tabung

Isnin, 21 Mei 2018

Celup Jari Telunjuk PRU14

assalamualaikum.. salam sejahtera


👆👆 jari yang ada tanduk tu jari cikliss.. comot sangat.. 👆👆

alhamdulillah.. setelah penat lelah menahan tidur mengadap keputusan PRU14 akhirnya malaysia bertukar ke barisan baru.. bukan barisan nasional tapi barisan pakatan harapan.. ini yang anak muda mahu.. 

walaupon pada usia 93tahun Tun M boleh dikatakan waktu rehat beliau.. tapi sebab nak tukar kepada pemerintahan baru.. Tun M kena ambil alih jadi Perdana Menteri semula.. untuk stabilkan ekonomi malaysia yang semakin teruk.. hutang bilion sampai susah nak sebut..

bak kata anak azizah.. " sampai terkedu dan tak boleh meluah" macam mana RM boleh pakai duit rakyat untuk kepentingan diri sendiri.. kemewahan diri sendiri..


ya allah rindu terus dekat sekolah ni.. darjah 4 hingga 6 cikliss punya kelas yang tiang biru tu. lepastu duduk tepi tingkap sebab kelas tepi jalan besar.. best dapat angin cuma bising sikit la motor preng preng..

ni line 4.. panjang jugak sampai 1 jam berdiri.. pergi pukul 10.15 pagi balik pukul 11.50 pagi.. ni baru namanya cabaran mengundi kan.. 👀👀

suami pulak mengundi dekat sekolah kebangsaan sening.. lepas cikliss balik suami pulak pergi.. ingatkan sejam jugak rupanya 10 min jek.. huhuhu x best langsung.. 👅👅


balik dari mengundi terus mintak izin suami pergi ngeteh jap.. sebab suami petang tu nak bukak kedai so cikliss mogok balik ngeteh lambat.. 

mana tak lambat.. pukul 12.30 sampai.. pukul 2.30 baru dapat es kepal.. sampai ibu beli goreng pisang dengan air dekat kedai lain.. ada kawan yang datang lambat siap bawak air sirap dari rumah.. punya la penangan orang balik mengundi.. nasib la raya kedai ni tutup.. kalau tak entah pukul berapa baru dapat es kepal.. hashtag SemuakanKenangan..



memasing tak bawak anak.. boleh la huha huha bergembira.. tapi lepas dapat es kepal yang datang awal mintak izin balik la.. anak memasing meragam kat rumah.. semua pass baton dekat suami.. hehehe

semoga group1985 ni bertambah ukhwah silaturrahim.. muahhhh ❤❤
jumpa lagi reunion raya pulak.. 

1 ulasan:

SalbiahM berkata...

memang sempoi buat mini reunion time pilihan raya kan.Semoga kerajaan baru ni dapat membawa keamanan dan kemakmuran untuk negara. Amin