tabung

Rabu, 10 Januari 2018

Sate Abang Bujang

assalamualaikum.. salam sejahtera


ini adalah perniagaan suami.. menurun dari arwah mak dia yang suka berniaga.. alhamdulillah masih kekal perniagaan sate ni.. baru je mula dari januari 2017 sampai sekarang.. bermula lepas arwah abah dia meninggal.. terus malas nak keje luar kawasan.. so ambil keputusan kerja sendiri.. lagipon jaga rumah orang tua.. dia xnak tinggalkan rumah sunyi sepi.. tu yang ambil pilihan lebihkan masa dekat rumah dari kerja luar..


perniagaan sate ni remehnya pada pemotongan je.. sebab seharian duduk.. potong kepingan ayam / kepingan lembu / kepingan lemak.. tapi lemak dia dah take turn kasi isteri dia potong.. sebab lemak tak pakai selalu.. potong sekali arung tapi bole pakai 2/3 hari.. kalau ayam/daging memang hari-hari wajib potong.. kecuali kalau nak cuti baru off potong.. tu yang seharian kat rumah termasuk buat kuah jugak. semua suami buat sendiri.. (untung dapat suami pandai masak)

setakat ni di felda kledang tapak tu masih bertahan dengan kadar sewa rm150.. lagi 1 tapak lagi dah bubar.. sekarang masuk tapak di SKS mall bandar penawar dengan kadar sewa rm350 sebulan..

sebelom kahwin pulun tolong cik tunang lepas balik keje.. dengan tak mandi terus buka stall.. sebab belom mampu nak gajikan orang lain.. straight keje dari 8.30 sampai jam 11.. alhamdulillah rezeki nak kahwin agaknya.. rezeki melimpah ruah..

lepas dah kahwin baru dapat gajikan pekerja sebab dah mula sibuk dengan rumahtangga kan.. hehehe.. kena bagi-bagi kerja..


stock sate biasanya suami perap untuk sehari pakai kecuali kalau order masuk banyak baru buat stok awal.. sebab sate bau dia cepat masam.. lagi satu tips.. perapan sate yang baru lagi lembut isi dia lepas di bakar.. yummmy 


kalau tempahan jauh.. kita tolong cod kan sekali.. ade jugak tempahan yang nak bakar live depan mata (contohnya : kenduri kahwin) pon bole tapi harga lain.. so yang mana duduk johor bole buat tempahan sate.harga bole runding..

link
* 017-7593871