tabung

Selasa, 28 Ogos 2018

Korban Lembu

assalamualaikum.. salam sejahtera

tahun ni raya paling sendu sebab rumah sunyi abang ipar sampai lambat pulak.. tengahari baru sampai.. akak ipar pulak tak balik.. yekyek je suami beriya suruh kemas awal-awal cecantik.. dia tak tahu kemas awal pon takde gunanya kalau kucing dia 2 ekor tu ada dalam rumah huhuhu.. berak merata.. 🙌🙌


tahun ni abang ipar buat korban untuk arwah mak dengan abah serta adik beradik (3orang) & 2orang anak dia.. cukuplah 7 bahagian semuanya..


gigih mekap pagi-pagi siap mandi raya / solat raya lepastu pergi cod satey.. alhamdulillah tahun ni masih ada orang order cuma suami terhadkan order sebab pukul 10 nak pergi tengok korban lembu.. 
masalahnya pagi tu tak tahu la kelam kabut apa sampai salah bagi order orang.. sampai pusing penawar 2x hahahaha.. lampu merah pon lajak jek sebab lupa ada traffic light kat situ.. #takkelakar

- lembunya yang kiri tu -

korban dekat kebun si pemilik lembu (semenchu).. ya allah mencabar habis eh masuk kebun ni.. dahla kereta jenis rendah lepastu naik 4 orang.. memang tergarit jelah sretttt sretttt.. tapi alhamdulillah area kebun tu tak hujan padahal masa nak keluar dari rumah lebat sangat sampai tak nampak jalan.. kalau hujan tak dapat bayangkan tanah lecah eh.. tanak merah takut terbenam jek.. allah mudahkan alhamdulillah..


hampir 2 jam jugak la tunggu untuk nama seterusnya.. sebab nama last (siapa datang awal korban awal).. cikliss jemput abah dengan adik beradik jugak datang tengok.. yang jiran belah suami,, abang ipar dah jemput jiran sebelah rumah untuk bawak lembu yang hendak di lapah sekali.. bawak naik hilux sebab kat sana hanya sembelih dengan potong 4 bahagian je.. 

lepas solat zuhur ambil bahagian masing-masing.. sebab kerjasama melapah daging siap dalam masa 2 jam.. siap agih-agih ke jiran satu blok semua dapat sorang 1kg.. dapat dalam 30kg++.. yang mana tulang bagi adik beradik sorang sikit.. paling laju ekor dengan kaki lembu.. hehehehe dah siap masak cikliss makan tapi kalau tengok mentah-mentah ya allah.. tutup mata.. 😜😜

Tiada ulasan: