tabung

Selasa, 21 Ogos 2018

Terjebak Post Di Group Mr Diy / Eco RM2.00 ~ Deco Dapur


assalamualaikum.. salam sejahtera

walaupon duduk rumah mertua, tak apelah anggap saja macam rumah sendiri sebab mertua dua-dua dah takde.. kira ni suami jaga amanah la duduk rumah pusaka.. alhamdulillah rezeki setiap orang tak sama kan..

sebenarnya dah banyak kali suruh suami pasang rak kayu dekat sebelah esbok tu.. tapi dia cakap semak la, mata sakit la.. haishhhh tak boleh kompromi betul.. akhirnya semua benda campak dekat bawah dapur.. susun ikut suka janji mata tak nampak sepah.. tapinyaaaaaa semua benda dia tanya isteri dia ni la kat mana letak semua benda.. stress ciklisss


yang paling best tempat letak kunci ni.. bertahan pulak walau kunci berat namateyyy.. beli dekat Diy tak ingat pulak berapa hinggit.. masa nak tampal tu letak air dulu.. biar dia dah penuh ruang baru kita sangkut kunci.. tampal kat mana?? tampal je tepi esbok.. hahahaha wallpaper dekat esbok dah lama suami pasang sebelum kitorang kawin lagi.. pon beli dekat Diy.. adakah kami DUTA Mr Diy?? #matakeatas




tepi esbok sebelah sini pulak kita letak rak tingkat putih ni.. sebenarnya nak kaler hijau tapi sold pulak beli dekat shopee.. rak ni ada 4 tingkat tapi kalau letak semua macam tinggi sangat jadiknya letak 3 jelah.. kang letak semua kompom banyak lagi cikliss nak letak sos segala.. 




periuk nasi yang kecil tu cikliss dah nyorokkan bawah dapur.. buat semak mata je letak bebanyak kt para kan.. makan nasinya bukan selalu pon.. yang periuk nasi yang besar tu pon suami pakai just nak hangatkan kuah satey dia jek.. kalau tak memang cikliss simpan dua-dua.. sebab suami bancuh satey dia kat situ.. haishhh penat nak ngelap kalau terpercik bahan kisar / gula / rempah satey dia.. tau la semut tu benda manis laju je dia datang..

rak pinggan dengan cawan pon beli dekat shopee.. berbaloi sebab bawah rak tu ada tempat tadahan air jadiknya air tak mengalir ke mozek.. kering terus dekat tadahan dia tu..



last sekali bekas isi rempah / garam.. tolong la cakap yang cikliss ni kreatif yakmat.. hahahaha.. suami kan niaga satey so bekas madu tu banyak sangat sampai buang-buang.. (sekarang dah tak pakai madu so rasa nyesal pulak buang #nangis la kau sana).. tak payah pakai label sebab dari luar dah nampak barang ape dalam dia.. sebelom ni semua sumbat dalam tupperware besar pon nyorokkan dalam para bawah.. pedulik apa kan.. dah kemas baru la sedap mata memandang..


Tiada ulasan: