tabung

Memaparkan catatan dengan label ikan masak cili api. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label ikan masak cili api. Papar semua catatan

Isnin, 8 September 2014

Hasil Laut

assalamualaikum.. salam sejahtera

semalam 1hari alise masak lauk semua pedas2.. nasib la mak abah bole telan.. tengok pada barang yg nak dimasak jugak la kan..

sebab semalam abang alise pergi mancing.. cuaca pulak elok.. mendung2 redup jek.. so dapat la balik 3 jenis haiwan.. hahaha.. tak lame pon.. pergi pukol 1.. pukol 4 dah balik dah.. erm.. tak tanye pulak di mancing kat mane..




rezeki la ni.. alhamdulillah.. selalu kalau mancing dapat anak2 ikan jek.. kalini dapat siput sedut.. dapat ikan sembilang dengan udang.. ( ke udang tu dia buat umpan erk?? tapi banyak jugak dalam 10ekor )

biasanye kalau masak pakai cili / lada ni tangan akan pijar kan.. so tips alise nak bagi senang je..

* kalau perah kelapa pakai santan parut.. hampas jangan buang.. hampas kering ni bole buat lumur / bilas2 tangan lepas masak..

* lumur tangan dengan minyak masak yang baru.. dalam 3min mcm tu baru bilas tangan dengan sabun seperti biasa.. insyaallah


Khamis, 3 Oktober 2013

Makan-Makan Hujung Minggu Lepas.. Resipi Selambak

hari minggu la baru dapat masak lauk2 yang meriah.. kalau hari biasa memang goreng telur,, goreng ayam  jek dan 1 jenis lauk.. tu pon dah bersyukur kan.. 


tengokkkk.. mane tak meriah lauk.. lagi meriah kalau kena time gaji.. best masak-masak.. lagi-lagi kalau adik beradik makan sampai habis nasi 2 pot.. peh.. ada yang jilat jari.. tak cakap sedap pon dah tau dah.. hahaha..
sambal goreng

bahan-bahan :
10 batang lada besar - di hiris nipis
1 labu bawang besar - dihiris nipis
3 biji kentang - dihiris nipis & di goreng sebentar
1/2 genggam ikan bilis - di blender kering
so hoon & tauhu kering - di rendam

cara masak :
1. tumis bawang besar, ikan bilis blender dan cili hiris.. gaul sebentar sampai layu..
2. masuk kan pula kentang yang di goreng tadi..
3. masukkan perasa, garam dan sedikit kicap..
4. akhir sekali masuk kan so hoon & tauhu kering yang di rendam.. gaul rata..

kerang rebus

bahan-bahan :
1kg kerang
1 batang serai - di titik
1 inci halia - dihiris nipis
1 labu bawang besar

cara masak :
1. panaskan kuali dengan sedikit minyak.. tumis serai dan bawang besar bersama dengan halia..
2. masukkan kerang.. diingatkan supaya tidak meletak air kerana kerang akan mengeluarkan airnya sendiri..
3. letak perasa.. siap..

sup ayam bebola ikan

bahan-bahan :
1/4 ayam - di potong kecil
20 biji bebola ikan
kayu manis
daun sup
bawang kecil - dihiris nipis. kemudian di goreng garing

cara masak :
1.rebus ayam hingga empuk.. 
2.masukkan pula bebola ikan bersama dengan kayu manis..
3.apabila kesemuanya sudah empuk masuk kan pula bawang yang di goreng tadi bersama daun sup yang di cincang halus..

ikan ayam masak kencur cili api

bahan-bahan :
1 ekor ikan ayam
10 biji cili api - di blender
1 labu bawang - di blender
1 inci halia & kunyit - di blender
2 ulas kencur - di blender
1 batang serai - di blender
daun kencur - dihiris halus

cara masak : 
1.lumur serbuk kunyit dan garam keatas ikan dan goreng sebentar..
2.minyak yang sama tumiskan bahan blender hingga naik bau..
3.masukkan pula daun kunyit bersama serbuk perasa & sedikit garam..
4.masukkan pula santan pekat bersama ikan yang di goreng tadi..
5. gaul sebati dan tunggu sehingga santan mendidih.. gunakan api perlahan..


** hari ahad dah mula masak ngunjung untuk raya aidiladha pulak.. sebab adik beradik lain memasing cuti 1hari jek hari selasa tu.. takut tak sempat nak buat persiapan kan.. 

** abah ada tolong orang korban.. tak sabar nak makan sup tulang.. abah masterchef tau masak sup tulang..