tabung

Sabtu, 25 Oktober 2014

2014 ~ Salam Maal Hijrah

assalamualaikum.. salam sejahtera


doa akhir tahun & doa awal tahun.. 

balik keje semalam alhamdulillah,, sempat baca & mengaji sama-sama dengan mak ayah akak & abang yang kebetulan balik.. diorang sampai pulak petang.. sempat la nak jemaah & mengaji bersama..  


alise ni beruntung sangat-sangat dapat ayah pandai masak.. walau memang ayah lagi kuat jalan sebenarnya.. asal balik keje je mesti hilang jalan dengan kawan.. alise kesian mak sebenarnya sorang-sorang kat rumah.. risau takde yang jaga.. nak pergi toilet sorang ke hape.. mak kan tak sihat.. * intro melalut *

sekali masak memang abah selalu masak banyak.. biasanya alise sengaja ngajuk.. macam masak nak buat kenduri jek.. padahal yang makan 3 orang.. beras masak setengah pot pon tak habis..

abah nak buat bubur asyura tapi daging lupa letak.. boleh?? padahal daging dah siap rebus.. tinggal potong kecik-kecik jek.. dah alang-alang daging pon takde.. maka bahan yang lain-lain pon tak payah letak.. buat bubur kosong letak daun sup dengan daun bawang je dah.. lagi sedap..


lawan dengan ikan merah masak asam boi.. ni semua pengaruh kuat astro rancangan masak-masak bersama chef ammar.. masak dari hari masak with iman.. amboiiii bukan main lain tagline.. 

2x alise tambah.. sebab bubur tu cair cikit.. terlebih letak santan.. tu yang nasi nya hancur cikit sebab nak bubur tu jadi pekat.. * eh ape cakap ni??? paham x?

4 ulasan:

farhana mohamad berkata...

salam maal hijrah kak.
semoga tahun baru ni lebih baik dari tahun sebelumnya. :)

♥ Mrs. Secretary ♥ berkata...

Salam Maal Hijrah alise.. berselerea tgk bubur nasi tue..hee

Nafira usof berkata...

haahlahh.. nampak sgt menggiurkan bubur tuh. makan panas2 memang sedapppp!

Sya Mimie berkata...

Sedapnya bubur.. Lma dh x mkan..