tabung

Selasa, 22 Oktober 2013

Resipi ~ Kek Coklat Paling Mudah & Moist


mari la mula kan dengan BISMILLAHHIRRAHMANNIRRAHIM.. 

amik semangat sikit nak mengarang.. semoga blog ni akan terus berhapdet. :)

kek ni dah kuar awal-awal dah kat blog.. tapi sebab blog pon dah seminggu tak hapdet.. tengok cerita sini..

resipi ni dapat dari akak yang duduk sabah.. asalnya akak tak bagi kongsi resipi.. bukan kedekut ye.. biasa orang bisnes memang begitu.. kadang penat olah suatu resipi.. tapi ada orang main copy & paste jek.. tak bagi kredit langsung.. kan kesian dekat owner kan.. 

kalau alise.. nahhh amik jelah.. sharing is caring kan.. kalau sedap silalah puji.. hehehe..  


bahan-bahan :
  • 4 biji telur - gred B
  • 1 tin minyak jagung
  • 1 tin susu pekat
  • 1 tin air suam
  • 1 cawan tepung gandum
  • 2 cawan serbuk koko
  • 1/2 cawan gula
  • 1 sudu bikarbonat
  • 1 sudu serbuk penaik


bahagian A
  • pukul telur sehingga kembang.. masukkan pula gula & susu pekat.. pukul lagi..


bahagian B
  • ayak tepung gandum bersama bikarbonat & serbuk penaik..


bahagian C
  • masukkan adunan B ke dalam adunan A
  • masukkan pula serbuk koko dan gaul hingga serbuk koko tidak berketul..
  • masuk kan pula minyak.. uli perlahan..
  • akhir sekali air suam.. pukul menggunakan putaran mixer yang laju.. 


dapat la 2 adunan.. jangan letak terlalu penuh.. hanya setengah dari loyang sahaja.. takut banjir keluar plak..

sebelum menguli bahan.. lagi elok panaskan pengukus terlebih dahulu.. resipi ni bukan bakar ye.. tapi kukus.. lagi sedap.. 

nak bagi petua sikit.. kalau pakai pengukus sila letak kain diatas penutup kukus.. supaya air rebusan tak jatuh ke atas loyang.. kalau tak,, berair la kek nye..


hitam tapi menawan.. tak gitu.. hehehe =_*

sejuk kan sebentar supaya kek mudah keluar dari loyang.. 



ni plak coklat untuk taburan atas kek tadi..

bahan-bahan :
  • 1 cawan serbuk koko
  • 1 cawan minyak jagung
  • 1 cawan susu pekat


* gaul rata je semua bahan sampai cair *


tada.. kek coklat melimpah ruah sekali.. hujung minggu ni insyaallah nak buat kek ni lagi.. makan sejuk-sejuk.. letak aiskrim lagi kat atas.. pehhhh.. talan ailio.. 

1 ulasan:

Aisha Fauzi berkata...

Hye Assalammuaalaikum. Saya tag awak dalam 3 giveaway ni :)

http://twinkleeestar.blogspot.com/2013/10/simple-giveaway-by-nik-ainaa.html

http://twinkleeestar.blogspot.com/2013/10/anniversary-giveaway-by-anadiera.html

http://twinkleeestar.blogspot.com/2013/10/the-longest-giveaway-ever-by-ain.html