tabung

Jumaat, 28 November 2014

Akikah Aqiel Qayyum ~ Goodies

assalamualaikum.. salam sejahtera

 
muhammad aqiel qayyum bin mohd fauzi
2tahun 2 bulan


majlis akikah insyaallah malam ni.. persiapan seperti biasa.. kena prepare 2 hari awal.. so hari ni tinggal masak-masak,, kemas-kemas,, & makan-makan.. tapi alise masih kerja lagi hmmm.. budak kecik ni pon semalam petang baru balik.. tak puas gomol..



ni jajan-jajan yang kakak beli.. ala beli dekat kedai ECO rm2.. beli dengan bakul sekali.. 




malam semalam sengkang mata siapkan goodies bag 50pcs sampai pukul 1.30 pagi.. buat berdua je ngan kakak.. yang lain semua dah tido.. takde ape sangat pon.. susun jelah biskut 2 jenis dengan air kotak masuk dalam bakul tu.. yang merah untuk tetamu perempuan.. yang biru dengan terkois untuk tetamu lelaki..

saja je bagi bakul.. senang jugak tetamu nak bungkus makanan bawa balik.. tu jek..

Khamis, 27 November 2014

Sakit Perut

assalamualaikum.. salam sejahtera

segala macam ubat


ingat kan tahun ni clear la xnak MC.. dalam pada terniat tu hah pepagi hari selasa dah jumpa mr tandas.. badan dah macam udang dah.. senak betul.. dapat mc 1 hari.. tapi sampai sekarang bisa perut tak ilang lagi.. still ade lagi membuang..

kuat betol ubat sakit perut tu.. 2x makan 2x jugak tido tak sedar.. tak makan hape pon seharian.. telan je ubat.. kruk kruk perut..


pukul 4 macam dah bole bangun sikit.. masak bubur dengan ikan singgang.. pastu mak suruh masak kentang sambal.. ceduk sikit masuk dalam pinggan.. adoiiii.. sakit perut lagi makan pedas lagi.. kuah singgang tu alise letak asam keping banyak sikit.. memang nak masam2 betul.. sedap..

Jumaat, 21 November 2014

R & F Tanjung Puteri JB

assalamualaikum.. salam sejahtera

dah banyak pembangunan yang naik di JB ni.. nasib la rumah parent jauh dari bandar.. kalau dekat memang selalu hilang dah ni.. dulu duduk hostel weekend hanya untuk tido jek.. masa lain banyak kat luar.. tapi tu dulu lah.. sekarang dah insaf sikit..

sabtu balik kerja pukul 1pm.. so alise balik rumah dulu mandi salin baju.. pukul 2.30pm tunggu dekat hentian penawar.. alise tinggal kereta jek kat situ depan kedai buah.. nasib takde pape.. malas nak pusing balik g rumah kakak..


sampai sana ngam-ngan hujan turun makin lebat.. payung ada 1 jek. alise yang pegang memang berujan la semua anak sedara dari tempat letak kereta sampai ke pondok pintu masuk.. pastu tunggu buggy ni.. alahai tak sampai seminit je naik dah sampai.. hmmhmmhmm..



pintu masuk..

dekat gambar kiri tu masuk nanti kena register 1 nama untuk 1 kumpulan.. yang dekat booth ticket gambar kanan pulak korang kena cop tangan kiri lepastu bole minta ticket untuk redeem setiap permainan.. ade 10 booth permainan untuk korang main.. semua kena tunjuk tiket sahaja..



1- alise amik bahagian mewarnakan gambar GIAN kawan doreamon.. tak cun kan??? sebab alise tangan takde seni.. dulu masa sekolah pon takde amik course melukis.. huhu

2- popcorn is free.. suka tak?? sambil jalan sambil makan.. buat kunyah-kunyah.. tapi ni tak payah redeem pakai tiket.. selagi ade popcorn bole jek amik.. tapi sengaja diaorang masak sikit-sikit.. 



sambung lagi main..

1- kuda pusing tu pon alise naik.. saja nak jadi budak2 kejap.. sekali hah 5x pusingan dia pusing.. dah la duduk lawan arah.. turun sampai huyung hayang gaya orang mabuk dah.. 

2- yang bawah tak sempat main.. hujan lebat so banyak air takung.. 



sambil tu sempat la selfie kawasan persekitaran.. makin petang makin ramai.. tu yang datang jek terus amik gambar dulu.. kang lambat gambar semua penuh dengan muka orang lain.. hehehe..

sayang.. gambar alise tak banyak amik.. anak sedara semua tangan gigil.. habis gambar gegar.. 
*kejap pipi kembung kejap pipi kurus*


pastu masuk bangunan yang design2 rumah.. ni gambar cepat2 sebab guard kat situ marah..
" alahhhhh orang nak amik gambar dengan pokok orkid je pon.. kedekut betul.. huh "




dah puas main game.. turun tingkat bawah pulak.. nak amik gambar macam dekat parisssss.. tapi nan hado la hahaha.. mengekor jek anak sedara ni.. dah la lupa nak bawak monopod.. dah memasing gambar semua muka besar.. 

sekaliiiiii bunyi hujan sampai dari belah singapore.. bunyi angin kuat terus.. memasing lari naik atas.. tangga dah la tinggi.. kesian orang belakang basah.. 

balik jalan kaki jek sebab buggy semua full.. 

Khamis, 20 November 2014

Kemaskini Maklumat BR1M 2015

assalamualaikum.. salam sejahtera


semalam balik kerja abah pass surat.. katanya rezeki.. hahaha.. rezeki sangat tapi dapat tahun 2015 la kan.. 

sape yang dah bertukar status tu boleh la kemaskini maklumat yang baru.. kot nak tukar no akaun bank sekali ke kan.. 

tahun lepas alise tak masuk kan no akaun untuk mak.. jadi pemberi brim tu siap datang rumah.. tengok keadaan mak macam mane.. wakil pon tak bole.. tahun ni mak dah ada akaun.. so alise masuk kat akaun jek.. 

--------------------------------------------------------

Permohonan Online BRIM 4.0 tahun 2015 akan dibuka pada minggu kedua bulan Disember 2014.

Penerima BR1M sedia ada tidak perlu mendaftar lagi, tetapi perlu mengemas kini maklumat peribadi termasuk alamat, maklumat anggota keluarga dan akaun bank.

Bagi pemohon baru, pengguna boleh mendaftar secara dalam talian (Online) atau secara manual dengan mengisi borang permohonan BR1M 2015 secara percuma.Kadar Bayaran BRIM 4.0 Tahun 2015

1. Pendapatan Isi Rumah dibawah RM3,000: RM950
Bayaran ansuran sebanyak tiga kali setahun iaitu RM300 akan dibayar pada Januari dan Mei, manakala bakinya sebanyak RM350 dibayar mulai September 2015.

2. Pendapatan Isi rumah bulanan antara RM3,000 hingga RM4,000: RM750
Ansuran RM200 akan dibayar pada Januari dan Mei, manakala bakinya sebanyak RM350 juga akan dibayar mulai September.

3. Individu Bujang 21 tahun keatas dan berpendapatan tidak melebihi RM2,000 sebulan: RM350
Kadar BRIM 4.0 dinaikkan daripada RM300 kepada RM350. Bantuan akan dibayar sekali gus pada bulan Januari 2015.
Syarat Kelayakan BR1M 4.0 Tahun 2015
Warganegara Malaysia
Berumur 21 Tahun Keatas
Isi Rumah Berpendapatan Bulanan RM3,000 dan Kebawah
Isi Rumah Berpendapatan Bulanan RM3,000- RM4,000
Individu Bujang 21 tahun keatas yang Bekerja dan Berpendapatan Bulanan RM2,000 dan kebawah
Skim Khairat Kematian RM1,000
Kerajaan juga akan menggantikan skim insurans takaful berkelompok (i-BR1M) yang telah diperkenalkan sebelum ini kepada Skim Khairat Kematian yang akan memberi manfaat kepada waris penerima BR1M dengan bantuan RM1,000 yang akan berkuat kuasa selama setahun.

Rabu, 19 November 2014

Perangai

assalamualaikum.. salam sejahtera
biasa alise buat camni.. sape last bagi wasap/wechat.. dy juga yang akan mulakan wasap/wechat tersebut.. 

cth : alise last send mesej dekat wasap/wechat.. so alise akan mulakan perbualan seterusnya.. kalau "orang tu" yang last send maka orang tu jugak yang kena mulakan pulak.. kadang tak pedulik la ade benda nak tanye ke ape,, sanggup simpan dalam hati dulu.. haha


yang ni kalau gaduh memang alise matikan segala signal @ block "orang tu " kejap dekat moment.. eh nadew nadew angat.. :p

Selasa, 18 November 2014

Penaja GiveAway Blog MamaNiza

assalamualaikum.. salam sejahtera

kelmarin sudah diumumkan kan pemenang GiveAway dekat blog mamaniza.. so alise adalah penaja tudung bawal untuk 1 pemenang & juga keychain/masker untuk 1 pemenang.. so alise menaja untuk 2 pemenang..


http://coretancikfafa.blogspot.com/2014/11/giveaway-by-mamanizacom.html


http://izahafizah.blogspot.com/2014/11/giveaway-by-mamanizacom.html

Isnin, 17 November 2014

Makan Lagi Best 3

assalamualaikum.. salam sejahtera

maaf takde entry.. taip padam taip padam.. tapi sebenarnya mood nak menaip tu takde.. korang jangan lupa ye singgah blog picisan ni.. sedih alise.. klik sikit NN sebelah tu lagi alise bertambah sayang ketat-ketat.. Thanks korang.. *bodek

Part 1
Part 2

sekarang masuk part 3 pulak.. sengaja nak mengundang perut korang.. lapar kan time hujan-hujan ni.. sekarang dah musim tengkujuh dah.. tempat alise pon asal petang je hujan.. asal hujan je petang..


nasi impit curah kicap manis sikit dengan sotong kembang masak sambal.. kalau tau sotong kembang tu sedap macam ni.. alise beli 3 ekor.. ni beli sekor berebut makan dengan mak .. mane cukupppp.. 1st time beli yang hidup selalu masak yang pakai tin oren tu jek.. 
 

yee mee tomyam clapot.. udang besar 3 ketol.. rm7.90.. makan kat foodcourt tesco lepas balik dari R & F Tanjung Puteri.. yang tu entry lain.. belom sempat karang ayat.. & yg pasti autopublish.. :)


yee mee BBQ pon makan kat foodcourt tesco jugak.. lama mengidam nak makan ni.. kenapa sekarang sikit nye cendawan butang ida.. 2slices kecik je kot.. rm6.60 


saper duduk area pasir gudang mesti tau tempat ni.. keluar je highway menghala ke cahaya baru mesti jumpa kedai keropok lekor ni belah kiri.. tepi jalan jek.. yang paling best dekat sini keropok losong.. 1 bungkus rm2.. 


tak sangka pulak punya jauh alise mencari popiah basah ni rupanya jiran sendiri ade jual.. sedapnyeeee.. 
jiran alise baru lagi meniaga.. kedai ade letak banner besar ape yang diorang jual pasal komunikasi yang tak dapat dielakkan.. walaupon OKU tapi semangat kuat.. ade jugak jual nasi ayam.. yang tu belum sempat rasa lagi.. 


sate makan hari-hari pon xpe.. tak jemu.. sebab??? tengah-tengah tu ade selit babat sekali.. hahaha.. tapi sate daging jelah.. sate ayam x berapa sangat.. puas dah makan ayam goreng.. 

Rabu, 12 November 2014

GiveAway ~ Hujung Tahun Bersama DianaRashid.com

assalamualaikum.. salam sejahtera


Assalamualaikum...




Dengan ini bermula lah giveaway hujung tahun dari dianarashid.com dan sudi2 kan lah untuk sertainya kerana ada banyak hadiah menarik yang boleh kawan-kawan menangi.Berikut adalah senarai hadiah :-

Dish Wash Concentrate x 1 pemenang
Herbal Blend® Multi-Purpose Cream x 2 pemenang
telekung lycra x 1 pemenang
topup RM10 X 3 pemenang
Fridge magnet London + keychain (1 pemenang) 
Fridge magnet Malaysia + keychain (1 pemenang)
Topup RM10 x 1pemenang
Fridge magnet cameron highland x 4 pemenang
Shawl x 1 pemenang
Topup Rm10 x2
1 paket Mykoko rm39/500g x 1 pemenang
2 voucher KFC x 1 pemenang
baju muslimah x 2 pemenang
wang tunai rm50 x 1 pemenang
Home Binder 2014 x 1 pemenang


Syarat-syaratnya...:-

1- Buat satu entry bertajuk " GIVEAWAY HUJUNG TAHUN BERSAMA DIANARASHID.COM"

2- Like semua facebook page penaja(wajib ):-



3- Follow blog penaja( wajib) :-

Fiza , Dila , Yumida , Parihh ,Eurukaseven , CekguNorazimah ,Veesandi  , Nadiah , Ujie , YatiAdam , Fizah@susunatursioca

4- Follow Instagram penaja (jika  ada)

@cikgunorazimah , @syidah_eda93

5- Add google + :-

Junainah   ,  Yumida

6- Tinggalkan link entry anda di entry ini 

jangan lupa letak kan link blog www.dianarashid.cm di bloglist anda supaya tak terlepas pandang apa2 update terkini.Tarikh tutup giveaway ini ialah pada 10-12-2014 .Pemenang dipilih melalui random.org .Keputusan akan diumukan sebelum 15-12-2014

Sekian..

Sabtu, 8 November 2014

Segmen ~ Holiday GiveAway by Sally Samsaiman (Part 4)

assalamualaikum.. salam sejahtera
Haaa!

Holiday GiveAway by Sally Samsaiman dah masuk edisi yang keempat..Macam biasa la GA ni dibuat sempena untuk memberi penghargaan utk korang yang still datang blog Sally walaupun tuan blog dia tgh sibuk bercuti...So, siapa nak souvenirs daripada Korea..? Hehehe...Kalau nak, sila la ikuti syarat-syarat dibawah ye...

http://sallysamsaiman.blogspot.com/2014/11/holiday-giveaway-by-sally-samsaiman.html



Syarat-syaratnya:
  1. Follow blog Sally, Add To Circle Google+ Sally, Follow Twitter Sally, dan Like Fanpage Sally & Fanpage The Sister's Closet
  2. Buat satu entry bertajuk Holiday GiveAway by Sally Samsaiman (Part 4).
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML
  4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen.
  5. Sally akan gunakan khidmat Uncle Random.org untuk pilih 5 orang blogger ye...
  6. Segmen ini akan berlangsung dari 6th November 2014 - 16th November 2014 (11.59 pm waktu Malaysia)

Rabu, 5 November 2014

Bebola Donut

assalamualaikum.. salam sejahtera

lama rasanya tak tepek resipi kat blog.. selalu tunjuk gambar je kan..

ahad semalam mak puasa (hari asyura).. orang puasa mane nak sangat makan berat kan.. tapi craving manis-manis.. tekak pahit kan.. so alise buat donut gula.. dapat 1 resipi senang sangat.. tapi link tak hingat pulak.. *dasar peningkatan umur


bahan -bahan 

2 cawan tepung gandum
3 sudu susu pekat
3 sudu marjerin
1/2 cawan air suam
1 sudu yis mauripan
2 cubit garam
1 sudu gula



ini adalah buih yis yang hidup * bak kata kak fynn jamal

air suam yang bole celop tangan.. gaul bersama gula dan masukkan yis mauripan..


yang ni selepas di uli dengan semua bahan.. kalau adunan lembik just tambah tepung sikit demi sikit.. jangan tambah secawan terus ye.. kang keras.. 


perap adunan selama sejam dengan kain

kalau adunan naik gebu.. tumbuk sikit adunan tersebut..

bulat-bulatkan adunan & goreng dengan minyak yang banyak sehingga keperangan.. 

toskan minyak & boleh la di gaul dengan gula yang telah di blender 


sape dekat sini ade anak benih pokok ni?? mulberry kot namanya.. sape ade sape ade?? pm kita pls

Selasa, 4 November 2014

Jeruk Jambu Asam Boi

assalamualaikum.. salam sejahtera

wujud lagi ke viral jeruk pelam asam boi tu erk?? susahnye nak cari pelam.. ke tak musim lagi.. dah tu celah mane pulak peniaga yang jual tu dapat stok pelam pulak.. adoii konpius pulak mikir.. yang penting alise cari memang takde.. hmm

tapiiii
tapiiii

jangan ingat takde pelam tak jadi ye.. maka kita tukarkan sahaja buah yang lain.. ai is terlior hokey setiap kali menatap jerok pelam korang.. sampai hati korang.. huhuhu '_'


bahan 
jambu dengan asam boi merah


cili api tak payah.. kang lain pulak rasanya lau campur dengan jambu.. just letak asam jek.. masuk peti 3jam.. kruk kruk bunyi.. sedapnya.. * sambil jilat ibu jari
 

nak lagi best??

asam boi buang biji dulu.. amik jambu pastu selitkan dekat tengah-tengah.. ni lagi sedap dari yang kat atas.. tengok jari tu.. sampai merah-merah.. ko rasa camne? hahaa

Isnin, 3 November 2014

Ini Semua Salah Mat Yo

assalamualaikum.. salam sejahtera

ini semua salah matyo hahaha.. sapelah emosi sampai macamtu nak menyalahkan orang.. alise terima jek takdir.. mungkin ade hikmah di sebaliknye.. mane tahu lepas ni JDT pegang piala AFC.. sape tau kan.. tunggu next year pulak.. *tajuk takde kena mengena harap maklum*

sambil tengok bola mesti nak mengunyah jugak kan.. ape lagi nak buat kalau bukan makan makan makan.. lagi kalau mood tengah di rundung sedih kan.. nak pulak JDT kalah bola dengan TOK GAJAH.. iyeeee tau gajah besar.. tapi harimau kuat ok..


nak beli sate dah lambat.. so beli otak-otak jek.. ni pon tinggal sikit.. dapat la jugak rm5/ 8batang.. 

selalu kalau teringin nak makan ni alise beli yang dekat kempas tu.. rm100 / 350 batang pastu bakar sendiri.. makan sampai muntah.. tapi nak kesana takde tujuan agak malas jugak sebab jauh jugak.. so nanti bulan 11 abang balik bole kirim lagi dengan dia.. puas makan..


pastu masak maggi letak cili banyak sikit.. konon kalau pedas bole tahan mata la tido lambat hahaha.. pastu sakit perot.. ade jugak ke petua macam tu?? tak logik hokey.. 

yang putih panjang tu saper tau?


ni namanya telur tebu.. sangat sedap kalau masak dengan lemak cili api @ sup.. isinye lembut jek..