tabung

Selasa, 28 Ogos 2018

Korban Lembu

assalamualaikum.. salam sejahtera

tahun ni raya paling sendu sebab rumah sunyi abang ipar sampai lambat pulak.. tengahari baru sampai.. akak ipar pulak tak balik.. yekyek je suami beriya suruh kemas awal-awal cecantik.. dia tak tahu kemas awal pon takde gunanya kalau kucing dia 2 ekor tu ada dalam rumah huhuhu.. berak merata.. 🙌🙌


tahun ni abang ipar buat korban untuk arwah mak dengan abah serta adik beradik (3orang) & 2orang anak dia.. cukuplah 7 bahagian semuanya..


gigih mekap pagi-pagi siap mandi raya / solat raya lepastu pergi cod satey.. alhamdulillah tahun ni masih ada orang order cuma suami terhadkan order sebab pukul 10 nak pergi tengok korban lembu.. 
masalahnya pagi tu tak tahu la kelam kabut apa sampai salah bagi order orang.. sampai pusing penawar 2x hahahaha.. lampu merah pon lajak jek sebab lupa ada traffic light kat situ.. #takkelakar

- lembunya yang kiri tu -

korban dekat kebun si pemilik lembu (semenchu).. ya allah mencabar habis eh masuk kebun ni.. dahla kereta jenis rendah lepastu naik 4 orang.. memang tergarit jelah sretttt sretttt.. tapi alhamdulillah area kebun tu tak hujan padahal masa nak keluar dari rumah lebat sangat sampai tak nampak jalan.. kalau hujan tak dapat bayangkan tanah lecah eh.. tanak merah takut terbenam jek.. allah mudahkan alhamdulillah..


hampir 2 jam jugak la tunggu untuk nama seterusnya.. sebab nama last (siapa datang awal korban awal).. cikliss jemput abah dengan adik beradik jugak datang tengok.. yang jiran belah suami,, abang ipar dah jemput jiran sebelah rumah untuk bawak lembu yang hendak di lapah sekali.. bawak naik hilux sebab kat sana hanya sembelih dengan potong 4 bahagian je.. 

lepas solat zuhur ambil bahagian masing-masing.. sebab kerjasama melapah daging siap dalam masa 2 jam.. siap agih-agih ke jiran satu blok semua dapat sorang 1kg.. dapat dalam 30kg++.. yang mana tulang bagi adik beradik sorang sikit.. paling laju ekor dengan kaki lembu.. hehehehe dah siap masak cikliss makan tapi kalau tengok mentah-mentah ya allah.. tutup mata.. 😜😜

Selasa, 21 Ogos 2018

Terjebak Post Di Group Mr Diy / Eco RM2.00 ~ Deco Dapur


assalamualaikum.. salam sejahtera

walaupon duduk rumah mertua, tak apelah anggap saja macam rumah sendiri sebab mertua dua-dua dah takde.. kira ni suami jaga amanah la duduk rumah pusaka.. alhamdulillah rezeki setiap orang tak sama kan..

sebenarnya dah banyak kali suruh suami pasang rak kayu dekat sebelah esbok tu.. tapi dia cakap semak la, mata sakit la.. haishhhh tak boleh kompromi betul.. akhirnya semua benda campak dekat bawah dapur.. susun ikut suka janji mata tak nampak sepah.. tapinyaaaaaa semua benda dia tanya isteri dia ni la kat mana letak semua benda.. stress ciklisss


yang paling best tempat letak kunci ni.. bertahan pulak walau kunci berat namateyyy.. beli dekat Diy tak ingat pulak berapa hinggit.. masa nak tampal tu letak air dulu.. biar dia dah penuh ruang baru kita sangkut kunci.. tampal kat mana?? tampal je tepi esbok.. hahahaha wallpaper dekat esbok dah lama suami pasang sebelum kitorang kawin lagi.. pon beli dekat Diy.. adakah kami DUTA Mr Diy?? #matakeatas




tepi esbok sebelah sini pulak kita letak rak tingkat putih ni.. sebenarnya nak kaler hijau tapi sold pulak beli dekat shopee.. rak ni ada 4 tingkat tapi kalau letak semua macam tinggi sangat jadiknya letak 3 jelah.. kang letak semua kompom banyak lagi cikliss nak letak sos segala.. 




periuk nasi yang kecil tu cikliss dah nyorokkan bawah dapur.. buat semak mata je letak bebanyak kt para kan.. makan nasinya bukan selalu pon.. yang periuk nasi yang besar tu pon suami pakai just nak hangatkan kuah satey dia jek.. kalau tak memang cikliss simpan dua-dua.. sebab suami bancuh satey dia kat situ.. haishhh penat nak ngelap kalau terpercik bahan kisar / gula / rempah satey dia.. tau la semut tu benda manis laju je dia datang..

rak pinggan dengan cawan pon beli dekat shopee.. berbaloi sebab bawah rak tu ada tempat tadahan air jadiknya air tak mengalir ke mozek.. kering terus dekat tadahan dia tu..



last sekali bekas isi rempah / garam.. tolong la cakap yang cikliss ni kreatif yakmat.. hahahaha.. suami kan niaga satey so bekas madu tu banyak sangat sampai buang-buang.. (sekarang dah tak pakai madu so rasa nyesal pulak buang #nangis la kau sana).. tak payah pakai label sebab dari luar dah nampak barang ape dalam dia.. sebelom ni semua sumbat dalam tupperware besar pon nyorokkan dalam para bawah.. pedulik apa kan.. dah kemas baru la sedap mata memandang..


Isnin, 20 Ogos 2018

Richwise Sdn Bhd

assalamualaikum.. salam sejahtera

alhamdulillah genap 10 tahun sudah perkhidmatan di syarikat ni 20082008 - 20082018.. bermulanya gemuk,, kurus balik,, lepastu gemuk semula.. hahahhaa.. indah betul kenangan..


terasa masa cepat betul berlalu dari office lama sekarang pindah office baru.. tak lah jauh sangat tepi je dari office lama.. suasana pon dah lain.. dulu duduk sorang 1 meja sekarang 1 meja panjang duduk 4 orang.. auchhhhhh



harap tahun ke 11 dah jadi surirumah tangga walaupon nitizen kecam kata si suri kalau duduk rumah tak pandai bergaya / tau mintak duit suami jek harap cikliss tak macam tu lah.. bukan apa mana tau ada rezeki baby.. boleh la kita golek dengan anak sama-sama.. hahaha #impian


Selasa, 7 Ogos 2018

Makan Lagi Sedap ~ Rendang Ayam Paling Simple

assalamualaikum.. salam sejahtera

masa puasa aritu gigih carik resepi rendang ayam sebab nak tunggu raya kan macam lama.. rupanya pagi raya pon takde orang bagi rendang ayam hahaha.. banyak dapat ayam masak merah.. 

so balik kerja terus carik bahan almaklum jarang masak.. ni resipi cikliss sendiri sebab bahan semua simple jek tapi rasa power.. caitttt 


kejadiannya nampak comot kan.. tapi percayalah suami cikliss kokak sampai ke tulang ye.. please la bagi pujian sikit kalau sedap tu.. hmmmmm



bahan semua dekat gambar & yang takde cuma santan kotak je.

** blender semua bahan kecuali daun kunyit dengan kerisik.. serai tu ketuk sahaja..

1. panaskan minyak masukkan serai dengan bahan blender.
2. masukkan ayam lepastu kaup balik kaup balik.. ** jangan letak air dulu..
3. tutup periuk sampai ayam keluakan air dia sendiri.. kalau nak kuah banyak bole tambah air sikit demi sedikit.
4. bila ayam dah masak masukkan santan pekat bersama kerisik ** kerisik memekatkan kuah ye..
5. masukkan daun kunyit.. ** daun kunyit tak kisah nak hiris ke nak letak setompok gitu.. 


pesanan :  

apabila dah masukkan santan kena jaga api. jangan terlalu besar sebab nanti akak pecahkan lemak santan.. lemak santan kalau dah keluar buih nanti dah jadi tak sedap so kena selalu gaul.. and depends ada yang letak santan awal-awal macam eina azman tu.. 


Isnin, 6 Ogos 2018

Diet Tapi Makan Sedap

assalamualaikum.. salam sejahtera

nasib la dapat kesedaran awal badan ni gemuk hahaha.. berat nak cecah 100kg pon tak sedar diri lagi 👍👍 so semalam cikliss dah mula untuk diet atkins sebab diet ni je yang buat cikliss turun berat badan sebab dah pernah buat diet kalori tapi tak serasi..

pada 2015 cikliss buat diet ni turun 23kg dari 85kg tapi sebab terlampau suka jadiknya berat pon naik macam laju punya turun.. sama level dah HAHAHA

so semalam bermula lah diet atkins


pizza telur paling pebret kalau time atkins sebab topping boleh letak macam-macam tapi tengok carb jugak ye.. paling senang topping sardin @ tuna.. lepastu tabur mozarella dengan sos kewpie.. wow mantap..


tengah hari pulak kalau rajin sempat bolehlah menu yang jenis menumis tumbuk bawang.. kalau x sempat kita leburkan brokoli / sawi lepastu rebus dengan sedikit garam #ponsedap.. 👌👌

kalau pukul 3 lapar lagi biasanya cikliss bawak extra makanan contohnya ayam goreng 2 ketol ataupon telur rebus.. paling special telur lipat cheese didalam hahaha.. telur ni pon boleh makan time sarapan.. 


bila dah makan pukul 3 jangan skip makan malam pulak sebab dah makan pukul 3 kan #annoying.. mana la kenyang setakat menu dekat atas tu.. jomm la makan sebelum pukul 8.. nugget ayam ni dah siap frozen siap-siap bole dapat 5 ketol masuk dalam tipuware.. senang untuk sekali masak jek.. jadik yang lain bole pakai lama letak dekat chiller..


biasa memang cikliss buat menu siap-siap untuk seminggu sebab beli bahan sekali arung.. tapi sape la kita ni hanya manusia biasa.. selalu berubah fikiran pantang makanan lalu lalang dekat wall.. semua nak telan time tu jugak.. so kadang ada tertukar menu jugak dari list tu.. so create your happy meal.. enjoyyyyy atkins..❤❤


Sabtu, 4 Ogos 2018

Kedai Makan Terbaik Di Telok Sengat ~ Kedai No 12

assalamualaikum.. salam sejahtera

sekali dalam sebulan mesti makan dekat kedai ni.. kalau tak abah yang belanja,, suami cikliss yang belanja tapi kalau tetiba suami cikliss belanja sesiapa yang tetiba balik rumah abah langkah kanan dapat la merasa sekali.. sebab kalau makan sedap cikliss memang telefon abah ajak makan sesama..


alhamdulillah setakat ni rasa tak mengecewakan.. tapi kalau nak datang kedai ni biasanya cikliss deal by whatsapp segala menu yang nak dimakan terlebih dahulu.. nanti bila sampai sana janji sekian-sekian segalanya sudah terhidang tapi jangan risau diorang tetap kasi makanan panas-panas.. jangan lupa save nama.. 


ikan masak sambal ni la kegemaran abah dengan suami dan ini menu paling penting kalau datang sini.. ikan di goreng garing dengan sambal dia kick sangat.. siap ratah sampai hujung ekor.. ikan ni saiz dia sedang-sedang je tak berapa besar.. 1 hidangan ni dalam RM30.00 - RM45.00 ikut pada saiz..



siput gonggong pulak ikut pada musim pon request masak sambal.. sambal dia memang power tau.. eksotik kan siput ni.. memula memang cikliss tak gheti makan lepastu suami suruh try 1 dulu.. fuhhhhh next terus nak order je kalau ada hahaha.. 1 set siput gonggong RM15.00


biasa order sayur kailan masak ikan masin tapi malam tadi pergi tinggal sayur campur je.. takpe sedap jugak.. 1 hidangan RM15.00..

udang goreng tepung takde dalam gambar sebab udang lambat sampai.. tapi udang dia besar-besar 1 pinggan dalam 11 ekor.. 1 hidangan RM15.00 




yang paling best makan dekat sini adalah murah sangat harga dia..4 ekor ikan malam tadi makan cuma RM135.00 sahaja.. tak kan abis duit sampai rm300 percayalah.. tapi meja penuh dengan makanan.. malam tadi alise makan sini menu seperti kat atas tu total harga dia RM273.00 sahaja / 11 orang punya makan siap tambah air milo lagi 1 jug.. berbaloi kan.. pergi la try sape yang duduk JB tu.. memalam boleh tengok orang mancing dekat jeti sekali..

Khamis, 2 Ogos 2018

Makan Lagi Sedap ~ Tomyam Ayam Paling Simple

assalamualaikum.. salam sejahtera

nak harapkan dapur berasap sebenarnya hujung minggu jeklah tu pon kalau masak.. kalau tetiba suami cakap arini cucuk satey ye.. (kalau tukang cucuk cuti) memang tapau jelah.. lagipon makan berdua jarang la masak beriya benau..

tapi 1 habit cikliss suka letak semua bahan dalam 1 pinggan lepastu ambil gambar susun cecantik.. baru tahu barang complete ke tak.. sejenis pelupa kan hahahaha..


ini adalah bahan untuk buat tomyam ayam sayur lebih.. masak sendiri semua pon nak lebur sekali kan senang ada sayur / ayam.. takyah masak banyak-banyak jenis..

bahan semua dekat atas tu.. cara cikliss macam ni :
**  1 paket perencah tu bersamaan dengan 2 1/2 cawan air (tak terlalu cair)


1. panaskan air sampai geledek.. 
2. masukkan perencah tomyam / ayam / bawang / cili (ketuk sikit) / kiub pati tomyam
3. masukkan kobis bunga / tomato / perasa
4. bila semua dah masak.. api dah gelegak balik baru masukkan daun limau purut / cendawan / daun ketumbar.. 
5. tutup periuk terus matikan api.. sebab xnak cendawan tu layu sangat.. just layur macam tu jek.. 

SIAP!!