tabung

Jumaat, 20 Julai 2018

Diet Atkins!! Dengar Macam Senang

assalamualaikum.. salam sejahtera

tadi sesiap transfer gambar masuk dekat pendrive.. buang segala gambar yang dah ada kat blog.. sekali delete banyaknyaaaaa gambar makanan masa kurus dulu.. kasi semangat nak makan punya pasal siap ambil gambar lelawa..

simple je masaknya :

pagi
1. rebus 2 biji telur separuh masak dalam 4min sebab nak kasi kuning nye cair di mulut.. yummy
2. air 1 liter

tengah hari
1. ayam 2 ketol @ ikan 2 ekor
2. kangkung rebus / kobis masak air / kobis goreng / bayam rebus
** ambil sayur jek kuahnya tak payah
3. air 1 liter

pukul 3
1. telur dadar 1 biji
2. air 500 ml

balik kerja
1. sup sayur @ sup ayam
** kuahnya tak payah hirup
2. air 1 liter

then kalau lapar lagi gorengkan nugget ayam yang dah siap frozen sesiap..

gigih sangat dulu setiap pagi masak dari sarap / makan tengah ari sampai makan petang. malam takdenya masuk dapur dah.. sekarang nak minum air masak pon malas.. sayang betol dekat lelemak..
sempat la melaram pakai kebaya adik punya masa raya..


sekarang baju saiz M semua dah sedekah dekat kekakak.. untung merasa baju baru.. dahlah baju i semua lelawa.. hikhokhikhok.. end up i kena beli baju lain sekarang saiz xxl.. lepas kawen semua berubah.. memboyot dengan laki sama-sama perut maju kedepan.. kahkahkah

1 ulasan:

Shafyqah Azahar berkata...

susah betul nak diet sekarsng, ada je benda sedap T_T