tabung

Sabtu, 2 Februari 2019

TravelLakiBini Ke Lombok ~ 4Hari 3Malam Complete Entry


assalamualaikum.. salam sejahtera

**dah berapa kali edit entry ni pon xtau.. hahahaha lama naw nak mengarang.. setahun dah berlalu kot 👅👅 hamik kau 1 entry panjang terus.. 


day 1 - ahad 10/09/2017
** Felda Sening - Senai JB - KLIA

sebelum gerak ni macam-macam cabaran terpaksa hadap dari rumah.. dengan hp rosak terus g kedai dekat bandar penawar beli oppo melayang rm600 pejam mata bayar.. dengan suami belah bahagi.. haishhhh.. 👊👊

patah balik rumah semula, 7.30 malam ambil suami terus gerak pergi airport senai suruh abah hantar.. gerak dari rumah ke airport JB (transit) lepastu flight ke KL.. flight ke KL pukul 10.30 malam tapi delay sampai pukul 12.30 malam baru terbang sebab cuaca buruk.. melanguk patah pinggang.. 


alhamdulillah pukul 1 lebih dah sampai KL.. tersandar la tepi tiang cari port nak tidur.. tapi hampa semua pon full.. ramai transit kat airport jugak maybe terbang pagi.. mood tak okey 💔

_________________________________________________________________________________

day 2 - isnin 11/09/2017
KL - LOMBOK
** dusun sade
** kuta beach
** tanjung aan



masa dalam flight isi form siap-siap sebab nanti dekat kastam dia terus je beratur.. sistem dia sangat perlahan..

flight seperti dijanjikan 9.20 pagi sampai dah ke lombok. alhamdulillah semua berjalan lancar. sampai je airport terus carik supir..terpampang nama sendiri.. ni 1st time pakai supir, booking seminggu awal..


Supir Lombok Agong 0062-85333036363


dengan tak mandi jalan je terus..tempat pertama yang dilawati adalah DUSUN SADE sebab perjalanan jauh makan masa 1 jam lebih kurang.. pemandangan kiri kanan sangat damai je.. cuma kami ni sebagai pelancong cuak sikit la tengok pemanduan orang sana.. kerap pakai hon tapi x berlakunya kemalangan.. pro sangat.. 

dan di setiap 50m pasti ada surau.. sangat mudah untuk persinggahan solat..
baju putih tu tour guide dalam dusun tu.. banyak la ceritanya dari sejarah melarikan anak dara orang sampai ruang rumah pon dia cerita.. sangat detail.. cuma tu la alise ni sejarah F9.. hahahaha 😅😅



supir bawak kami makan tengah hari dekat sini dulu sebelom meneruskan perjalanan..beriya order pelecing kangkung / nasi goreng ayam / mee goreng.. hmmm tak habis.. padahal lapar ni seharian tak makan.. memang tak kena selera tekak pulak makan kat sini.. tapi telan jelah sebab memang dari pagi tak makan kan..



ini tempat kedua kami sampai iaitu TANJUNG AAN BEACH.. air pantai yang sangat jernih kebiruan sampai rasa nak terjun jek.. walaupon nampak panas bahang kan.. tapi berangin jek.. ambil gambar sekejap sambil pusing-pusing pantai..

katanya lombok ni bersebelahan laut australia. kata supir kami lah 😝😝😝



lepastu terus gerak ke TANJUNG AAN.. dekat sini xlama pon.. ingatkan nak naik gunung merese.. suami kata ramai nya orang kat sana.. kensel terus.. padahal perut kenyang nak tido kan.. burrrrr.. (lepas makan di Anda Restaurant)..

terus balik hotel, check-in di Hotel City Mataram.. hotel ni sangat rekemen sebab tempat strategik antara airport / gili trawangan.. 

hotel yang sangat kemas / bersih.. masa cikliss menginap disini cuma ada 2 family jek.. so keadaan tenang-tenang.. sangat friendly.

_________________________________________________________________________________

day 3 - selasa 12/09/2017
** gili trawangan





pukul 8 keluar dari hotel menuju terus ke naik speedboat terus sebab kejar masa sebab percutian ni singkat.. kalau bole semua nak pergi.. speedboat ambil masa 10 min macamtu .. kalau naik boat biasa ambil masa 1 jam (Speedboat dah termasuk dalam pakej supir).. kesian terumbang ambing dengan bawak barang lain.. boleh mabuk laut. tapi sebelum pergi jeti (janji jumpa di jeti pukul 9) so ada masa sikit supir sempat bawak kami ambil gambar dekat tepi laut.. lawa sangat tempat ni sebab dikawasan tinggi boleh nampak keseluruhan laut.. indahnya ciptaanmu.. 


disini aktiviti dari 10 pagi sampai 3 petang.. cikliss ambil pakej untuk 3 pulau & yang terakhir makan tengahari (makan tidak disediakan) tapi kat pulau last tu ada restoran..

pulau pertama sempat turun untuk snorkeling.. tau-tau hilang bot dari radar hahaha.. terbenam dek arus kuat.. nasib la sempat paut kaki mat salih mintak tolong hantar pergi bot.. rupanya laki cikliss pon tak perasan mana cikliss hilang.. kuang asam gemok gini sampai tak perasan kan.. membongakkk..

next pulau kedua dengan ketiga terus takde nafsu nak turun.. rakam ikan dengan turtle pakai go pro jek tengok keindahan dalam laut.. siap bagi makan jajan maggi tu hah semata-mata nak pancing ikan tu supaya datang dekat.. 

yang tak syoknya, masa duduk dalam bot tu boleh pulak kena mabuk laut.. loya nak muntah kaw-kaw.. kan bot parking kan lepastu ombak pulak kuat.. huishhhh pening kepala.. sikit lagi nak terkeluar isi perut.

masa lunch pon x makan.. tapi tengok menu kemahin nafsuuuu.. hahaha perangai kan..


** sasaku (kedai cenderahati)

ikut kan badan memang penat sebab siang bermain dengan air kan.. tapi bila pikir balik esok dah check out keluar jugak la malam cari cenderahati api yang boleh dibawa balik.. nasib hotel x jauh tempatnya.. 

sasaku ni tak lah besar mana kedainya.. cuma ada tshirt/kain dengan makanan jek.. dapat la beli 4helai tshirt dengan jeruk nangka. sini tshirt memang lawa-lawa.. harga fix.. sendiri punya baju pon tak beli sebenarnya sebab warna putih jek.. kaler lain banyak takde saiz.. almaklum lebih makan nasi.. hahahahha


dinner paling sedap dekat lombok dan ini lah trademark lombok sebenarnya  "nasi teliwang".. teliwang tu ayam daging yang masih muda dalam 6 bulan macam tu.. so isi dia x liat dan rupa dia macam burung puyuh jek.. 

sebab kan dinner sedap maka malam tu habis 2 round kitorang makan.. hahaha sampai sekarang rasa kesedapannya..

** setiap kali cikliss makan dengan suami kalau bawak supir memang cikliss belanja supir sekali.. ada sekali 1 malam pergi mall jumpa mcd  siap tapau bucket besar punya untuk supir makan.. rupanya supir tak pernah makan seumur hidopnya.. allahuakbar..


day 4 ** rabu 13/09/18


masa nak bergambar dekat sini alhamdulillah orang tak ramai sebab cikliss sampai awal.. yelah indonesia negara paling macet tu.. so sedia awal.. 


bye lombok.. next bole jumpa lagi tapi di lain kawasan pulak.. sebab suami tengah aim nak g Jakarta.. cikliss pulak aim nak g Bandung dengan Jogja.. Insyaallah jika diizinkan Aamin

Segala kos dekat sini - tekan link





Jumaat, 1 Februari 2019

TravelLakiBini Ke Lombok - Kos 4H3M Serta Tips Ke Lombok Yang Perlu Anda Tahu

assalamualaikum.. salam sejahtera

Bermula lah travelog #travellakibini ke #thisislombok 
selama 3hari 2malam. 😆





Baki duit ❤

## Tiket KL-LOMBOK RM675.16/luggage 25kg (setahun yg lalu)
## add on JB-KL RM353.44 
** return
** pergi flight awal.. Balik flight lambat  (ada delay)
👍

1. Hotel city mataram IDR 521.000
2. Supir, transport termasuk tiket speedboat ke gili IDR 2.250.000

Day 1
** Aktiviti bebas ke Dusun Sade/ Kuta Beach/ Tanjung Aan
** Lunch/ dinner IDR 206.500
** Sim IDR 75.000
** Others/makan IDR 357.451



Day 2** Snorkeling IDR 250.000
** Lunch/ dinner/ mcd IDR 558.000
** Others/cenderahati IDR 682.500


Day 3
** Others/makan/cenderahati IDR 130.000

TOTAL IDR 5.030.451 = RM 1500.00
Masih ada baki duit lagi..
Tukaran 10/09/17 = RM3.
44

TIPS
** Hotel disekitar kota mataram adalah lebih murah. Boleh search di trivago.com. 


** Pastikan anda tidak menegur @ memegang barangan penjual di tepi² jalan. pasti akan mengikut anda sampai ke akhirnya anda membeli barang tersebut. 


** segala keperluan berus gigi, sabun, shampoo, iron, universal travel semua sudah disediakan di hotel (jika anda book di hotel city mataram). tak perlu bawa dari rumah.


** sim jangan beli di airport.. beli di luar lebih murah min 7gb dengan harga IDR75.000


** untuk makan. jangan beli untuk "cuba".. sebab citarasa kan lain2.. nasi ayam teliwang/ pelecing kangkung sangat rekemen.. sedapppppp


** untuk ke gili disarankan ambil speedboat sahaja..7minit sampai walaupon mahal tapi berbaloi.. boat biasa murah tapi 1 jam sampai.. 2 2 xde lifejacket.. huhuhu ombak sgt kuat..

jika perlukan supir contact no dibawah

** Supir agong 006285333036363
** Supir asriel 00628175799001
** Speedboat 006287864541743



Selasa, 8 Januari 2019

Perbaharui Lesen SSM Paling Cepat di BSN

assalamualaikum.. salam sejahtera

Selamat Tahun Baru ke 2019 yang dah berlalu 8 hari.. entry pertama setakat ni.. 😄😄
hukhukhuk.. cepatnya masa berlalu tetau nanti dah gaji bulan baru.. opsss

ni nak cerita pasal peniaga yang hendak memperbaharui lesen SSM dengan masa yang paling pantas.. (tengok pada kawasan) sebab alise buat ni 10 min settle dah.. tekan no terus kena panggil. tapi apa-apa isi borang dulu sesiap ye.. mintak dekat kaunter, isi baru amik no.. jangan selfish ye.. 😁😁  selain tu SSM jugak boleh  renew dekat UTC jugak..

- contoh borang - 


jikalau korang adalah wakil kepada pemilik SSM cuma diingatkan untuk selitkan sekali salinan IC pemilik & borang asal SSM (untuk semakan).. tu jek senangkan.. setahun RM60.00 sahaja tapi disebabkan  dah tamat tempoh selama sebulan setengah jadiknya kena denda RM33.50 huhuhu.. keseluruhannya berjumlah RM93.50.. 

diingatkan kalau taknak kena denda kena perbaharui lesen sebelom tamat tempoh ye.. kecuali kalau kau memang banyak untung berniaga 😝😝










Rabu, 7 November 2018

Kurus Dalam Masa 3Bulan

assalamualaikum.. salam sejahtera

06/08/18 - 91.6kg
06/11/18 - 82.5kg
jumlah turun berat = 9.1kg


nak cakap kurus tu tak lah sebab masih obesiti tahap 1 lagi tapi takpelah kita pelan-pelan kayuh la kan.. gemok dari kecik takkan nak kurus sebulan.. kang naik lagi 30kg macam sebelum ni kang sebab pantang jumpa makanan sedap.. habis nak buat camnooooo.. #lakibinikuatmakan ❤

permulaan diet masa bulan 8 memang laju turun sebab seminggu cikliss amalkan diet atkins.. tapi tulah sejak meningkat usia ni perut macam taknak bagi kerjasama pulak.. asik lapar je manjang.. so selepas tu cikliss amalkan gaya makan yang berlainan..


- lunchbox mealprep seminggu -


** pagi - puasa (paling kurang 16 jam sebab last makan pukul 7petang)
** tengahari - sayur selambak dengan ayam 2ketul
** petang - sup sayur pecah telur @ ayam goreng @ salad

tapiiiiiiiii

kalau takda buah pelawasan tu macam kuranggggg pulak.. dah jadik perutnya keras.. so cikliss ubah lagi gaya makan #sukusukuseparuh dan maintain sampai sekarang.. alhamdulillah serasi walaupon tau beratnya turun cuma ambil masa yang agak panjang..

** pagi - overnight oat campur buah @ roti
** tengahari - sayur / ayam / buah
** petang - sup sayur @ salad
** snacking kunyah buah (kalau rasa nak mengunyah)





nampak tak belang hitam putih dekat lengan tu?? hah masa gemok gelang tu kat situ jek.. sekarang gelang tu bole main gelungsur tau.. #sukatak 👀👀

sebenarnya, memula niat nak kurus sebab nak pergi krabi jek (kurus kan nampak lawa dalam gambar) habis dah alang-alang kurus teruskan je.. bisa kaki pon dah kurang kalau tak dulu cepat naw lenguh kalau duduk lelama..

tapi lepas balik krabi masih meneruskan misi #sihattanpaubat ni sebab jeles tengok jiran dekat office ni makin melidi pulak.. so pelan-pelan kayuh lagi.. #dietenjoy

Selasa, 28 Ogos 2018

Korban Lembu

assalamualaikum.. salam sejahtera

tahun ni raya paling sendu sebab rumah sunyi abang ipar sampai lambat pulak.. tengahari baru sampai.. akak ipar pulak tak balik.. yekyek je suami beriya suruh kemas awal-awal cecantik.. dia tak tahu kemas awal pon takde gunanya kalau kucing dia 2 ekor tu ada dalam rumah huhuhu.. berak merata.. 🙌🙌


tahun ni abang ipar buat korban untuk arwah mak dengan abah serta adik beradik (3orang) & 2orang anak dia.. cukuplah 7 bahagian semuanya..


gigih mekap pagi-pagi siap mandi raya / solat raya lepastu pergi cod satey.. alhamdulillah tahun ni masih ada orang order cuma suami terhadkan order sebab pukul 10 nak pergi tengok korban lembu.. 
masalahnya pagi tu tak tahu la kelam kabut apa sampai salah bagi order orang.. sampai pusing penawar 2x hahahaha.. lampu merah pon lajak jek sebab lupa ada traffic light kat situ.. #takkelakar

- lembunya yang kiri tu -

korban dekat kebun si pemilik lembu (semenchu).. ya allah mencabar habis eh masuk kebun ni.. dahla kereta jenis rendah lepastu naik 4 orang.. memang tergarit jelah sretttt sretttt.. tapi alhamdulillah area kebun tu tak hujan padahal masa nak keluar dari rumah lebat sangat sampai tak nampak jalan.. kalau hujan tak dapat bayangkan tanah lecah eh.. tanak merah takut terbenam jek.. allah mudahkan alhamdulillah..


hampir 2 jam jugak la tunggu untuk nama seterusnya.. sebab nama last (siapa datang awal korban awal).. cikliss jemput abah dengan adik beradik jugak datang tengok.. yang jiran belah suami,, abang ipar dah jemput jiran sebelah rumah untuk bawak lembu yang hendak di lapah sekali.. bawak naik hilux sebab kat sana hanya sembelih dengan potong 4 bahagian je.. 

lepas solat zuhur ambil bahagian masing-masing.. sebab kerjasama melapah daging siap dalam masa 2 jam.. siap agih-agih ke jiran satu blok semua dapat sorang 1kg.. dapat dalam 30kg++.. yang mana tulang bagi adik beradik sorang sikit.. paling laju ekor dengan kaki lembu.. hehehehe dah siap masak cikliss makan tapi kalau tengok mentah-mentah ya allah.. tutup mata.. 😜😜

Selasa, 21 Ogos 2018

Terjebak Post Di Group Mr Diy / Eco RM2.00 ~ Deco Dapur


assalamualaikum.. salam sejahtera

walaupon duduk rumah mertua, tak apelah anggap saja macam rumah sendiri sebab mertua dua-dua dah takde.. kira ni suami jaga amanah la duduk rumah pusaka.. alhamdulillah rezeki setiap orang tak sama kan..

sebenarnya dah banyak kali suruh suami pasang rak kayu dekat sebelah esbok tu.. tapi dia cakap semak la, mata sakit la.. haishhhh tak boleh kompromi betul.. akhirnya semua benda campak dekat bawah dapur.. susun ikut suka janji mata tak nampak sepah.. tapinyaaaaaa semua benda dia tanya isteri dia ni la kat mana letak semua benda.. stress ciklisss


yang paling best tempat letak kunci ni.. bertahan pulak walau kunci berat namateyyy.. beli dekat Diy tak ingat pulak berapa hinggit.. masa nak tampal tu letak air dulu.. biar dia dah penuh ruang baru kita sangkut kunci.. tampal kat mana?? tampal je tepi esbok.. hahahaha wallpaper dekat esbok dah lama suami pasang sebelum kitorang kawin lagi.. pon beli dekat Diy.. adakah kami DUTA Mr Diy?? #matakeatas




tepi esbok sebelah sini pulak kita letak rak tingkat putih ni.. sebenarnya nak kaler hijau tapi sold pulak beli dekat shopee.. rak ni ada 4 tingkat tapi kalau letak semua macam tinggi sangat jadiknya letak 3 jelah.. kang letak semua kompom banyak lagi cikliss nak letak sos segala.. 




periuk nasi yang kecil tu cikliss dah nyorokkan bawah dapur.. buat semak mata je letak bebanyak kt para kan.. makan nasinya bukan selalu pon.. yang periuk nasi yang besar tu pon suami pakai just nak hangatkan kuah satey dia jek.. kalau tak memang cikliss simpan dua-dua.. sebab suami bancuh satey dia kat situ.. haishhh penat nak ngelap kalau terpercik bahan kisar / gula / rempah satey dia.. tau la semut tu benda manis laju je dia datang..

rak pinggan dengan cawan pon beli dekat shopee.. berbaloi sebab bawah rak tu ada tempat tadahan air jadiknya air tak mengalir ke mozek.. kering terus dekat tadahan dia tu..



last sekali bekas isi rempah / garam.. tolong la cakap yang cikliss ni kreatif yakmat.. hahahaha.. suami kan niaga satey so bekas madu tu banyak sangat sampai buang-buang.. (sekarang dah tak pakai madu so rasa nyesal pulak buang #nangis la kau sana).. tak payah pakai label sebab dari luar dah nampak barang ape dalam dia.. sebelom ni semua sumbat dalam tupperware besar pon nyorokkan dalam para bawah.. pedulik apa kan.. dah kemas baru la sedap mata memandang..