macam mana raya tahun ni?? banyak makan kuih raya?? ketupat rendang??
alhamdulillah tahun ni sempat tidur 2 jam sebelom pagi raya.. order satey masyuk jugak tapi tak lebat macam tahun lepas.. yang lebat hujan je pagi raya tu.. ekekekee.. maybe orang yang order tahun lepas, tahun ni turn rumah mertua #sedapkanhati
malam raya sebelum tidur tu baru siap masukkan duit dalam angpau.. selamat tukaran pat ratus ringgit (share 2 dengan suami).. asingkan untuk anak buah / saudara-mara / orang marhaban / orang datang beraya.. ikut kaler angpau..
kuih pon sama.. terus masukkan balang siap-siap.. tapi sekali masuk bekas sekali masuk mulut.. sedap-sedap kuih yang cikliss order tahun ni.. opssss
setakat ni ada sikit je lagi kuihnya.. tart nenas dengan kuih kacang tumbuk tu kuih pertama dalam simpanan lebur dalam mulut.. habisssss
ini sebahagian tempahan di pagi raya.. start bakar dari pukul 2.30 pagi sampai pukul 6.30 pagi sebanyak 3000 cocok.. cikliss punya kerja masukkan kuah / potong timun dengan susun sate masuk aluminium form.. pakai buang jelah senang kerja tuan rumah.. moga dilimpahkan lagi rezeki sampai tak menang tangan layan order untuk open house.. rumah sendiri hujung-hujung raya insyaallah.. ramai yang menantikan..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan