banyak nak cerita sebenarnya.. terlalu banyak sebab blog pon nak setahun tak berupdate.. tapi mood nak mengarang ayat tu semua hilang.. masa ada idea mencurah busy pulak.. kisah raya dengan peribadi banyak tak post.. tapi alise nak kongsikan hari pertunangan alise dekat sini..
dengan ketiadaan mak sangat berat untuk alise luahkan/mulakan cerita dengan abah masa pihak lelaki nak datang hantar rombongan meminang.. sampai abah merajuk kenapa alise xmulakan cerita sebab masatu pakwe dah mulakan dulu berjumpa abah.. (macho sangat)
1. kasut guzzi rm212.00
2. gula-gula / coklat rm10.00
3. bag/belt/wallet/rayban/perfume rm165.00
4. anggur/epal/lai rm20.00
5. set blossom rm55.00
6. kek rm70.00
7. bunga sirih junjung rm8.90
bakul rm8.90 x 3 = rm26.70
reben rm1.90
kertas potong rm3.90 x 2 = rm7.80
total : rm577.30 (bajet rm1000.00 termasuk goodies.. itu lain entry)
**tapak hantaran dengan alas dulang pinjam akak ipar (free)
**bekas hantaran pinjam akak ipar jugak (free)
semua diatas 2minggu sebelum majlis baru decided beli .. baju time majlis pon 5hari sebelum baru hantar ukur tempah dengan kawan.. dah la suntuk nak raya haji lagi.. kesian dia.. hihihihi alhamdulillah siap jugak walaupon malam majlis baru siap.. legaaaa
mekap pulak sponser dari kawan yang kenalkan kitorang.. sebenarnya bakal tunang ni jiran sebelah rumah dia yg kenenkan.. tak tau pulak sangkut.. sebab dulu benci gila manusia perokok ni.. hmmmm sebulan jugak pujuk rayu baru berbalas.. cewaaahhh.. ikotkan bakal tunang memang cakap takyah mekap.. nak simple jek.. tapi bila tengok muka dah mekap.. eh terpegun pulak dy.. hahahaha
saat disarungkan cincin/gelang oleh bakal akak ipar.. nebes iollss.. memang x penah jumpa langsung semasa kami berkawan.. walaupon cuma 3 beradik huhuhu.. akak cik tunang x dapat datang sebab duduk batu pahat.. jemput jugak la kawan-kawan cik tunang dengan jenjiran kiri kanan..
kanan dan tengah adalah akak ipar alise.. muda memasing 2 tahun tapi jadi akak ipar hahaha.. dah la selim pastu cantik lecun.. jelesssss.. kiri adik alise.. pon selim.. alise jelah gemuk sensorang.. tema adalah peberet kaler.. HIJAU..
dan ini adalah kawan yang menyimpan mohor besar rahsia alise dengan cik tunang dari diketahui kengkawan.. hahaha.. bukan ape.. umur dah lebih dari sepatutnya.. malu lebih menguasai.. dah lepas majlis kemahen diorang upload dekat fb siap tag gambar.. kuang asam.. terus tersebar hahahaha..
doakan semoga pertunangan ini berpanjangan hingga ke majlis akad tahun depan.. insyaallah
4 ulasan:
wuwuwuwuw antekkk, tahniah dik~
tahniah...
tahniah ya..
Asslmkm alise. Lma nya x singgah sini. Tup2 thu2 dh tunang dh. Tahniah. Bila knduri besarnya tu..
Catat Ulasan