resipi ni masa cikliss puasa 6 bulan syawal tuari.. gigihnya sampai g SKS beli pedal sekilo baru rm4.00 je.. tapi pakai nye 5 bijik jek.. sebab kan makan sorang buat sekali masak jek.. pengaruh tengok ig story hanis zalikha.. 👏👏
bahan-bahan
1. pedal dihiris nipis kemudian letak serbuk kunyit dengan garam kemudian gaul sebati lepastu gorengkan sebentar
2. soon rendam sampai lembut
3. bawang besar / bawang merah / bawang putih ** mayang halus
4. kacang buncis dipotong serong
5. lobak dipotong memanjang
6. air asam jawa sedikit sahaja
7. lada dihiris nipis
cara-cara
1. panaskan minyak kemudian tumiskan bawang hingga layu
2. masukkan lobak / kacang panjang sehingga sedikit empuk
3. masukkan air asam jawa
4. masukkan pedal & soon
5. sebatikan rasa.. Siap!!
** kalau rasa nak warna gelap boleh letak kicap sedikit..
1 ulasan:
senangnya resepi ni..blh cuba ni..:)
Catat Ulasan