tabung

Jumaat, 13 Disember 2019

TravelLakiBini Ke Aonang Krabi, Thailand - 4Hari 3Malam #DAY 2

assalamualaikum.. salam sejahtera

entry Krabi
** kos
** penginapan
** day 1

DAY 2

hari kedua ni seharian kita main air. driver pick up dekat hotel pukul 9.30 pagi terus ke jeti.. 1 kumpulan dengan mat saleh weeehuu naik mini van.. 


turun hotel pakai seluar jeans sebab yang cikliss bawak tu dia tak konpiden lasaknya..hahaha mujur bawah hotel kedai dah bukak hah beli seluar pendek kat situ jek dengan cover hp yang boleh selam dalam air.. 


yeeehaaa naik tuk tuk dengan mat saleh.. siap-siap ambil depan hotel*include pakej


tuktuk stop dekat mariam travel & tour.. dekat sini kalau nak beli tiket secara walk in pon boleh mana la tahu korang tak sempat servay dekat ao nang kan.. dekat sini jugak diorang siap-siap briefing pasal life jacket dengan kaki katak & google pon ada.. completeeeee


lepastu terus ke jeti.. keadaan jeti untuk mengambil penumpang.. sebelom kesini kena jalan sikit dalam 100m ye. senaman sikit la panaskan badan.. kami ambil 4 pulau dengan speedboat seramai 10 orang..

harga tekan sini tak ramai so fun sikit..


sebelom ke pulau pertama kami ambil penumpang dekat pulau lagi 1 tak ingat pulak nama pulau tu.. opppps dapatlah bergambar dengan mat saleh sekeping.

1. Pulau Tup

menariknya dekat sini sebab ada penyambungan laluan berpasir antara 2 pulau.. dekat sini kami stay dalam 1jam setengah.. pulau pertama kan syok sikit main air.. cuaca pon tak panas lagi maka berterbangan la kami.. hahahha


2. Pulau Ayam

dekat sini kami tak turun sebab feri hanya buat lawatan pusingan sahaja.. korang rasa tu ayam ke unta?? hahahaha

3. Pulau Koh Poda

panas giler hokay waktu ni dekat jam 2.. rentunggggg duduk atas feri nasib siap-siap sunblok dalam bag rupanya tetap sunburn.. kat sini tak lama dalam setengah jam sebab takda ikan hahaha nasib cikliss tak turun.. 

abang dengan akak ipar je yang snorkeling.. cikliss hirup pemandangan atas feri jek.. hahahaha serik nak turun lepas kejadian lombok tu.. masih trauma lagi sampai sekarang.. (read: masih takut kejadian di lombok tekan sini)



dekat pulau ni kita makan tengahari percuma (yang ini termasuk dalam pakej) lauk pauk sedapnyaaa.. beratur ye korang kalau lambat turun dari bot memang tinggal bekas jelah.. sebab mat saleh makan banyak tau.. 


lepas makan mata kuyu terus macam nak tido ye.. hmmmm punyalah lama nak tunggu turn untuk ambil gambar dekat signature pulau ni.. lama betol tourist tu bergambar macam tak tengok orang sekeliling.. dah lah panas.. 

4. Gua Phra Nang

dan ini pulau yang terakhir yeyyyy.. bestnya dekat sini sebab ada orang dokong *mata jangan ke atas sangat ye*.. hahahhaa


masa ni sebenarnya hujan lebat jadiknya kita masuk dalam gua sebab nak berteduh.. sekali asst feri ni nak ajak kita pusing gua pulak.. huishhh seram sebab fikir mesti banyak kelawar.. rupanya takde ye.. 

tapi kita jumpa 1 port katanya dekat situ ada mutiara.. allahu aa'lam betol ke tidak tu.. tapi jauh ye nak kedalam.. punya berhati-hati sebab tak nak musnahkan batu kapur dia tu.. 

dekat sini pon ada tourist yang buat climbing.. syokkk je.. 


sempat bertapa dalam gua jap sambil menuntut ilmu sehari.. hahaha

========================================================================

sambung cerita malam pulak..


balik dari snorkeling terus balik hotel mandi solat semua suami cikliss kata "jom sewa motor pergi pasar malam? kita pon on jelah.. booking dengan owner hotel jek pandai la dia panggil kawan dia.. tapi nak reminder siap-siap. 

masa nak booking ni korang kena stanby 1 copy passport ye sebab kalau takde diorang akan amik passport original salah sorang. cikliss tak tahu sekali suami tanya passport dia.. pffffttt teruk eh kena bebel.. 

tuang minyak penuh sebab mcm jauh je night market tu dalam setengah jam jugak ikot waze.. (waze pon kaunter hotel yang search). 

perjalanan walaupon kiri kanan gelap hutan alhamdulillah takda perkara pelik sebab jenis suami ni dia mcm ingt semua jalan so takde sesat.. 


boleh kata meriah dengan makanan jugak la sampai ada 1 signature makanan tu cikliss lupa ambil.. tertinggal dekat kedai dia..

dekat sini cikliss beli ole-ole dengan baju sejuk suami sebagai kenangan.. 

sejam dekat night market kita gerak ke tepi pantai ao nang pulak.. allahu meriah betol suasana dia.. suami dah hint tu nak pergi lagi.. **nak duittt


sebab dekat night market tak beli jadiknya kita beli dekat tepi pantai jukjuk sampai tulang.. dengan banana pancake.. lebih kurang roti canai je cuma kulit dia garing sikit kan.. pusing lagi depan sikit nampak orang buat passpoprt cover.. murah yakmat terus beratur depan kedai dy.. hahahhaa

ok settle di hari ke2.. senyum sikit nanti nak sambung last entry day 3 pulak.. 

kos hari ke2
rokok / jajan 89baht
seluar pendek / cover hp 145baht
Potato cheese 69ee 300thb / kopok lekor 200thb
Baju 300thb
Seluar batik 230thb
Baju sejuk 450thb
Keychain 200thb
Kebab 59thb
7 eleven 55.8thb
Pancake 60thb
Roll ice cream 1oothb
Passport cover 2oothb
Tomyam paste 2oo x 2 / maggi 1oothb / keychain 180thb = 680thb





1 ulasan:

Siti Yang Menaip berkata...

cantik2 pantai n laut kat Aonang ni..
belum sampai lagi insyallah dalam perancangan =)