tabung

Isnin, 28 Oktober 2019

Harga Emas Sekarang

assalamualaikum.. salam sejahtera

perempuan dengan emas memang tak asing lagi kan termasuk la cikliss.. puas hati la dapat pakai duit sendiri pilih mana berkenan.. kalau pakai suami kena ikot citarasa oldskool dia.. hahaha tapi free lagi best kan..

2 hari sebelom raya haritu sempat lagi terjah Kedai Emas KT sederet dengan Kedai Emas Anuar yang viral tu.. Ya allah padat sunggulah la kedai tu nak selit pon tak boleh..

sebab Kedai Emas KT ni harga sama dengan Kedai Emas Anuar dengan Kedai Emas Zakaria tu yang best so kita amik langkah selamat pergi kedai emas yang orang tak sesak.. tapi alhamdulillah mungkin cikliss pembawa rezeki, baru je duduk terus 3 ke 4 pasangan pon nak beli emas untuk isteri masing-masing.. semoga kalian semua dimurahkan rezeki aamin..




yang kiri tu gelang masa birthday tahun lepas.. yang kanan pulak gelang masa batal air sembahyang 2tahun lepas.. dengar macam " eeee kan baru lagi. tak sayang ke tukar ".. sebenarnya sebab gelang tu 1 gancu nak putus lagi 1 sebab dah gelebeh.. (adakah aku semakin kurus?? mimpiiiiiii)


tolak dengan harga RM145/gram.. so tambah dalam RM400.00 dapat la gelang baru yang ni.. harap bertahan lama sikit..jadiklahhhh