tabung

Khamis, 27 Jun 2013

Resipi ~ Laksa Paling Ringkas

lamenye peram resipi laksa kan.. nasib jadi baik gambar dah tranfer.. Haha.. tinggal tunggu nak karang ayat tu lah yang makan masa.. malas pon ye.. malas nak bebel je sebenarnya.. huhu.. jom layan resipi simple lagi dari alise.. buat laksa tau..

1 paket mee laksa.. di rendam dengan air panas & ditoskan..

bahan untuk kuah 
  • 1kg ikan selar..
  • 3 batang serai
  • 3 batang bunga kantan
  • 5 ulas bawang merah
  • 1 ulas bawang besar
  • 5 ulas bawang putih
  • segenggam lada kering
  • segenggam daun kesum


step 1 # 
ikan di rebus & dibuang tulang & diblender..


step 2 # 
penyedap kuah laksa.. serai & bunga kantan..


step 3 # 
bawang + lada kering + halia = diblender dengan sedikit air..


step 4 # 
campur kesemua bahan di atas sehingga mendidih..


step 5 #
lastly letak daun kesum dengan serbuk perasa/garam..

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


bahan untuk hiasan

  • timun di hiris memanjang
  • taugeh dibuang ekor
  • bawang besar dihiris
  • limau kasturi
  • cili padi potong ( sape yang nak pedas )




hias mengikut kesukaan saje yekk.. bukan ikot suka.. main tabur jek.. last-II tak temakan.. kalau alise,, alise suka kuah jek.. takde bahan hiasan pon takpe.. lagi sedap hirup isi ikan kan.. hahaha.. 

Tiada ulasan: