tabung

Jumaat, 27 Julai 2018

Ziarah Raya Sampai Ke Eco World Pasir Gudang

assalamualaikum.. salam sejahtera

seminggu lepas habis raya kejadian ini.. gamaknya 2 bulan la raya terus sampai raya haji.. oppss πŸ‘ŠπŸ‘Šalhamdulillah dipermudahkan pada hari kejadian.. panas pon sedang helok walhal sebelum pergi tu  hujan lebat..


ikutkan cikliss tak dapat join tapi sebab hari sabtu tu suami ada ketering (siap bakar dekat kedai) so dia pon tak balik rumah petang tu (upah pekerja.. sebelum ni kipas sendiri) so cikliss tanya la boleh tak join group ni.. so suami kata okey tapi jangan balik malam sebab cikliss tumpang orang.. mikirkan kawasan rumah tu parking terhad, cikliss pon gerak solo so follow je saper yang bujang lepastu share duit minyak / tol.. sampai merajuk jiran sebelah ni ingat cikliss tak join.. yelah approve pon last minute kan.. alhamdulillah..


handbag "BIJAN" lupa pulak letak mana tapi rasanya dalam rumah.. auuwwww nampak slim pakai ipongggg #kakisilang πŸ’•πŸ’• 


- bergambar depan rumah -


- bergambar di eco world -


- bergambar di eco world -


- bergambar di eco world -

seronoknya lahai jumpa reramai macam ni sampai nak makan banyak pon kena pekik.. ada jugak yang datang bawak buah / kuih / kek.. sesusah je.. semua sedap dan laku keras.. tq tuan rumah walaupon semua main order jek.. 

dalam 20 orang jugak yang join tu belom masuk anak mereka-mereka.. biasanya ginilah plan last minute baru jadik.. lepasni nak jumpa dekat IKEA tebrau pulak (04/08/18) & paling best setiap kali perjumpaan mesti ada tema.. #baru seragam πŸ‘©πŸ‘©πŸ‘©πŸ‘©

semoga ukhwah kita terjalin sampai ke akhir hayat.. tiada dendam antara satu sama lain.. mana tau nanti anak mereka-mereka dah besar tetiba berbesan?? hahahha 

Khamis, 26 Julai 2018

Emas Murah Di Kota Tinggi #Part 2

assalamualaikum.. salam sejahtera

Baca sini untuk part 1 --->
http://ctalfakhishah.blogspot.com/2015/02/emas-murah-di-kota-tinggi.html


disebabkan birthday cikliss jatuh pada hari puasa, so suami pon takde la cakap nak belanja makan ke ape kan.. diam jek dia.. sebab bulan puasa kan suami niaga kat bazar.. seminggu sebelum raya baru tutup kedai sebab nak siapkan stok untuk pagi raya.. lepastu tau-tau 2 hari sebelum raya dia hint cikliss ajak pergi kota betulkan kereta.. time nak balik tu la baru nak suprise kita.. ingat romantik ❤❤

terkesan jugak tag dia kat fb pasal tajuk "emas selepas kahwin".. hahaha.. kalau ikutkan memang takyah beli pon takpe sebab cikliss pon dah banyak koleksi jugak.. pusaka arwah mak lagi.. kalau tau suami nak belikan gelang, cikliss trade in je gelang masa batal air sembahyang yang kahwin punya sebab nak putus dah.. 


kedai emas syukor ni siapa yang duduk kota tinggi tahulah nama "gedung".. kalau orang luar korang search nama "gedung harian kota tinggi".. bebetul depan traffic light 4.. kedai dia dekat pintu masuk belah belakang berhadapan Mcd.. 

masa beli gelang ni harga emas kedai ni paling murah RM163.00 berbanding kedai lain masih rm165.00-rm167.00.. upah rm100.00 siap dapat hamper.. total semua rm1400.00 cikliss tambah rm400.00 sebab suami bajet rm1000.00 jek.. boleh la sayang janji gelang baru.. 😊😊 


Rabu, 25 Julai 2018

Sayur Goreng Jawa Dengan Pedal Ayam

assalamualaikum.. salam sejahtera

resipi ni masa cikliss puasa 6 bulan syawal tuari.. gigihnya sampai g SKS beli pedal sekilo baru rm4.00 je.. tapi pakai nye 5 bijik jek.. sebab kan makan sorang buat sekali masak jek.. pengaruh tengok ig story hanis zalikha.. πŸ‘πŸ‘


bahan-bahan

1. pedal dihiris nipis kemudian letak serbuk kunyit dengan garam kemudian gaul sebati lepastu gorengkan sebentar
2. soon rendam sampai lembut
3. bawang besar / bawang merah / bawang putih ** mayang halus
4. kacang buncis dipotong serong
5. lobak dipotong memanjang
6. air asam jawa sedikit sahaja 
7. lada dihiris nipis



cara-cara

1. panaskan minyak kemudian tumiskan bawang hingga layu
2. masukkan lobak / kacang panjang sehingga sedikit empuk
3. masukkan air asam jawa
4. masukkan pedal & soon 
5. sebatikan rasa.. Siap!!
** kalau rasa nak warna gelap boleh letak kicap sedikit.. 


Sabtu, 21 Julai 2018

Adventure Waterpark - Desaru Coast

assalamualaikum.. salam sejahtera

Dah banyak pembangunan dekat desaru ni sampai tak terpergi pon hadooo.. tapi yang adventure waterpark ni memang best sebab ada macam-macam mainan dalam air selain tanjung balau & batu layar.. sangat seronok.. hari minggu ni sesuai la bawak anak-anak main air puas-puas.. hehehehe


sempat jugak lawat kawasan sehari sebelum pembukaan tu.. wowwwww!!! terujanya nampak siang hari.. sebab malam nye cikliss servay jugak dengan suami, abah, adik bongsu.. rupanya sampai sesat sebab salah masuk simpang.. 

korang yang nak datang sini tak perlu risau sebab papan tanda Adventure Themepark Desaru Coast ni memang ada di setiap laluan ke desaru.. 



dah puas jalan mestilah lapar & haus kan.. jangan risau ye semua.. dekat bahagian luar themepark ada disediakan cafe / bistro dan yang paling best boleh santai menghirup coffee sambil kunyah donut menghadap tasik buatan.. cantik sangat.. donut pon sedap lembut je.. cuma yang jenis kekacang ada yang bau hapak sikit.. kalau donut coklat cenggini πŸ‘πŸ‘



jangan sangka panas tak boleh selfie ye.. hahahaha.πŸ‘―πŸ‘― banyak tempat yang boleh bergambar.. biasalah tempat baru.. semua masih fresh & terkawal.. cun kan bergambar dibawah terik matahari.. πŸ‘€πŸ‘€

                                                




nampak tak segala permaian air kat atas tu.. bessssssstt kan.. harga permulaan sempena pembukaan semalam 19/07/2018

keluar je tol bandar penawar - ambil simpang kanan - belok di simpang petronas- terus sampai jumpa pusingan ambil no 12 - terus jek sampai jumpa papan tanda ADVENTURE THEMEPARK.. ok dah sampai.. 

Jumaat, 20 Julai 2018

Diet Atkins!! Dengar Macam Senang

assalamualaikum.. salam sejahtera

tadi sesiap transfer gambar masuk dekat pendrive.. buang segala gambar yang dah ada kat blog.. sekali delete banyaknyaaaaa gambar makanan masa kurus dulu.. kasi semangat nak makan punya pasal siap ambil gambar lelawa..

simple je masaknya :

pagi
1. rebus 2 biji telur separuh masak dalam 4min sebab nak kasi kuning nye cair di mulut.. yummy
2. air 1 liter

tengah hari
1. ayam 2 ketol @ ikan 2 ekor
2. kangkung rebus / kobis masak air / kobis goreng / bayam rebus
** ambil sayur jek kuahnya tak payah
3. air 1 liter

pukul 3
1. telur dadar 1 biji
2. air 500 ml

balik kerja
1. sup sayur @ sup ayam
** kuahnya tak payah hirup
2. air 1 liter

then kalau lapar lagi gorengkan nugget ayam yang dah siap frozen sesiap..

gigih sangat dulu setiap pagi masak dari sarap / makan tengah ari sampai makan petang. malam takdenya masuk dapur dah.. sekarang nak minum air masak pon malas.. sayang betol dekat lelemak..
sempat la melaram pakai kebaya adik punya masa raya..


sekarang baju saiz M semua dah sedekah dekat kekakak.. untung merasa baju baru.. dahlah baju i semua lelawa.. hikhokhikhok.. end up i kena beli baju lain sekarang saiz xxl.. lepas kawen semua berubah.. memboyot dengan laki sama-sama perut maju kedepan.. kahkahkah

Rabu, 11 Julai 2018

Marhaban Perempuan #rumahmertua

assalamualaikum.. salam sejahtera.

sejak dah jadi tuan rumah,, memacam alise masak untuk tetamu yang datang.. lepas je balik kampung raya ke 3 terus penuhkan stock barang basah.. beli mee kuning 3 paket / frozen fish cake / nugget / taugeh / bawang goreng.. yang mana bole simpan beku terus potong kecik.. macam sayur dah siap hiris kecik-kecik.. senang nanti terus lebur je..

raya ke 6 ada marhaban blok untuk perempuan sahaja..nasib baik cikliss masih cuti bolehlah masak best-best.. dapat la join marhaban separuh rumah sebab lagi separuh raya ke 5 dah mula..

tuan rumah rasa dulu yummy

disebabkan hujan renyai- renyai cikliss rebus makaroni 1 plastik setengah dengan buat sup tetel lembu (ngecek laki lebihan potongan daging sate).. panas-panas masuk dalam plus.. siap dengan air kopi.. wowwww merecik menu..

meja makan

sampai tak cukup cikliss rendam lagi mee kuning 1 paket.. pon habis jugak.. lagipon sebab rumah orang lain takde sediakan makan berat macam rumah cikliss.. tu yang sup cikliss laku keras tu.. tak sangka ramai sebenarnya.. kerusi putih tu pon terpaksa tolak ke belakang lagi..

sampai jiran suruh buat lagi sebab dia tak dapat rasa.. wakakaka rasanya lepas ni mesti rasa nya jadik lain.. biasa 1st masak memang sedap.. next terus lupa apa yang di campak..


lanje 1 pic ohteeteedee.. kucing pon sibuk je nak lalu.. haishhhh