tabung

Jumaat, 19 Disember 2014

Pencarian Bakat Baru Untuk JDT V (PIALA BELIA)

assalamualaikum.. salam sejahtera


PENCARIAN DAN PEMILIHAN PEMAIN UNTUK JDT V (PIALA BELIA)

Persatuan Bolasepak Negeri Johor masih meneruskan pencarian bakat untuk dipilih menyertai pasukan JDT V (Piala Belia) bagi musim 2015. Para pemain yang dilahirkan pada tahun 1996 hingga 1998 adalah layak untuk menghadiri uji bakat tersebut.

Berikut adalah butir-butir lanjut:
Tarikh : 20hb Disember 2014
Masa : Jam 8:00 pagi hingga 5:00 petang
Lokasi : Sek Men Keb Adela, Kota Tinggi
Syarat : Bawa kad pengenalan untuk pengesahan

Kehadiran orang ramai untuk memberi sokongan adalah digalakkan. Ayuh anak-anak muda, tampil dan serlahkan bakat anda. Luaskan Kuasamu!

*ini kampung saya.. weeeee

5 ulasan:

Kakzakie berkata...

So Alise pergilah ye sebab pemilihan buat di sana. Kakak pernah sampai di Felda Adela tau. Pergi jemputan kahwin. Geram tengok pokok bunga di sana cantik-cantik!

siti alfakhishah aman berkata...

@Kakzakie : pergi tengok dari pagar jelah kak.. kang tetiba masuk page southern tiger pulok.. :)

bunga xle pisahkan dari felda kami kak.. keceriaan kampung namanya..

♥ Mrs. Secretary ♥ berkata...

Wow! menarik nie.. sapa2 yang ada bakat cepat2 pi..=D

MissNadia berkata...

siapa yang punyai bakat luar biasa bolehlah join ekk.. bagus untuk asah bakat baru

CikLily Putih berkata...

wah kemain lagi ek