sambal goreng
bahan-bahan :
10 batang lada besar - di hiris nipis
1 labu bawang besar - dihiris nipis
3 biji kentang - dihiris nipis & di goreng sebentar
1/2 genggam ikan bilis - di blender kering
so hoon & tauhu kering - di rendam
cara masak :
1. tumis bawang besar, ikan bilis blender dan cili hiris.. gaul sebentar sampai layu..
2. masuk kan pula kentang yang di goreng tadi..
3. masukkan perasa, garam dan sedikit kicap..
4. akhir sekali masuk kan so hoon & tauhu kering yang di rendam.. gaul rata..
kerang rebus
bahan-bahan :
1kg kerang
1 batang serai - di titik
1 inci halia - dihiris nipis
1 labu bawang besar
cara masak :
1. panaskan kuali dengan sedikit minyak.. tumis serai dan bawang besar bersama dengan halia..
2. masukkan kerang.. diingatkan supaya tidak meletak air kerana kerang akan mengeluarkan airnya sendiri..
3. letak perasa.. siap..
sup ayam bebola ikan
bahan-bahan :
1/4 ayam - di potong kecil
20 biji bebola ikan
kayu manis
daun sup
bawang kecil - dihiris nipis. kemudian di goreng garing
cara masak :
1.rebus ayam hingga empuk..
2.masukkan pula bebola ikan bersama dengan kayu manis..
3.apabila kesemuanya sudah empuk masuk kan pula bawang yang di goreng tadi bersama daun sup yang di cincang halus..
ikan ayam masak kencur cili api
bahan-bahan :
1 ekor ikan ayam
10 biji cili api - di blender
1 labu bawang - di blender
1 inci halia & kunyit - di blender
2 ulas kencur - di blender
1 batang serai - di blender
daun kencur - dihiris halus
cara masak :
1.lumur serbuk kunyit dan garam keatas ikan dan goreng sebentar..
2.minyak yang sama tumiskan bahan blender hingga naik bau..
3.masukkan pula daun kunyit bersama serbuk perasa & sedikit garam..
4.masukkan pula santan pekat bersama ikan yang di goreng tadi..
5. gaul sebati dan tunggu sehingga santan mendidih.. gunakan api perlahan..
** hari ahad dah mula masak ngunjung untuk raya aidiladha pulak.. sebab adik beradik lain memasing cuti 1hari jek hari selasa tu.. takut tak sempat nak buat persiapan kan..
** abah ada tolong orang korban.. tak sabar nak makan sup tulang.. abah masterchef tau masak sup tulang..
8 ulasan:
Samabal goreng yg sedap..ada yg tu je cukup buat sya bertambah nasik.hehe
saya pon suka.. nasi panas2..
Banyaknya lauk..sure adik2 suka kan!
wah sedapnya sambal goreng.. lapar pulak tengok.. eh, ikan ayam tu campur ke?
pandai betul alise masak kan.. jelesnya.. hope boleh terror mcm alise nanti.. :)
@terataiabang kakak pon suka..
@Nur A.Zbukan ikan campur dengan ayam.. ni namanya ikan ayam la.. hehehe
@Sya Mimietak la terror sgt.. ngeee
Catat Ulasan