
tabung
Jumaat, 28 Jun 2013
Raya Dulu Katanya

Labels:
family,
lontong,
makan-makan,
masak-masak
Khamis, 27 Jun 2013
Resipi ~ Laksa Paling Ringkas

1 paket mee laksa.. di rendam dengan air panas & ditoskan..
bahan untuk kuah
- 1kg ikan selar..
- 3 batang serai
- 3 batang bunga kantan
- 5 ulas bawang merah
- 1 ulas bawang besar
- 5 ulas bawang putih
- segenggam lada kering
- segenggam daun kesum
step 1 #
ikan di rebus & dibuang tulang & diblender..
step 2 #
penyedap kuah laksa.. serai & bunga kantan..
step 3 #
bawang + lada kering + halia = diblender dengan sedikit air..
step 4 #
campur kesemua bahan di atas sehingga mendidih..
step 5 #
lastly letak daun kesum dengan serbuk perasa/garam..
- timun di hiris memanjang
- taugeh dibuang ekor
- bawang besar dihiris
- limau kasturi
- cili padi potong ( sape yang nak pedas )
hias mengikut kesukaan saje yekk.. bukan ikot suka.. main tabur jek.. last-II tak temakan.. kalau alise,, alise suka kuah jek.. takde bahan hiasan pon takpe.. lagi sedap hirup isi ikan kan.. hahaha..
Labels:
laksa,
laksa johor,
makan-makan,
masak-masak,
resipi
Isnin, 24 Jun 2013
Wedding Sambil Bergosip

alamak.. bunga tengah tak nampak plak..
pipi kembung dalam mulut ada sweet..
cubaan menarik nafas.. cover perot.. hahaha..
senyummmmmmm.. tetiba mata sepet plak..
_________________________________________________________________________________________________
sampai ngam2 majlis baru nak mula.. almaklum.. selalu g majlis orang melayu je kan.. buat plak kat umah.. mana ada set time.. datang2,, makan2,, jumpa panten,, salam keruk then balik.. tapi ni majlis lain sikit.. behave.. jangan nak tunjuk jakun sangat amik gambar segala.. duduk kejap 10 minit.. pastu baru klik klik.. amik gambar lagi.. gitu..
pelamin dia cantik kan.. macam majlis orang melayu rupanya..
opismate dengan anak kembar beliau.. ni ngelat ni.. baby kecik dy,, hubby dy yang tidokan start dari awal sampai habes majlis..
hubby opismate ngan baby kecik.. debab ini budak..
HQ kulai.. 4 china, 1 melayu..
my big boss pon datang jugak.. sporting kan..
masa panten jalan dekat red carpet.. huiiisss.. meriah sgt dengan lagu2 tamil.. mane tak nye.. muzik dyorang kan sume kuat2.. yang lagi best.. kitorang punya meja.. dekatttt sangat dengan speaker.. good..
the bad thing is??????? kami tak dapat makan.. percaya tak?? dah kitorang ingat bole lah sambil dengar lagu,, tengok panten,, ley lah amik2 makanan kan.. sekali tak ok.. beratur sume 1 baris.. dah time ni kami ni sebok la nak amik gambar sama ngan opismate kan.. india2 sume dah beratur awal2.. sekali pusing hah ko.. dah 50m sampai pintu..
yang katering ni pon salah jugak.. g buat buffet 1 line jek.. ngek betol.. dah beratur panjang gitu.. nak balik pukul berapa plak kan.. punya lama nak gerak.. rupanya 1 pinggan menggunung makanan.. naseb bole cilok amik dessert ngan buah.. sedap plak tu dessert dy.. tak malu.. amik 2x.. haha.. dapat jugak merasa makan.. -_-
sebelom pulang amik gambar lagi.. opismate tak fokus,, sebok nak borak lagi.. alise peduli ape kan.. tetap zoom dekat kamera jek.. ader yang amik gambar katakan.. hehe..
sebelum balik tengok citer Superman.. ape ke tak best nye lahai.. so bored.. siap terlentok tido lagi.. lantak..
Labels:
jalan-jalan,
kulai,
m0vie,
majlis kahwen,
wedding
Jumaat, 21 Jun 2013
Mama Ni Lembab lahhhh

Labels:
bebel,
sh0pping,
st0ry m0rry
Khamis, 20 Jun 2013
Jerebu


ni keadaan dekat depan kilang jam 12pm.. tengah hari ok.. bukan pagi.. memang la kilang alise ni bole bikin habuk.. tapi sebab jerebu ni.. nampak sangat dah kilang alise ni lagi banyakkkkkkkkk habuk nye.. hahaha..
Doa Meminta Hujan
اَللَّهُمَّ أَسْقِنَا غَيْثًا مُغِيْثًا مَرِيْئًا مَرِيْعًا، نَافِعًا غَيْرَ ضَارٍّ، عَاجِلاً غَيْرَ آجِلٍ
“Ya Allah! Berilah kami hujan yang merata, menyegarkan tubuh dan menyuburkan tanaman, bermanfaat, tidak membahayakan. Kami mohon hujan secepatnya, tidak ditunda-tunda.”
اَللَّهُمَّ أَغِثْنَا، اَللَّهُمَّ أَغِثْنَا، اَللَّهُمَّ أَغِثْنَا
“Ya Allah! Berilah kami hujan. Ya Allah, turunkan hujan pada kami. Ya Allah! Hujanilah kami,”
اَللَّهُمَّ اسْقِ عِبَادَكَ وَبَهَائِمَكَ، وَانْشُرْ رَحْمَتَكَ، وَأَحْيِي بَلَدَكَ الْمَيِّتَ
“Ya Allah! Berilah hujan kepada hamba-hambaMu, ternak-ternakMu, berilah rahmatMu dengan merata, dan suburkan tanahMu yang tandus.”
1) HR. Abu Dawud 1/303, dinyatakan shahih oleh Al-Albani dalam Shahih Abi Dawud 1/216.
2) HR. Al-Bukhari 1/224 dan Muslim 2/613
3) HR. Abu Dawud 1/305 dan dinyatakan hasan oleh Al-Albani dalam Shahih Abi Dawud 1/218.
2) HR. Al-Bukhari 1/224 dan Muslim 2/613
3) HR. Abu Dawud 1/305 dan dinyatakan hasan oleh Al-Albani dalam Shahih Abi Dawud 1/218.
*** insyaallah.. jika diizinkan allah..
Selasa, 18 Jun 2013
Resipi ~ Puding & Cocktail Kastard

- larutkan bahan2 diatas didalam periuk kecuali tepung kastard.
- kemudian masukkan tepung kastard dan di kacau rata dengan senduk kayu sehingga tepung tidak berketul @ bergentel.
- masak di atas api yang sederhana & kacau hingga menjadi pekat & berkilat.
- tuang kedalam acuan @ loyang yang telah di basahkan supaya mudah dikeluarkan nanti.
- biarkan puding sejuk sedikit. kemudian simpan dalam peti sejuk.
==============================================================================================
***** Cocktail Puding Kastard *****
bahan-bahan : (kuah)
1 tin susu cair
1 tin mix fruit cocktail
1 1/2 tin air masak
4 sudu besar gula pasir
cara-caranya :
- campurkan semua bahan ke dalam periuk.
- kacau sebentar dengan api yang kecil untuk melarutkan gula sahaja.. tidah perlu mendidih.. (takut pecah susu)..
- biarkan sejuk sedikit. kemudian simpan dalam peti sejuk.
Langgan:
Catatan (Atom)