tabung

Selasa, 26 Jun 2018

Raya Pertama 2018

assalamualaikum.. salam sejahtera

macam mana raya tahun ni?? banyak makan kuih raya?? ketupat rendang??

alhamdulillah tahun ni sempat tidur 2 jam sebelom pagi raya.. order satey masyuk jugak tapi tak lebat macam tahun lepas.. yang lebat hujan je pagi raya tu.. ekekekee.. maybe orang yang order tahun lepas, tahun ni turn rumah mertua #sedapkanhati


tahun ni jugak abang suami raya bersama.. cuma akak sulung je tak balik.. hati masih marah tak pelah.. kita buat macam biasa.. malam raya layankan anak sedara main bunga api sampai hangus kuah sate..

lepastu kan, pagi raya tu ada bakar live dekat rumah abah untuk orang marhaban.. terus takde posing berdua kami laki bini 🙇🙇 ada gambar berdua dalam kereta je sebelom nak cod satey.. dengan tak bersampin.. hmmmmm lepastu tiba turn nak bersalam.. kami laki bini skip bakar kejap lepastu tukar balik baju.. nak salam laki bini pon xde #ampunsuami ❤❤



malam raya sebelum tidur tu baru siap masukkan duit dalam angpau.. selamat tukaran pat ratus ringgit (share 2 dengan suami).. asingkan untuk anak buah / saudara-mara / orang marhaban / orang datang beraya.. ikut kaler angpau..

kuih pon sama.. terus masukkan balang siap-siap.. tapi sekali masuk bekas sekali masuk mulut.. sedap-sedap kuih yang cikliss order tahun ni.. opssss

setakat ni ada sikit je lagi kuihnya.. tart nenas dengan kuih kacang tumbuk tu kuih pertama dalam simpanan lebur dalam mulut.. habisssss


 ini sebahagian tempahan di pagi raya.. start bakar dari pukul 2.30 pagi sampai pukul 6.30 pagi sebanyak 3000 cocok.. cikliss punya kerja masukkan kuah / potong timun dengan susun sate masuk aluminium form.. pakai buang jelah senang kerja tuan rumah.. moga dilimpahkan lagi rezeki sampai tak menang tangan layan order untuk open house.. rumah sendiri hujung-hujung raya insyaallah.. ramai yang menantikan.. 

Khamis, 7 Jun 2018

Double Three #oppssss

assalamualaikum.. salam sejahtera

👯👯👯👯 Today is my birthday 👯👯👯👯..

setakat ni belum ada wish dari husband lagi.. kompom mesti dia lupa.. nasib baik ada noti from FB..
podahhhh.. nak ingat sendiri memang tak la banyak lagi benda nak pk katanya.. alasannnn mencik i..

tahun lepas suami wish nak anak cepat belum kesampaian lagi.. harapan bersambung untuk tahun ni pon belom ada tanda-tanda.. moga walaupon kita masih berdua harapnya kasih sayang kekal berpanjangan la hendaknya..

trying to concieve (TTC) dah memacam jugak usaha.. tapi lebih kepada isteri yang beriya.. suami berserah sahaja tanpa usaha.. tak apelah kita terima dengan ikhlas insyaallah..



abah jugak yang terbaik.. awal pagi dah wish.. lebiuuuu abah..


balik kerja macam biasa berbuka rumah abah.. tapi sebelum tu singgah bazar kejap.. balik dari bazar ada bff datang rumah bagi hadiah dengan kek batik.. alhamdulillah masih ada yang ingat..

semoga dilimpahkan rezeki,, diberi kesihatan berpanjangan,, berkesempatan menimang zuriat,, insyaallah.. aamin yra