tabung

Memaparkan catatan dengan label soal jawab. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label soal jawab. Papar semua catatan

Selasa, 23 Julai 2013

Soal Jawab ~ Waktu Sesuai Berbuka


sumber : google

:: Soal Jawab Puasa ::
___________________

Soalan : 
Apa hukum jawab azan? dari situ saya nak tahu waktu berbuka kita boleh terus makan atau minum atau sepatutnya kita tunggu azan habis dulu? 

Ustaz Azhar Idrus ( Original ) : 
Hendaklah berbuka dahulu jangan tunggu habis azan kerana sengaja melambatkan berbuka hukumnya makruh. Selepas habis azan, boleh menjawab semuanya atau membaca doa selepas azan.


sumber : google


Selasa, 16 Julai 2013

Soal Jawab ~ Bersahur


sumber : google

:: Soal Jawab Puasa ::
___________________


Soalan : 
Kawan saya cakap betul ke kalau kita tak bersahur puasa kita batal dan betul ke bersahur itu wajib?

Ustaz Azhar Idrus ( Original ) : 
Kawan awak memang sudah tidak betul akalnya sebab bercakap perkara hukum sedangkan dia tidak mengerti apa-apa. Sahur bukan wajib tetapi sunat jer dan sah puasa tanpa sahur.





malas bangun sahur?
alasan - tido lambat tengok sebab tengok drama.. dari tengok drama baik qiamulail baca Quran.. dapat jugak pahala bulan ramadhan.. kalau awal bangun sahur kan bole sambung tido kejap sebelom pergi keje.. 

malas masak? 
tak kan masa buka habis semua makanan? mesti ada balance paling tak pon nasi mesti banyak lagi sebab time buka banyak bedal kuih, ngan air sedap-sedap kan.. tak habis kan boleh hangatkan lagi..

malas makan? 
minum jek air ngan makan kurma.. ada jugak khasiat..

p/s : benda yang senang jangan di anggap remeh.. yang remeh tu la pahala yang bole di kutip.. selamat beramal..

Khamis, 11 Julai 2013

Soal Jawab ~ Fadhilat Solat Teraweh


sumber : google

:: Soal Jawab Puasa ::
___________________ 


Soalan : 
Nak tanya kesahihan fadhilat solat terawih, ramai yang kata ia datang dari hadis palsu. 
Contoh, fadhilat malam pertama; keluar dosa-dosa orang mukmin pada malam pertama seperti mana dia baru dilahirkan(mendapat keampunan dari Allah Taala)


Ustaz Azhar Idrus : 
Jangan pegang dengan fadhilat yang dipertikaikan ulamak ini. Cukup sekadar kita yakini solat terawih adalah sunnah dan pahala sunnah amatlah besar di akhirat nanti.





insyaallah.. bulan ramadhan.. bulan untuk kita tingkat kan amalan.. jangan berkira nak melakukan ibadah rite..