tabung

Khamis, 20 November 2014

Kemaskini Maklumat BR1M 2015

assalamualaikum.. salam sejahtera


semalam balik kerja abah pass surat.. katanya rezeki.. hahaha.. rezeki sangat tapi dapat tahun 2015 la kan.. 

sape yang dah bertukar status tu boleh la kemaskini maklumat yang baru.. kot nak tukar no akaun bank sekali ke kan.. 

tahun lepas alise tak masuk kan no akaun untuk mak.. jadi pemberi brim tu siap datang rumah.. tengok keadaan mak macam mane.. wakil pon tak bole.. tahun ni mak dah ada akaun.. so alise masuk kat akaun jek.. 

--------------------------------------------------------

Permohonan Online BRIM 4.0 tahun 2015 akan dibuka pada minggu kedua bulan Disember 2014.

Penerima BR1M sedia ada tidak perlu mendaftar lagi, tetapi perlu mengemas kini maklumat peribadi termasuk alamat, maklumat anggota keluarga dan akaun bank.

Bagi pemohon baru, pengguna boleh mendaftar secara dalam talian (Online) atau secara manual dengan mengisi borang permohonan BR1M 2015 secara percuma.Kadar Bayaran BRIM 4.0 Tahun 2015

1. Pendapatan Isi Rumah dibawah RM3,000: RM950
Bayaran ansuran sebanyak tiga kali setahun iaitu RM300 akan dibayar pada Januari dan Mei, manakala bakinya sebanyak RM350 dibayar mulai September 2015.

2. Pendapatan Isi rumah bulanan antara RM3,000 hingga RM4,000: RM750
Ansuran RM200 akan dibayar pada Januari dan Mei, manakala bakinya sebanyak RM350 juga akan dibayar mulai September.

3. Individu Bujang 21 tahun keatas dan berpendapatan tidak melebihi RM2,000 sebulan: RM350
Kadar BRIM 4.0 dinaikkan daripada RM300 kepada RM350. Bantuan akan dibayar sekali gus pada bulan Januari 2015.
Syarat Kelayakan BR1M 4.0 Tahun 2015
Warganegara Malaysia
Berumur 21 Tahun Keatas
Isi Rumah Berpendapatan Bulanan RM3,000 dan Kebawah
Isi Rumah Berpendapatan Bulanan RM3,000- RM4,000
Individu Bujang 21 tahun keatas yang Bekerja dan Berpendapatan Bulanan RM2,000 dan kebawah
Skim Khairat Kematian RM1,000
Kerajaan juga akan menggantikan skim insurans takaful berkelompok (i-BR1M) yang telah diperkenalkan sebelum ini kepada Skim Khairat Kematian yang akan memberi manfaat kepada waris penerima BR1M dengan bantuan RM1,000 yang akan berkuat kuasa selama setahun.

8 ulasan:

Kakzakie berkata...

Harapnya sasaran yg ditentukan ajelah yg dpt Alise. Kakak tengok tu ada yg income sama macam kakak ni tapi dia pun boleh dpt entah macam mana boleh dpt tak tahulah...

Pada kakak kalau kita ni tak layak bagilah peluang mereka yg patut. Kalau dpt tu pun kira menipu kan.

Nafira usof berkata...

Oohhh.. minggu ke 2 baru boleh kemas kini yer. nanti nak cek ngan mak sis.. dh update ke belom. tq.

Diana Rashid berkata...

Boleh la buat bayar bil ..:0

Mar Mansor berkata...

@Kakzakie
saya tak pernah dapat..memang ikutkan tak layak tapi hairan juga ada yang dapat..masuk duit dalam akaun diorang.huhu..macam2

Sya Mimie berkata...

Tahun akn dtng masuk dlm akaun suami la pula..

♥ Mrs. Secretary ♥ berkata...

kalau masuk akaun lagi mudah kan..=D

Cik Iman berkata...

first time nak daftar br1m >.< tak sabar ae

Cik Fafa berkata...

dapat jugak surat ni. ^^