tabung

Rabu, 21 Januari 2015

Segmen ~ Pencarian Bloglist Feb - Mac 2015


بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 


Segmen ringkas untuk mencari 15 blog untuk disenaraikan dalam bloglist Truly Love. 

Syarat Penyertaan:

1. Follow blog Maria Firdz
2. Follow +Maria Firdz 
3. Buat entry bertajuk "Segmen Pencarian Bloglist Feb - Mac 2015"
4. Copy coding di bawah dan pastekan di ruang HTML new post.


5. Publishkan entry dan tinggalkan URL penyertaan di ruangan komen entry ini sahaja.

Segmen bermula 15 Januari 2015 hingga 30 Januari 2015.
Kesemua pemenang akan dipilih melalui random.org.

Jom sama-sama memeriahkan segmen ringkas ini.. 

Terima kasih atas sokongan semua... 

Happy blogging (^_^)

Selasa, 20 Januari 2015

Adik Pulak Belanja Pizza

assalamualaikum.. salam sejahtera


hari ke 2 kat kampung tu.. pagi-pagi akak dah gerak cepat suruh mandi.. haishhhh.. baru nak hirup udara segar kat kampung.. tengok ikan-ikan keli dekat kolam.. dah kena hantar akak pulak kat tangkak nak cabut gigi.. nasib johor ni ahad klinik buka.. 

yang si kecik ni pantang ibu hilang depan mata.. menangis saja.. padahal sebelum tu happy jek suap-suap bubur.. nampak senyum je kan.. lepas tu cranky sampai mintak nyawa.. hmmmm


alise dengan si tukang belanja pizza.. belakang tu abah alise.. mengantuk saja.. mcm drive jek.. 


beli 2 je pizza.. large kiri dengan regular kanan.. sebab mak tak makan ayam.. so alise order pizza sayur dengan daging jek.. sorang 2 keping.. puassss

ikotkan alise nak order dominos tapi lambat pulak kedai dominos ni bukak dekat tangkak.. 



harga.. rm26.50 termasuk tax rm1.50.. order yang promosi jek.. berbaloi

Isnin, 19 Januari 2015

Balik Kampung Sambut Hari Jadi

assalamualaikum.. salam sejahtera

* kejadian 2 minggu lepas


saper kampung dekat muar/tangkak/sungai mati/bukit gambir meh senggol bahu sikit.. high 5 skali.. hahaha

senang betul sekarang nak balik kampung rumah kakak ni.. terus je dari highway desaru sampai highway muar ni.. 3 jam perjalanan.. dah tak payah nak turun tol pagoh lagi dah.. dari pagoh nak ke rumah akak je dah sejam perjalanan.. so amik jalan pantas kita turun je highway baru ni.. 10min dah sampai.. tol desaru rm11.20 + tol kulai (amik adik) rm1.40 + tol muar rm18 = rm30.60.. jimat masa jimat tenaga.. 


sebenarnya tak rancang pon nak beli kek semua ni.. kebetulan pagi sebelum gerak tu akak yang kat sabah wish la happy birthday kat group family.. so takkan alise nak tangan kosong balik kampung kan.. kang ada anak sedara tuntut..

sampai sana pukol 7pm.. nasib kedai kek bukak lagi.. harga terpamer rm26.. sekali bayar kena rm35.. takkan tulis nama pon sampai kena cas?? pastu lilin dapat 2 batang jek.. tulisan buruk pulak tu.. memang blacklist la kedai tu lain kali.. huh



si adik yang happy.. akak nya biasa-biasa jek.. rupanya ibu dia dah buat cupcake coklat dah.. nasib habis jugak kek ni.. lau tak membazir dah kan..

happy birthday nurnisa nadhirah bt ismail 

semoga dimurahkan rezeki,, tetap iman,, dengar cakap ibu ayah.. belajar rajin-rajin tau.. 
pandai jaga adik & rajin tolong ibu.. awak tu anak dara sorang ingat tu.. ( nanti nak tunjuk kat dia post ni )

Sabtu, 17 Januari 2015

Semalam

assalamualaikum.. salam sejahtera

balik kerja penat-penat.. abah panggil kat dapur ajak makan.. eh dah siap masak sup lidah lah.. ni yang best ni.. :) cuti masak


alise paling suka abah masak jenis sup / berkuah.. mesti bertambah punya.. lagi-lagi mee bandung abah.. lazattttt. tapi masin sikit.. lidah orang tua kan.. xpe..

sebab balang duit syiling ni pon dah penuh meh la kira sekali.. buat top up beli barang dapur hmmm.. jimat-jimat belanja pon sekali bayar je habis dah rm50.. bayar pakai syiling.. ape ade hal kan.. hahaha 

Jumaat, 16 Januari 2015

Resipi ~ Cucur Ayam Atkins

assalamualaikum.. salam sejahtera

alise share je resipi2 atkins.. so saper google bole la selit masuk blog alise kan.. naik sikit pageviews.. hehehe


bahan-bahan :

  • dada ayam - ayam di toskan & diblender dengan sesudu air sahaja. pakai blender basah..

  • suku bawang merah - di potong dadu

  • 2 batang daun sup - di potong halus

  • sebiji telur

  • perasa - garam / serbuk sayur / ikan bilis blender



gaulkan sahaja ke semua bahan & dibiarkan sebentar di dalam peti ais.. ( tujuan untuk kenyal )


panaskan minyak dengan suhu yang sederhana sahaja macam nak goreng cucur ikan bilis tu.. mengikut kreativiti.. :)

Khamis, 15 Januari 2015

Nasi Lemak Wak Kentut, Kulaijaya

assalamualaikum.. salam sejahtera

saper duduk JB mesti penah dengar nama kedai NASI LEMAK WAK KENTUT ni.. peliks kan nama kedai?? tapi jangan tak caya.. dah ramai retis turun makan kat sini.. bikers pon ramai jugak..


kedai ni ade 2 cawangan di KulaiJaya..

sebab dah lama sangat teringin nak makan kat sini.. tapi tak dapat lagi.. so sabtu lepas sebelum balik kg tu (*entry kg nanti dulu ) minta adik tapau 4 bungkus nasi lemak.. ayam dengan sambal asing.. tak nak nanti jadi kembang kalau makan lambat.. kan berwap kan.. nanti ayam jadi lembik.. tak sedap..


hari pulak hujan.. adik ni merungut la macam-macam alasan.. nasib petang sebelom alise sampai kulai hujan dah teduh sikit.. tu yang cepat2 adik tapau.. 4 bungkus = RM18.00.. mahal ke murah??


berhenti sekejap dekat Hentian Tol Kulai nak solat asar sambil makan nasi lemak.. owsem sangat makan ayam panas2.. selera bukan main alise dengan mak makan.. 

sambal dia paling alise suka sebab manis2 lemak gitu.. tak pedas sangat tapi kalau pedas lagi kick.. tapi ayam goreng memang sedap.. rangup & rempah pon berasa.. tapi nasi tu kurang lemak.. tak kena dengan tekak alise.. :(

kalau nak tau operasi ke tak.. alise selalu jengah FB je  - LINK -

Rabu, 14 Januari 2015

Bila Anak Sekolah

assalamualaikum.. salam sejahtera

tak dapat bayang lagi camne lah time alise hantar anak sekolah.. tapi rasa cool kot.. sebab budak sekarang cepat sangat berkawan.. tak macam budak dulu-dulu.. malu sangat..


kahkahkah.. saje jek update status pasal anak sekolah.. padahal takde anak pon lagi.. minggu ni kan newsfeed penuh dengan anak sekolah bagai kan.. so alise pon update la jugak.. jelesss nampak *__O


hari ahad balik kampung.. dapat la tengok anak sedara ni balik sekolah.. 1st day je dah comot.. ishhhh.. 

Selasa, 13 Januari 2015

Wedding Peter Junior

assalamualaikum.. salam sejahtera

2 bulan peram entry wedding ni.. semalam nak menaip macam taknak keluar je idea.. geram jugak rasa hati.. asik baca entry orang jek.. entry sendiri malas nak karang.. biasaaaaa diaaaa


sebelom mula cerita tayang muka tuan blog dulu.. weee.. rindu tak??

selfie 100/200 dulu.. baru la bole mula cerita?? lempang tau la kan.. 


sebelum pengantin datang.. cari dulu opismate nak ajak bergambar.. sebab kita orang ni sama je company.. tapi memang jarang sangat jumpa kecuali kalau company buat dinner tahunan baru la jumpa.. now dah tak diteruskan.. huh kedekut.. 

yg tudung oren biru tu Aisyah.. opismate sama tempat dengan alise di factory Bandar Penawar.. yang berdiri kiri tu Tata & yang berdiri kanan tu Sui Ling.. diorang factory Sungai Rengit..


yang duduk semua opismate HQ kulai kecuali kiri.. itu bini pada opismate dekat Bandar Penawar..

sebenarnya company alise kerja ni ada 3 anak syarikat.. HQ di kulai.. factory di Bandar Penawar & jugak factory di Sungai Rengit.. company pembuatan ceiling/cornice rumah.. 


makanan alise collage kan je ye.. gambar tak banyak pon.. yang mane sedap je alise amik..
lobster masak butter / ikan bawal putih masak cili (tp x pedas) / sup ayam versi cina style / sotong/nugget/cendawan etc..



sambil makan sambil selfie.. dah biasa buat kan?? hahaha.. ni semua opismate dekat Bandar Penawar.. 2 dari kanan tu driver lori.. yang pakai baju kuning tu opismate Sungai Rengit.. 


muka notti.. perasan kan yang rambut putih?? tu abang kepada bapak pengantin.. 


hah dapat pon bergambar dengan pengantin.. cantik kecik molek je pengantin perempuan kan.. pengantin perempuan adalah opismate HQ Kulai.. kami sama 1 company.. :)


sebelum pulang bergambar lagi ramai-ramai.. baju purple adalah mak pengantin.. muda lagi.. 

Isnin, 12 Januari 2015

No Idea

assalamualaikum.. salam sejahtera

taip ------- padam

taip ------- padam

taip lagi --- padam


kalau gini esok la baru ada entry.. karang siap-siap.. esok publish..

jangan lupa singgah.. hahaha * gelak jahat