tabung

Rabu, 3 Julai 2019

TravelLakiBini Ke Aonang Krabi, Thailand ~ 4 Hari 3 Malam #DAY1

assalamualaikum.. salam sejahtera

**2018 punya hahahahha


Setiap tahun suami cakap paling kurang sekali kena jalan jauh sikit (luar malaysia) tapi mesti hujung tahun sebab awal tahun bizi dengan banyak perayaan nak puasa / raya / raya haji.. takpe cikliss ikutkan jek walaupon segala tiket / booking hotel biasanya cikliss dahulukan pakai duit bonus CNY.. lepastu claim balik bahagi 2.. walaupon laki bini tetap kedekut hahaha #jangantiru


JB - KL *returned RM

KL - KRABI *returned

belum ada rezeki anak ni bolehlah melancong luar malaysia katanya.. siap-siap passport 5 tahun terus kan sekarang.. nanti kalau dah ada baby kita pusing kasi habis jalan 1malaysia pergi themepark / waterpark / zoo.. #taksabar

suami cakap je nak g mana cikliss terus survey tiket sebab kebanyakan flight luar ni banyak yang gerak dari KLIA.. sebab cikliss duduk JB tu yang kena transit.. kena amik kira jugak tiket dari JB ke KL tu masa nya macam mana dan biasanya KL ke JB banyak kali dah delay.. Tips dia kalau jarak antara 1 flight ke 1 flight dekat-dekat.. terus je inform dengan steward dia.. insyaallah dia bagi jalan dulu..



nampak tak cikliss yang banyak berangan.. hahaha bebetol planning baik punya sampai siap buat henna tangan.. lepastu last minute comform dengan si tukang henna ni..

malam sebelum bergerak tu cikliss DM si tukang henna bajet ni.. nasib available sebab biasalah hujung minggu kan ramai jemputan kahwin rupanya tukang henna ni tak sihat.. patut la tak amik job.. alhamdulillah nama pon bajet kan so 2 tangan gemok ni RM15 je.. murah kan?


- janji dengan akak ipar pakai overall sesama - 👧👧

pukul 5 pagi gerak dari Felda Sening ke Pasir Gudang sebab adik akak ipar tolong hantar kami ke senai Airport, flight pukul 7.30 dah boleh boarding.

tapiiiii  dalam perjalanan ada kisah lain pulak.. hahahahahahahaha

ada ke abang polis tahan kami masa dekat highway.. dia ingat kami ni pendatang baru sampai agaknya sebab kereta tu penuh muatan.. bagasi pulak penuh dekat bonet (kereta naza).. dah kena check IC sorang.. #kenanganbetul

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
terus cerita ke krabi jek.. transit ni biasa la menakung sehari dekat KLIA airport..

DAY 1


dalam flight siap-siap isi white card supaya masa imegresen sana tak kelam kabut.. alhamdulillah semua lancar..


jadiknya hari pertama kita cop passport jelah.. malam baru sampai krabi terus carik makan & beli segala tiket untuk aktiviti 2hari.. lamsam terus amik dekat 1 kedai ni sebab macam tak sempat nak survey dekat pantai ao nang (yang ramai blogger kata boleh dapat lagi murah)..

keluar dari airport cari kedai sebelah kanan.. jangan risau dia boleh cakap melayu yang sangat lancar.. simkad pon beli dekat sini jugak..

kos ada dekat sini (tekan link)


dari airport krabi ke sini kami naik taxi (include transfer).. sendu betol english dia.. ingat kan nak singgah terus night market tapi taxi nye terus je ke hotel.. 

makaaaaa inilah hotel kami.. berhadapan dengan bamboo restaurant & bersebelahan dengan goodwill hotel (harga tekan link).. keluasan yang maksimum untuk kami 2 orang & kedudukan sangat strategik yang mana sangat dekat dengan masjid aonang & tepian pantai (walking 15min)

harga untuk 3 hari 2 malam dan booking di AGODA.COM (harga tekan link) tapi masa check in hotel ini ada mintak deposit lagi 1000bath untuk 1 bilik sebab jaminan untuk pemulangan kunci bila check out katanya.. dikhuatiri kunci hilang ke ape.. 👀👀 masa check out dia pulang semula.. #kayabalik

lepas settle check in masa untuk isi perut dengan tak mandinya la pergi cari makan dekat bamboo restaurant.. depan hotel je tak risau..

halal dan harga macam biasa


siap-siap makan


ok settle hari pertama

1. makan dekat airport RM10.60
2. makan dekat bamboo seafood restoran 1232thb
3. 7eleven (rokok/jajan) 88.5bath


Tiada ulasan: