tabung

Khamis, 30 April 2015

Resipi ~ Labu Goreng Sesedap Pisang Goreng Cheese

assalamualaikum.. salam sejahtera

lama tak tepek resipi kan.. selagi ada resipi yang paling ringkas kita kasi tepek je dekat blog.. alaaaa korang pon pemalas kan kalau banyak sangat bahan.. tau sangat.. :)


ini adalah hirisan labu muda yang dihiris nipis seperti sukun.. (nampak macam hirisan pelam pulak.. huishhh terliur harumanis) 

buang kulit.. basuh & toskan air..  


kawan alise cakap kalau letak ketumbar (blend) lagi sedap.. umpppphh


bancuhan tepung :
  • tepung gandum 2 cawan
  • serbuk kunyit 1 sudu
  • garam secubit
  • ketumbar segenggam


cara memasak sama je macam nak masak pisang goreng.. api sederhana tapi jangan balikkan selalu.. karang hancur pulak labunya.. dah jadi pulak peribahasa terjun dengan labu-labunya alise tak tau k.. **melawak**  

ade kawan cakap kalau sesedap pisang cheese kena la alter labu goreng ni macam pisang cheese jugak.. alise reply... --- > kau punya suka la nak letak hape.. jem pon boleh.. masuk tekak kau bukan tekak aku.. hahahaha..


rumah kakak pokok sukun sedang berbuah lebat.. ni kalau buat goreng alise suka amik part yg tengah lubang2 tu jek.. isinya alise letak tepi.. hahaha.. 

2 ulasan:

cahayahidupku.blogspot.my berkata...

Wah nampak sedap tu alise.. tak pernah buat goreng labu ni. ;)

Mar Mansor berkata...

tak pernah makan labu goreng..sesedap pisang goreng cheese ye..huiii