tabung

Memaparkan catatan dengan label raya 2018. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label raya 2018. Papar semua catatan

Rabu, 11 Julai 2018

Marhaban Perempuan #rumahmertua

assalamualaikum.. salam sejahtera.

sejak dah jadi tuan rumah,, memacam alise masak untuk tetamu yang datang.. lepas je balik kampung raya ke 3 terus penuhkan stock barang basah.. beli mee kuning 3 paket / frozen fish cake / nugget / taugeh / bawang goreng.. yang mana bole simpan beku terus potong kecik.. macam sayur dah siap hiris kecik-kecik.. senang nanti terus lebur je..

raya ke 6 ada marhaban blok untuk perempuan sahaja..nasib baik cikliss masih cuti bolehlah masak best-best.. dapat la join marhaban separuh rumah sebab lagi separuh raya ke 5 dah mula..

tuan rumah rasa dulu yummy

disebabkan hujan renyai- renyai cikliss rebus makaroni 1 plastik setengah dengan buat sup tetel lembu (ngecek laki lebihan potongan daging sate).. panas-panas masuk dalam plus.. siap dengan air kopi.. wowwww merecik menu..

meja makan

sampai tak cukup cikliss rendam lagi mee kuning 1 paket.. pon habis jugak.. lagipon sebab rumah orang lain takde sediakan makan berat macam rumah cikliss.. tu yang sup cikliss laku keras tu.. tak sangka ramai sebenarnya.. kerusi putih tu pon terpaksa tolak ke belakang lagi..

sampai jiran suruh buat lagi sebab dia tak dapat rasa.. wakakaka rasanya lepas ni mesti rasa nya jadik lain.. biasa 1st masak memang sedap.. next terus lupa apa yang di campak..


lanje 1 pic ohteeteedee.. kucing pon sibuk je nak lalu.. haishhhh


Selasa, 26 Jun 2018

Raya Pertama 2018

assalamualaikum.. salam sejahtera

macam mana raya tahun ni?? banyak makan kuih raya?? ketupat rendang??

alhamdulillah tahun ni sempat tidur 2 jam sebelom pagi raya.. order satey masyuk jugak tapi tak lebat macam tahun lepas.. yang lebat hujan je pagi raya tu.. ekekekee.. maybe orang yang order tahun lepas, tahun ni turn rumah mertua #sedapkanhati


tahun ni jugak abang suami raya bersama.. cuma akak sulung je tak balik.. hati masih marah tak pelah.. kita buat macam biasa.. malam raya layankan anak sedara main bunga api sampai hangus kuah sate..

lepastu kan, pagi raya tu ada bakar live dekat rumah abah untuk orang marhaban.. terus takde posing berdua kami laki bini 🙇🙇 ada gambar berdua dalam kereta je sebelom nak cod satey.. dengan tak bersampin.. hmmmmm lepastu tiba turn nak bersalam.. kami laki bini skip bakar kejap lepastu tukar balik baju.. nak salam laki bini pon xde #ampunsuami ❤❤



malam raya sebelum tidur tu baru siap masukkan duit dalam angpau.. selamat tukaran pat ratus ringgit (share 2 dengan suami).. asingkan untuk anak buah / saudara-mara / orang marhaban / orang datang beraya.. ikut kaler angpau..

kuih pon sama.. terus masukkan balang siap-siap.. tapi sekali masuk bekas sekali masuk mulut.. sedap-sedap kuih yang cikliss order tahun ni.. opssss

setakat ni ada sikit je lagi kuihnya.. tart nenas dengan kuih kacang tumbuk tu kuih pertama dalam simpanan lebur dalam mulut.. habisssss


 ini sebahagian tempahan di pagi raya.. start bakar dari pukul 2.30 pagi sampai pukul 6.30 pagi sebanyak 3000 cocok.. cikliss punya kerja masukkan kuah / potong timun dengan susun sate masuk aluminium form.. pakai buang jelah senang kerja tuan rumah.. moga dilimpahkan lagi rezeki sampai tak menang tangan layan order untuk open house.. rumah sendiri hujung-hujung raya insyaallah.. ramai yang menantikan..