tabung

Rabu, 27 November 2019

Tempat Menarik ~ Jalan Sambil Makan Best Di Kota Tinggi / Pengerang

assalamualaikum.. salam sejahtera

** entry panjang **

kadang kawan tanya.. "ape best dekat kota tinggi?" hahaha segan nak jawab sebab selalu pon merayap area Desaru / Pengerang jek.. hahahaha sendu betul hidup khennnn.. so heret jugak la suami pergi jalan-jalan mana tempat yang best setakat 2019 ni..


kalau sebut laut desaru memang sinonim dengan Tanjung Balau kan.. tapi sekarang masih renovation jadiknya kita santai makan nasi kerabu dekat tepi pantai menghadap jeti jelah kan.. pon best jugak cuma banyak batu kat kawasan tu.. lagi 1 dekat penghujung jeti tu boleh mancing ikan.. haritu abang ipar mancing dekat situ dapat 2 ekor dalam masa sejam..



dekat medan selera tanjung balau tu pulak dah ada sign love untuk kenangan masa depan korang kehkeh.. "simpanlah kenangan selagi ada masa bersama" gituuuuu ayat.


lepastu kalau korang rasa nak tidur hotel sambil menghadap pantai & bermain pasir ala bali boleh la booking dekat westin hotel.. fuhhhhhh memang best location dia.. anak sedara cikliss ada kerja situ dia cakap memang terbaik.. tapi rate tinggi la sebab memang kawasan pelancong kan..


dari westin hotel tu belok kekanan boleh main mainan dalam air pulak dekat Riverside Adventure.. pass masuk Rm75++ macam tu.. tapi kawan cikliss beli pass setahun fuhhh berbaloi sebab sebulan 2 ke 3x jugak dia pergi.. rumah dekatkan.. paling syok ada slide masuk terus dalam air dengan roller coster.. 


yang ini dekat tanjung sepang berdepan dengan kawasan bayu damai.. dah ada pembaharuan tempat ni siap ada ternakan rusa lagi macam dekat bandung kan siap payung-payung.. nak masuk kena bayar dah sekarang per kereta/orang.. 


yang ini pantai kedua selepas pantai tanjung balau.. pantai dekat batu layar ni lagi best sebenarnya sebab landai jek.. family cikliss lagi suka mandi kat sini.. parking pon depan2 kitorang jek.. so tak payah berangkut jauh kalau ada makan makan ke periuk nasi ape kan.. 

paling bestttttt....

!
!
!
!
!

kalau makan semua tempat yang kat bawah ni yang selalu cikliss repeat dalam sebulan tu mesti ada sekali.. #kuatmakan

 
satey - foodcourt SKS mall

ini bisnes husband kasi la promote 1x hikhik.. alhamdulillah dah menjangkau tahun ke 3.. ada lagi 1 cawangan di felda kledang (tapak pasar malam khamis).. segala tempahan @ diskaun boleh whatsapp no di atas.. 

nasi ayam penyet Z & Z - bersebelahan SKS mall

kalau nak makan ikan keli rangup dekat sini jelah biasanya lepastu mintak sambal extra.. tu pon tak cukup hahaha dasar kaki pedas.. husband biasa makan ikan keli,, cikliss pulak kadang ayam kadang ikan siakap.. ehhhh tapi haritu husband makan ayam pulak kok terbalik👀👀

kedai makan nur erfan - mutiara desaru

sini makanan ala-ala thai sebab owner kedai orang kelantan/siam tu menu dia semua best-best termasuk nasi kerabu, somtam dan paling suka adalah rojak buah.. suami cikliss suka nasi goreng kampung.. 


buffet lotus desaru

tengok makanan ni ko rasa abis tak?? hahaha sejenis perut besar macam cikliss ni siap tambah lagi tau.. tambah bubur dengan aiskrim.. ko rase??? hahahahha ni tak boleh la makan sebulan sekali paling setahun sekali sebab 1 kepala rm40++ sekarang.. tahun ni tak repeat sebab geng tengah tengah diet..

cendol special - masjid syifa bandar penawar

cendol ni ada setiap hari jumaat sahaja di simpang masjid syifa.. sedap secukup rasa manis dan lemak.. kalau nak tambah pulut rm5.00.. tambah durian 2/3 ulas rm7.00.. biasa rm3.00 sahaja..

teluk sengat gerai no 12

ini kedai paling selalu la datang sebab berbaloi-baloi kena la dengan harga seafood sekarang.. tapi paling best dekat sini ikan siakap masak sambal dia.. sedapppp sangat. 

celop-celop 5A - tg sedili mersing

yang ni jauh sikit location dia sebab terperuk menghala ke sedili besar.. 1st time makan sini not bad rasa dia macam nak pergi lagi.. tapi kalau dari rumah dalam sejam setengah la jauhnya.. hmmmm usap perut..

sini semua seafood mentah yang di goreng tepung macam celop tepong dekat pok nong sana.. harga siap masak.. haritu makan sotong  / udang / ikan / air / megi sup tak sampai seratus. harga x mandi sangat la orang cakap.. 

cukup tu dulu.. next kita sambung makan-makan dekat entry lain...... 



Khamis, 21 November 2019

TravelLakiBini Ke Penang ~ Percutian Bajet 3Hari 2Malam Complete Entry

assalamualaikum.. salam sejahtera

Hari Pertama 17/09/19

Plan last minit memang best kan tapi book flight senyap-senyap tak bagi suami tau sebab nak suprise birthday dia bulan 9 haritu.. kebetulan masa tu AA ada buat promo JB - Penang pergi balik RM26.00++ jek.. memang terus klik jelah untuk 2 orang siap book seat, total RM82.00 hah gitu la harga dia.. ni kalau bawak kereta isi minyak je dah RM400.00 belom campur tol lagi.. tapi jimat camne pon sampai Penang jangan lupa sewa kereta.. Hahahahaha


terpaksa amik cuti full day walaupon gerak pukul 2 petang sebab tak sempat kemas bag.. so kenyangkan perut dekat mcd senai jelah.. sebab nanti sampai penang banyak dah ni list JJCM.. itu pon kalau perut larat la.

touchdown penang dalam 8.30 malam terus amik grab ke hotel.. dalam masa 23min sampai.. tapi sungguh la cikliss ni jakun betol pertama kali book grab sampai  skrg akaun tak tolak lagi bayaran grab tu.. adoyaiiiii.. sian pakcik tu..

depan hotel

hotel ni book 2malam dapat la harga rm155.00 tapi masa nak check in dia mintak deposit rm100.00 siap extra rm4.00 pehal ntah.. hahahha 


lepastu dalam bilik alahai sedih betul rupa dia.. hahaha bajet sangat ni sampai lantai pon simen je.. mujur bawak sliper dari rumah.. kalau tak memang beku la pagi-pagi lepas mandi eh.. kejung kaki lantai sejuk.. tv pon 2 siaran jek tapi bukan tv malaysia la.. movie dengan berita je tu pon ntah siaran negara mana.. senduuuuu & menyeramkan jugak la..


siap-siap letak bag terus jalan kaki jauh jugak dalam 20min camtu sebab nak cari kedai melayu tapi sebuah kedai pon takde.. semua mamak abangla sampai la cikliss stop dekat kedai ni (Pelita Samudra Pertama) sebab nampak ramai jugak melayu dalam kedai.. total makan rm33.00

lapar habis ni sebab makan mcd je kan so cikliss beli maggi goreng suami beli nasi goreng kampung.. lepastu tapau nasi dengan sup ayam sebab balik jalan kaki tak sempat kenyang lapar balik.. hahahha mujur sebelah kedai ada 7-eleven sempat la beli jajan / air kotak / rokok suami total rm13.40. oke tidooooooo

========================================================================

Hari Kedua 18/09/19


sarapan yang termasuk dalam pakej hotel.. siap-siap bawak masuk dalam bilik..  hukhuk



cikliss geram betul pukul 9.30 tak bangun lagi dari tidur.. kita ni dah siap solek bagai dia tido lagi.. dah last min baru nak booking kereta ooohhh pitam mak last minit punya plan ni menjajau carik owner kereta sewa. 


jadiklahhhhh kita booking viva je 24jam rm100.00 siap hantar dekat depan hotel rm20.00 ambil semula cikliss park dekat airport rm20.00 lepastu deposit rm50.00 nanti transfer masuk akaun semula.. hanya berpandukan maps google je siap belikan extra kupon parking sebab penang parking terhad.. 

owner kereta sewa di penang : 013-4443665

** lokasi pertama : Bukit Bendera / Penang Hill

harga bayaran terbaru untuk ke Bukit Bendera.. 

dekat sini nasib baik la tak tertinggal IC sebab orang kaunter tu duduk bersembang sampai tercicir ic cikliss tepi meja dia.. nasib masa masuk kan baki duit cikliss alert pasal ic kang tak pasal tak boleh balik johor sebab biasa check-in flight kan kena tunjuk ic kan.. haishhhh geram betul.. 


laluan masa train nak mendaki Bukit Bendera digalakkan korang duduk la kat depan sebab seronok tengok pemandangan seluas alam.. masa turun pulak terbalik la.. kena duduk belah bawah pulak biar tak mabuk.. 



masa cikliss pergi ni tengah musim jerebu di penang.. pakai kamera tu pon tak nampak apa.. kabus awan je.. so pusing la cari port bergambar lain.. ada sebahagian tempat kena bayar rm10.00 untuk bergambar tapi cikliss amik port yang lawa tapi free.. hikhik


siap naik dekat masjid atas lagi tau.. sebelah nya kuil ada jual aiskrim so pekena 1x sebab haus betol naik 40 anak tangga.. 


dekat sini jelah cikliss beli gambar rm15.00 tapi kuajo punya orang tu.. baru nak posing dengan burung-burung dekat situ, dia dah snap lepastu time nak cuci kita nak pilih-pilih la gambar mana yang lawa kan.. dia main print je.. sudahnya dapat gambar hilang tulisan atas kaler merah tu.. choiiiiii

** lokasi kedua : Nasi Kandar Deen's Maju


ngam la sampai sini lagi 10 min pukul 2.30 so beratur pon tak lama.. jangan risau untuk parking sebab depan deen maju ada parking yang disediakan cuma tersorok sikit la.. siap air rm28.00

macam la kat johor takde air ikat tepi hekhekhekhek.. 

** lokasi ketiga : Chew Jetty


takde ape pon kat sini.. jalan-jalan kiri kanan ada perumahan atas laut.. ada jugak jual cenderahati diorang jual.. 

** lokasi keempat : KOMTAR



sebab parking kat kawasan sini so kita jalan-jalan kejap nak tengok apa ada dalam tu.. rupanya ada banyak aktiviti dalam ni.. cuma kena ada modal jelah sebab masuk kena bayar.. bergambar dengan replika transformer ni je yang free.. hahahah.. 

ada taman dinasour / sky park / panjat dinding dan banyak lagi..

** lokasi kelima : Jeruk Madu Pak Ali


macam kena saka masuk kedai ni hahahhaa.. suami pulak duduk dalam kereta jek, kemahin cikliss ambil-ambil masuk bakul nahhhh ko bayar semua rm130.80 **TepukDahi.. 

beli jeruk / asam manis masin / kuah rojak / pes kuew tiow 

** lokasi keenam : Ais Tingkap


bersebelahan dengan jeruk pak ali.. penat-penat boleh minum es cendol jagung dengan air sarbat.. murah je 2 air ni rm6.20.. ada jugak air lain..

** lokasi ketujuh : Pasar Chowrasta


pasar ni pon bersebelahan jugak cuma terpisah bangunan.. dekat sini ole-ole macam keychain / bag / baju love penang murah-murah.. cikliss beli ole-ole semua dekat sini.. total habis rm87.00

** lokasi kelapan : Mee Sotong Hameed Special


sebelum sampai parking dia cikliss lepak kejap dekat tepi jeti dia tengok orang mancing.. seronok betol masa tu angin sepoi-sepoi ombak pon tak kuat.. dapat jugak diorang ikan seko dua.. 

masa memula google tempat ni 2x cikliss pusing sebab laluan masuk dia tutup.. kena lalu jalan lain.. tu yang terpesong ke jeti tu.. 

mee sotong dia memang power kuah pekat.. rojak dia pon sedap.. tapi sedap jugak la suami cikliss masak.. hikhik.. siap minum abc dengan air kelapa total rm22.50 tunaiiiii **macam mas kawen johor pulak.. 

SETTLE JALAN-JALAN!!

walaupon keluar lambat dapat jugak pergi 8 tempat dalam masa sehari sebab esok nak balik dah.. BAJET kannnnnn.. cikliss tak pergi lorong art tu tau sebab suami tak suka.. tak jauh pon dari chew jetty..


sampai hotel mandi solat semua terus kemas bag.. lepastu kita sambung makan malam pulak dekat area hotel.. memang aim hari last nak makan western kat sini..


harga dia boleh tahan murah jugak dengan portion banyak.. cikliss makan tak abis kasi suami abiskan.. total dengan air rm51.00

========================================================================

Hari ketiga 19/09/19


pukul 5 pagi bangun siap-siap mandi, pukul 6 dah terpacak dekat airport.. park kereta siap-siap wasap owner kereta dekat mana, kunci dekat mana.. siapppp terus la nak check in, terpaksa patah balik semula sebab hp suami pulak tinggal.. hah pergi la sorang sana cikliss nak settle pass boarding sebab flight delayed.. pagi-pagi ni lemau sikit tu yang kemamooo..


alhamdulillah selamat mendarat.. parking kereta dekat basement sekali nak punch keluar tak lepas.. dalam ada baki rm50.00 lagi rasanya.. terpaksa masuk dalam gurdian top up rm200.00 sebab malas nak jalan lagi kalau tak cukup baki.. hah ko 3hari parking total rm110.00 terus mengucap suami.. serik la tu cikliss kata parking sini mahal.. 


sebab duit dah kena cekik bayar parking mahal so balik takyah lalu tol kahkahkah.. dapat la makan nasi lemak dengan roti canai dekat jalan skudai..

jumlah duit hangus percutian bajet ke pulau pinang ni lepas tulis dekat diari semuanya rm872.60.. itu duit cikliss.. duit suami pulak rm266.20.. jadiknya kos keseluruhan suami isteri rm1138.80 untuk 2 orang siapppppp..