tabung

Khamis, 19 Oktober 2017

Sebab Pilih Dia

assalamualaikum.. salam sejahtera

terus ke tajuk jelah.. sebab memang nak simpan memori dekat sini.. :)

perkenalan ni sebenarnya hasil kenen-kenen dari kawan yang merangkap jiran kepada suami.. tak tau pulak jodoh ni berpanjangan sampai ke majlis walimatulurus..

niat utama pilih suami,

** sebab rumah dekat
belom habis gear 4 dah sampai rumah abah - mertua. hanya pisah felda jek.. tapi masih sekampung.. :) jalan tegak 200m belok kiri.. hahaha sangat sekejap..

** senang balik kampung
tah yah bergaduh nak balik rumah mana dulu.. tapi suami dah ngelat 2x sejak 6 bulan kawin ni.(raya puasa & raya haji). hahaha.. tau la duduk rumah pusaka arwah abah dia.. terus dia xnak tido umah mertua.. kasi can akak abang balik jauh.. bole rest kat bilik tenang-tenang.. alasaaaannn sangat.. dah tak dapat sembang sampai pukul 3 ke 4 pagi dengan akak.. nak jumpa dah lah susah.. hmmmm

** bila-bila masa bole jenguk orang tua
alise hanya tinggal abah sahaja.. arwah mak dah 2 tahun meninggal.. mertua pulak baru meninggal 3 bulan sebelum kami kahwin.. (hari ke 100 kami diijabkabulkan). abah mertua cerai dengan mak sejak suami umur 5 tahun.. so sekarang kami duduk rumah pusaka arwah abah mertua je.. jaga peninggalan arwah..

abah alise pulak duduk dengan  cucu lelaki.. bole la jaga sikit-sikit.. selalu alise masak lebih.. so bole bagi abah lauk.. kadang hujung minggu tapau je makan rumah abah..hilangkan sunyi abah tu.. duduk berdua mana nak masak sgt kan..

dan yang paling best adalah rumah kami berbelakangkan kawasan perkuburan.. takut?? x pon.. malah jadikan alise lagi kuat semangat.. bila-bila masa bole jenguk kubur arwah mak dengan arwah abah mertua.. jadikan kesedaran bila hidup sorang.. bole dengar imam baca talkin.. allahu,




Tiada ulasan: