tabung

Rabu, 27 November 2019

Tempat Menarik ~ Jalan Sambil Makan Best Di Kota Tinggi / Pengerang

assalamualaikum.. salam sejahtera

** entry panjang **

kadang kawan tanya.. "ape best dekat kota tinggi?" hahaha segan nak jawab sebab selalu pon merayap area Desaru / Pengerang jek.. hahahaha sendu betul hidup khennnn.. so heret jugak la suami pergi jalan-jalan mana tempat yang best setakat 2019 ni..


kalau sebut laut desaru memang sinonim dengan Tanjung Balau kan.. tapi sekarang masih renovation jadiknya kita santai makan nasi kerabu dekat tepi pantai menghadap jeti jelah kan.. pon best jugak cuma banyak batu kat kawasan tu.. lagi 1 dekat penghujung jeti tu boleh mancing ikan.. haritu abang ipar mancing dekat situ dapat 2 ekor dalam masa sejam..



dekat medan selera tanjung balau tu pulak dah ada sign love untuk kenangan masa depan korang kehkeh.. "simpanlah kenangan selagi ada masa bersama" gituuuuu ayat.


lepastu kalau korang rasa nak tidur hotel sambil menghadap pantai & bermain pasir ala bali boleh la booking dekat westin hotel.. fuhhhhhh memang best location dia.. anak sedara cikliss ada kerja situ dia cakap memang terbaik.. tapi rate tinggi la sebab memang kawasan pelancong kan..


dari westin hotel tu belok kekanan boleh main mainan dalam air pulak dekat Riverside Adventure.. pass masuk Rm75++ macam tu.. tapi kawan cikliss beli pass setahun fuhhh berbaloi sebab sebulan 2 ke 3x jugak dia pergi.. rumah dekatkan.. paling syok ada slide masuk terus dalam air dengan roller coster.. 


yang ini dekat tanjung sepang berdepan dengan kawasan bayu damai.. dah ada pembaharuan tempat ni siap ada ternakan rusa lagi macam dekat bandung kan siap payung-payung.. nak masuk kena bayar dah sekarang per kereta/orang.. 


yang ini pantai kedua selepas pantai tanjung balau.. pantai dekat batu layar ni lagi best sebenarnya sebab landai jek.. family cikliss lagi suka mandi kat sini.. parking pon depan2 kitorang jek.. so tak payah berangkut jauh kalau ada makan makan ke periuk nasi ape kan.. 

paling bestttttt....

!
!
!
!
!

kalau makan semua tempat yang kat bawah ni yang selalu cikliss repeat dalam sebulan tu mesti ada sekali.. #kuatmakan

 
satey - foodcourt SKS mall

ini bisnes husband kasi la promote 1x hikhik.. alhamdulillah dah menjangkau tahun ke 3.. ada lagi 1 cawangan di felda kledang (tapak pasar malam khamis).. segala tempahan @ diskaun boleh whatsapp no di atas.. 

nasi ayam penyet Z & Z - bersebelahan SKS mall

kalau nak makan ikan keli rangup dekat sini jelah biasanya lepastu mintak sambal extra.. tu pon tak cukup hahaha dasar kaki pedas.. husband biasa makan ikan keli,, cikliss pulak kadang ayam kadang ikan siakap.. ehhhh tapi haritu husband makan ayam pulak kok terbalik👀👀

kedai makan nur erfan - mutiara desaru

sini makanan ala-ala thai sebab owner kedai orang kelantan/siam tu menu dia semua best-best termasuk nasi kerabu, somtam dan paling suka adalah rojak buah.. suami cikliss suka nasi goreng kampung.. 


buffet lotus desaru

tengok makanan ni ko rasa abis tak?? hahaha sejenis perut besar macam cikliss ni siap tambah lagi tau.. tambah bubur dengan aiskrim.. ko rase??? hahahahha ni tak boleh la makan sebulan sekali paling setahun sekali sebab 1 kepala rm40++ sekarang.. tahun ni tak repeat sebab geng tengah tengah diet..

cendol special - masjid syifa bandar penawar

cendol ni ada setiap hari jumaat sahaja di simpang masjid syifa.. sedap secukup rasa manis dan lemak.. kalau nak tambah pulut rm5.00.. tambah durian 2/3 ulas rm7.00.. biasa rm3.00 sahaja..

teluk sengat gerai no 12

ini kedai paling selalu la datang sebab berbaloi-baloi kena la dengan harga seafood sekarang.. tapi paling best dekat sini ikan siakap masak sambal dia.. sedapppp sangat. 

celop-celop 5A - tg sedili mersing

yang ni jauh sikit location dia sebab terperuk menghala ke sedili besar.. 1st time makan sini not bad rasa dia macam nak pergi lagi.. tapi kalau dari rumah dalam sejam setengah la jauhnya.. hmmmm usap perut..

sini semua seafood mentah yang di goreng tepung macam celop tepong dekat pok nong sana.. harga siap masak.. haritu makan sotong  / udang / ikan / air / megi sup tak sampai seratus. harga x mandi sangat la orang cakap.. 

cukup tu dulu.. next kita sambung makan-makan dekat entry lain...... 



2 ulasan:

fizalinolie berkata...

Meriahnye makanan. Cuti² ni memang best jalan² sambil makan. Sesekali boleh hilangkan stress. Kan?

adianiez AIDA berkata...

tq for sharing.
luas pengetahuan aida ni hah.
ke kota tinggi dulu sebab holiday di desaru.
tak la jalan2 byk rata kota tinggi :)
nice place. great food.