangan.. lepastu last minute comform dengan si tukang henna ni..

malam sebelum bergerak tu cikliss DM si tukang henna bajet ni.. nasib available sebab biasalah hujung minggu kan ramai jemputan kahwin rupanya tukang henna ni tak sihat.. patut la tak amik job.. alhamdulillah nama pon bajet kan so 2 tangan gemok ni RM15 je.. murah kan?


- janji dengan akak ipar pakai overall sesama - 👧👧

pukul 5 pagi gerak dari Felda Sening ke Pasir Gudang sebab adik akak ipar tolong hantar kami ke senai Airport, flight pukul 7.30 dah boleh boarding.

tapiiiii  dalam perjalanan ada kisah lain pulak.. hahahahahahahaha

ada ke abang polis tahan kami masa dekat highway.. dia ingat kami ni pendatang baru sampai agaknya sebab kereta tu penuh muatan.. bagasi pulak penuh dekat bonet (kereta naza).. dah kena check IC sorang.. #kenanganbetul

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
terus cerita ke krabi jek.. transit ni biasa la menakung sehari dekat KLIA airport..

DAY 1


dalam flight siap-siap isi white card supaya masa imegresen sana tak kelam kabut.. alhamdulillah semua lancar..


jadiknya hari pertama kita cop passport jelah.. malam baru sampai krabi terus carik makan & beli segala tiket untuk aktiviti 2hari.. lamsam terus amik dekat 1 kedai ni sebab macam tak sempat nak survey dekat pantai ao nang (yang ramai blogger kata boleh dapat lagi murah)..

keluar dari airport cari kedai sebelah kanan.. jangan risau dia boleh cakap melayu yang sangat lancar.. simkad pon beli dekat sini jugak..

kos ada dekat sini (tekan link)


dari airport krabi ke sini kami naik taxi (include transfer).. sendu betol english dia.. ingat kan nak singgah terus night market tapi taxi nye terus je ke hotel.. 

makaaaaa inilah hotel kami.. berhadapan dengan bamboo restaurant & bersebelahan dengan goodwill hotel (harga tekan link).. keluasan yang maksimum untuk kami 2 orang & kedudukan sangat strategik yang mana sangat dekat dengan masjid aonang & tepian pantai (walking 15min)

harga untuk 3 hari 2 malam dan booking di AGODA.COM (harga tekan link) tapi masa check in hotel ini ada mintak deposit lagi 1000bath untuk 1 bilik sebab jaminan untuk pemulangan kunci bila check out katanya.. dikhuatiri kunci hilang ke ape.. 👀👀 masa check out dia pulang semula.. #kayabalik

lepas settle check in masa untuk isi perut dengan tak mandinya la pergi cari makan dekat bamboo restaurant.. depan hotel je tak risau..

halal dan harga macam biasa


siap-siap makan


ok settle hari pertama

1. makan dekat airport RM10.60
2. makan dekat bamboo seafood restoran 1232thb
3. 7eleven (rokok/jajan) 88.5bath


TravelLakiBini Ke AoNang Krabi, Thailand ~ Penginapan Bajet di Krabi, Thailand

assalamualaikum.. salam sejahtera

lepas sahaja booking penerbangan terus alise buat research untuk booking hotel pulak.. sebab tau kalau hotel ni kena pilih location yang sedang-sedang dari bandar / pantai dan ada kemudahan kedai di sekeliling samada kedai makan atau kedai runcit.. senang takyah sewa pengangkutan..

dan lagi satu kami pergi sendiri tanpa pakai agen jadi semua kena ikhtiar sendiri.. tu yang kena pastikan location ke satu tempat tak berapa jauh.. boleh jimat kos hanya jalan kaki sahaja.. pastikan jugak review orang ramai ye..


 
** booking on 20/03/2018 **

setelah di timbang tara.. alise pilih hotel Aonang Goodwill Hotel ni sebab ini rate paling bajet sekali.. memang terbaik siap ade view dari balkoni dan yang penting free cancellation sebab takut ade pertukaran flight ke ape kan.. masih ada masa boleh tukar.. harga tu bahagi dua dengan abang/akak ipar.. sebab pergi sama-sama..

lagi satu ada konsep " book now pay later ".. (pastikan dah dapat booking comformation  ye)

dan yang paling best depan hotel goodwill ni ada kedai makan yang paling ramai orang review & paling terkenal iaitu bamboo restaurant.. so senang takyah jauh-jauh cari makan nanti..





gambar atas ni selepas sehari alise booking.. nampak tak.. terus naik harga.. 👀👀👀👀
so jadilah pengguna bijak.. hahaha

tapiiiiiiiiiiii......

pada 3 sept tu dapat email kata kena bayar dalam masa 24jam untuk mengelakkan cancelled booking.. eh apa yang kuajaaaa sangat ni.. term kan pay later.. lepastu rate dia lepas SST terus naik jadi RM520++.. terus menggagau cari hotel lain yang lebih bajet dengan booking pay now sebab serik.. huhuhu




booking sebelah hotel goodwill sajerkkk "HARVEST HOUSE".. hahahaha dengan rate yang lebih rendah lega terus rasa hati.. keluasan hotel ni pon boleh muat lagi 1 katil queen tau.. selesa sangat..




Selasa, 2 Julai 2019

TravelLakiBini Ke Aonang Krabi, Thailand ~ Kos 4Hari 3Malam

assalamualaikum.. salam sejahtera


#travellakibini Hadiah #anniversarysetahunkitasayang ❤
06/10/18

Memula survey harga, then kumpul duit bonus CNY bulan 2, Dapat je tiket murah dari biasa terus sambar.. #masihmahal

** Senai - KL RM708 / 4 person
** KL - Krabi RM978 / 4 person

Lagi 2bulan nak sampai tarikh, kumpul duit lagi untuk hotel bajet 4hari 3malam di Harvest Hotel (sebelah goodwill hotel) RM423.84 untuk 2bilik..

Lagi 4 hari nak berangkat baru tukar duit (dekat malaysia)
** RM1031 = 8000baht

Sebab tak cukup duit sampai 2 hari tukar duit lagi (dekat thailand) sebab banyak beli ole-ole & baju basahan kat sana tapi masih ada baki 550baht lagi lebih deposit bilik
** RM300 = 2331baht
** RM300 = 2293baht  

Aktiviti di ao nang (study sikit² sebab 3 orang tu semua main follow jekkk). Beli siap-siap dekat airport total 8200baht untuk 4 person #ngamngamsoi 
1. 4 island include national fee + lunch (longtail) 
2. Elephant tracking / atv motor
3. Taxi transfer 2 way tapi balik naik van
4. Simcard 2pcs 

tambahan:
** sewa motor skuter 24jam 500baht untuk 2motor

#atkrabi #aonangbeach #lowseason