tabung

Selasa, 8 Januari 2019

Perbaharui Lesen SSM Paling Cepat di BSN

assalamualaikum.. salam sejahtera

Selamat Tahun Baru ke 2019 yang dah berlalu 8 hari.. entry pertama setakat ni.. 😄😄
hukhukhuk.. cepatnya masa berlalu tetau nanti dah gaji bulan baru.. opsss

ni nak cerita pasal peniaga yang hendak memperbaharui lesen SSM dengan masa yang paling pantas.. (tengok pada kawasan) sebab alise buat ni 10 min settle dah.. tekan no terus kena panggil. tapi apa-apa isi borang dulu sesiap ye.. mintak dekat kaunter, isi baru amik no.. jangan selfish ye.. 😁😁  selain tu SSM jugak boleh  renew dekat UTC jugak..

- contoh borang - 


jikalau korang adalah wakil kepada pemilik SSM cuma diingatkan untuk selitkan sekali salinan IC pemilik & borang asal SSM (untuk semakan).. tu jek senangkan.. setahun RM60.00 sahaja tapi disebabkan  dah tamat tempoh selama sebulan setengah jadiknya kena denda RM33.50 huhuhu.. keseluruhannya berjumlah RM93.50.. 

diingatkan kalau taknak kena denda kena perbaharui lesen sebelom tamat tempoh ye.. kecuali kalau kau memang banyak untung berniaga 😝😝