Isnin, 16 Februari 2015

Pizza Telur Versi Atkins

assalamualaikum.. salam sejahtera

nak kata peminat tegar tu tak lah jugak.. tapi alise suka makan pizza.. lagi kalau topping pedas like bbq.. lagi suka.. :)

dekat group atkins pon dah banyak orang variasi kan cara nak letak topping pizza telur.. janji halal atkins sudah & pandai kira carb,, alise guna yang paling basic & bahan senang nak dapat jek..


2 biji telur.. kacau dengan secubit garam & dadarkan nipis..

kemudian letak sesudu sos cili (atkins pakai sos nandos)..



sebelum tu potong kecil isi ayam bersama garam/kunyit & di goreng sebentar.. kemudian taburkan..



hiris halus kobis & juga daun bawang sehingga menutupi ayam..

taburkan sedikit lada putih yang di tumbuk halus.. (tak letak pon xpe)..


kemudian potong kepingan cheese cheddar mengikut selera anda.. alise pakai yang keping tu pastu hiris 5. nak parut pon bole tapi cheese cheddar yang jenis kiub tu..

bakar dalam avon selama 5min api atas sahaja @ sampai cheese mencair..


keluarkan & boleh la hiasi dengan mayonis rendah carb.. alise pakai mayonis kewpie perasa lada hitam.. 


5 ulasan:

s0key..
b0le je nak letak k0men..
tapi jangan buat i sentap w0key.. ~