assalamualaikum.. salam sejahtera
alhamdulillah kandungan nak masuk 18weeks dah.. setakat ni semua berjalan lancar.. berat maintain je takde turun malah semakin naik.. selera jangan cakap la membuak-buak nak makan.. mulut nak mengunyah jek.. tapi limit la makan pon nasi 2x tu pon suku-suku separuh lepastu pagi dengan malam wajib minum susu fresh milk farm fresh secawan dengan kurma 3bijik..
mengidam??
setakat ni apa yang terasa di tekak semua dah dapat
** mee bandung - akak buat masa majlis merisik adik perempuan
** kuew tiow hotplate - makan dekat medan selera kipmart masai.. ni masa mula-mula tau pregnant..
** bihun kuning - masak sendiri lepastu letak limau sambal.. siap buat telur masak sambal..
** roti jala kari kaki ayam - masak sendiri.. masa nak buat ni balik kerja terus sinsing lengan sampai nangis tau sebab suami tak tolong.. hahaha emosi betul. tapi tengok suami lagi makan banyak ehhh senyum kambing pulak kita..
** durian - seumur hidup cikliss tolak durian ni tup-tup anak dalam perut mintak sikit.. terpaksa la colet sikit.. mujur masa tu ada jiran bagi durian.. eh sedappppppp lah.. (jiran baca ni kompom kena ketawakan)
alahan pulak??
setakat ni cuma uwek-uwek sehari tu dalam 3 ke 4 kali je.. tapi takde la sampai muntah isi.. cuma macam ada deria tak boleh masuk jamban.. memang depan pintu la uweknya.. alhamdulillah suami senang jaga kita..
tapi kalau balik keje, nampak bantal memang melepek habis ye.. tido pakej dengkur.. lagi sekarang suami dah pasang aircond kat bilik.. allahu malas nya nak bangkit katil..
masak ke ape semua still macam biasa cuma masa mula-mula dapat tau mengandung, suami ajak makan luar je mujur masa tu dia cuti sebulan sebab stall satey tengah renovate (allah sebaik-baik perancang kan).. angkat berat semua automatik semua suami buat termasuk buang taik anak kucing dia..
setakat ni tu jelah..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan