tabung

Isnin, 19 Januari 2015

Balik Kampung Sambut Hari Jadi

assalamualaikum.. salam sejahtera

* kejadian 2 minggu lepas


saper kampung dekat muar/tangkak/sungai mati/bukit gambir meh senggol bahu sikit.. high 5 skali.. hahaha

senang betul sekarang nak balik kampung rumah kakak ni.. terus je dari highway desaru sampai highway muar ni.. 3 jam perjalanan.. dah tak payah nak turun tol pagoh lagi dah.. dari pagoh nak ke rumah akak je dah sejam perjalanan.. so amik jalan pantas kita turun je highway baru ni.. 10min dah sampai.. tol desaru rm11.20 + tol kulai (amik adik) rm1.40 + tol muar rm18 = rm30.60.. jimat masa jimat tenaga.. 


sebenarnya tak rancang pon nak beli kek semua ni.. kebetulan pagi sebelum gerak tu akak yang kat sabah wish la happy birthday kat group family.. so takkan alise nak tangan kosong balik kampung kan.. kang ada anak sedara tuntut..

sampai sana pukol 7pm.. nasib kedai kek bukak lagi.. harga terpamer rm26.. sekali bayar kena rm35.. takkan tulis nama pon sampai kena cas?? pastu lilin dapat 2 batang jek.. tulisan buruk pulak tu.. memang blacklist la kedai tu lain kali.. huh



si adik yang happy.. akak nya biasa-biasa jek.. rupanya ibu dia dah buat cupcake coklat dah.. nasib habis jugak kek ni.. lau tak membazir dah kan..

happy birthday nurnisa nadhirah bt ismail 

semoga dimurahkan rezeki,, tetap iman,, dengar cakap ibu ayah.. belajar rajin-rajin tau.. 
pandai jaga adik & rajin tolong ibu.. awak tu anak dara sorang ingat tu.. ( nanti nak tunjuk kat dia post ni )

6 ulasan:

SalbiahM berkata...

sep sep..kita orang muar gak!dah nape dari 26 jadi 35?huhu

Ana Jingga berkata...

happy bday nisa...:)

budakvanilla berkata...

sedapnya kek tu. napa lak harga berbeza? :D

budakvanilla berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
budakvanilla berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Kakzakie Purvit berkata...

Kenapa Alise tak tanya org kedai tu mana mungkin jauh sgt beza harga tu. Kalau tempat kakak tulisan, pisau dan lilin dia bagi free aje..

happy belated birthday sayang..