tabung

Khamis, 29 Ogos 2013

Resipi ~ Mee Kari Lazat

masa raya tahun lepas ke 2 tahun lepas ek.. tak ingat plak.. akak buat mee kari masa orang datang marhaban.. alamak kak.. kenapa masak sikit sangat ni.. adoiyaiii nye pon.. teringat-ingat sampai dah raya lagi ni.. hahaha..

tapi tak mengapa.. semua sekarang di hujung jari.. mari lah kite google sahaja resipi.. tapi kenape banyak-banyak resipi sume bahan nye banyak-banyak ek? alise ni lagi suka pakai tak banyak bahan tapi rasa dia walllaaahhh.. 


bahan tumisan * diblender halus*

  • 2 labu bawang besar 
  • 5 ulas bawang putih 
  • 1 inci halia

bahan lain
  • mee kuning
  • serbuk kari
  • segenggam lada kering
  • kayu manis
  • serai
  • daun kari

cara-caranya:


1. panaskan minyak.. masukkan serai yang dititik bersama dengan kayu manis.
2. masukkan bahan yang diblender sehingga sedikit garing


3. masukkan pula lada kering yang dah siap di buang biji dan di blender halus.


4. masukkan pula air bancuhan serbuk kari dengan sedikit air supaya tidak berketul.

ni bahan seafood yang alise gunakan..

10 ketol fish ball
2 batang fish cake
10 ketol udang
dada ayam
daging rebus


5. masukkan pula bahan seafood tadi. tunggu sampai sedikit empuk.. daging tu di rebus dulu baru potong kecil-kecil.



6. akhir sekali masukkan santan.. kalau seafood tu tak masak lagi,,bole la letak santan cair dulu.. baru letak santan pekat.. takut pecah minyak kan..

ini adalah bahan hiasan

lada besar yang dihiris halus
daun sup yang dihiris halus
sawi yang dah di layukan
tauhu goreng
telur rebus
bawang goreng



7. akhirnya.. sila telan ailio.. hakhakhak :)