tabung

Jumaat, 25 Julai 2014

ProjekKuihRaya ~ Kek Batik Coklat

assalamualaikum.. salam sejahtera

sebab nak raya ni.. bole la bagi sikit resipi untuk menjamu tetamu time rumah terbuka ke kan.. tapi puasa ni adik lelaki asik suruh buat kek batik ni jek.. sedap gaknye mkan time sejuk2..

alamak.. gambar tak rotate pulak.. 

bahan - bahan
  • 250gram buttercup
  • setengah tin susu pekat
  • 3 sudu besar milo
  • biskut marie 


dengan api sederhana, cairkan butter..




masukkan pula susu pekat



masukkan pula milo.. tunggu sehingga adunan berbuih sedikit..

sebab alise tak gaul sekali dengan biskut so alise buat mampat ikot layer by layer.. memang best.. melimpah ruah coklat..

layer ~ coklat - biskut - coklat - layer.. sehingga abis..



macam ni.. susun je aksi mampat. tekan2 sikit.. dah siap letak je kat esbuk yang biasa.. selamat mencuba

Khamis, 24 Julai 2014

ProjekKuihRaya ~ Kerepek Sukun

assalamualaikum.. salam sejahtera

okey ni last resipi kuih / kerepek raya.. tahun ni pecah rekod la kan.. alise buat 4jenis kuih raya.. bangga mak.. hehehe.. tu yang siap beli balang kuih baru.. murah2 jek.. rm2 / sebalang..



meriah tepi rumah kakak dengan pokok sukun.. geram je tengok buahnya.. melebat betol tahun ni..


mak kopek kulit sukun.. alise hiris tipis2.. mase goreng kena letak sikit air garam.. kasi masin.. 

3 biji sukun dapat la 2 balang yang besar.. tapi smpi sekarang tinggal 1balang jek.. 

lepas balik teraweh boleh pulak sambil makan buat kunyah-kunyah mengadap Ramadhan Jangan Pergi.. mlm ni episod last kan.. haishhh.. emosi terganggu betol tengok cerita ni.. 

ProjekKuihRaya ~ Popia Milo

assalamualaikum.. salam sejahtera

dah mula belom projek raya ? mesti penuh meja kan dengan balang2 kuih raya yg owesome kan.. best la main tunjuk jek mane nak.. pak' kal gaji awal bulan.. kalau tak bole jugak memborong banyak kepek2.. tapi sejak 2/3 tahun ni meja macam penuh dengan asam2 kot.. hahaha

jom buat popiah milo.. senang sangat buatnye pon..

bahan-bahan
1 paket kulit popia ( alise pakai yang kulit warna hijau )
3 sudu besar gula
3 sudu besar milo


mula-mula gulung popia dulu.. agak2 jangan besar sangat gulungannya.. pastu potong serong terus..

hujung kulit tu sapukan air jek.. nak kasi lekat..



pastu goreng dengan minyak yang sederhana.. jangan terlampau besar nanti popia cepat perang dalam tak empuk tapi jangan terlampau kecik sangat.. kang lama pulak nak masaknya.. 

dah perang bole toskan minyak.. 



bila dah sejuk dah bole dah sira dengan milo tadi ( blender je milo + gula sampai hancur & sebati )



dapat la sebalang kecik.. semangkuk yang sederhana dengan 1 mangkuk tauhu panas.. 



Rabu, 23 Julai 2014

Produk Islam ~ Sim Altel

assalamualaikum.. salam sejahtera

Saper pakai sim altel?? Angkat keyboard.. haha 

Macam2 hal mase beli ni.. sim dapat awal dah tapi x daftar lagi.. kebetulan pulak alise dah minta agent top up rm30 terus.. 

Kan kalau sim x aktif lagi top up xle masuk kan.. yang resit cimb click tulis success.. aishhh pening.. kesian kat agent jek.. penat angkat kol alise.. asek kena tanye mcm2.. huhu.. 



Yang best nye setakat ni pakai alhamdulillah.. line laju macam pakai wifi opis.. hahah.. penuh jek.. 

  • Line H+ pon penuh.. setakat ni mmg puas hati.. 
  • Sim aktif dapat rm5.. beli sim rm7
  • Top up broadband tambah lagi sebulan untuk xpired 
  • Langgan broadband dapat bonus kredit rm3 

Untung kan.. penjimatan berganda-ganda.. Jomlah rebut.. bole je tukar altel tapi masih menggunakan no yg lame.. ayuhhhh

Selasa, 22 Julai 2014

Bulan Puasa La Macam2 Teringinnye



assalamualaikum.. salam sejahtera

penghujung bulan ramadhan dah kita.. macam mane persiapan??

baju raya dah basuh ?? dah gosok ??
langsir dah tukar ??
sarung kusyen dah pasang baru ??

huhai.. sakit tulang belakang ni pon tak habis lagi.. punya sental segala masa hari sabtu ahad lepas..
buat sorang2 jek.. lagi cepat.. adik beradik lain mlm raya memasing baru balik.. biar dorang isi kuih masuk dalam balang kuih jek..

tapi mak ni pantang kalau alise pegang mop/penyapu segala.. dok atas kerusi roda pon sempat amik kain basah tolong lap habuk bawah2.. haishhh.. tu yang malas nak tunjuk rajin depan mak ni..


arini dah xdapat dah bekalan bubur lambuk.. dari 1st puasa makan bubur lambuk sampai la buka semalam.. ari sabtu ahad je xdapat.. sedap nye lahai.. ade kacang ngan daging.. pedas pon okey.. memang setiap hari opismate tolong amik kan sbelum kol 5.30 kat masjid penawar..


pastu akak balik bawa tauhu panas ni.. hmm pandang sepi jelah.. alise bulan puasa ni xmakan manis sgt..kang nanti siang mesti haus kaw2 punya.. tu pon ade 1 kali nasib tak terbabas.. selamba je nak teguk air.. 


kuih tepung pelita ni.. dari 1st day puasa dah cari kat PARAM.. buka puasa semalam baru dapat.. ni pon PARAM dekat area sg mas.. kirim kat akak jek.. PARAM tempat alise SOLD OUT memanjang.. tapi alise pon g kol 6 lebih kan.. memang banyak kuih dah xde.. 



yang geram nye.. time alise mengidam nak makan kuih ni la akak post kat group wasap.. tunjuk banyak kuih ni.. grrrrr geram betul.. akak kat sabah buat niaga.. alhamdulillah rezeki di perantauan.. ramai cari juadah orang2 tempatan.. siap amik tempahan kuih bakar / kuih raya / macam2 la.. 

rabu malam amik kakak sekeluarga dekat airport senai.. semoga dipermudahkan.. alise pulak yg fobia naik kapal terbang.. nak pulak terbang malam.. seriauuuuu..

Khamis, 17 Julai 2014

Rice To Wednesday

assalamualaikum.. salam sejahtera

kelakar tak tajuk kite.. hahaha.. mase mula2 borak ngan kawan apelah maksud ayat ni kan.. sekali rupanya Nasi kerabu jek.. puiiii.. dah kecoh jugak ayat ni kat FB..

lawak kan.. hahaha


so petang semalam balik keje terus terjah PARAM.. setakat ni baru 2x pergi.. tu pon 1st adik yang ajak.. kalau ikotkan makanan kat umah dah cukup dah untuk 3 orang makan.. tapi kalau nafsu tu kata nak nak nak.. maka melayang la rm20 kat PARAM..




lauk sambal paru dengan ikan keli.. total RM7.50.. syer separuh dengan adik.. burppp kenyang.. *** tapi sekarang lapar pulak..  hmmm..

menu petang ni nak buat puding jagung pulak.. ni semu tertengok blog kak elly wonderland la punya pasal.. nasib bahan semua ade dah.. 



Rabu, 16 Julai 2014

Segmen ~ Ainim Nak Bagi Kad Raya



Assalamualaikum...

Bersempena dengan kedatangan bulan Syawal ini, Ainim pun nak juga beri kad raya kepada rakan blogger sekalian. Nak bagi kat semua, tak mampu la pula. Makanya, mereka yang nak terima kad raya daripada Ainim, sudi-sudikanlah join segmen ini ya. Manalah tahu, kalian diantara mereka yang bertuah tu.

Syarat pun simple je:
1. Klik follow blog AinimRashihahb.blogspot.com 
2. Like fanpage Blog Ainim Rashihah dan Add Google+ Ainim Suju
3. Buat entri bertajuk : Segmen "Ainim Nak Bagi Kad Raya"
4. Copy coding yang telah disediakan dibawah dan paste ke dalam ruangan HTML dan publish
5. Tinggalkan URL penyertaan diruangan komen dibawah
6. Segmen akan berakhir pada hari Khamis 17.07.2014

Senarai nama pemenang akan diberitahu pada Khamis malam tu juga. So, kenalah selalu check blog ni ya. All the best semua. ^_^

Segmen ~ Raya 2014 Bubblynotes : Dengan Ingatan Tulus Ikhlas

assalamualaikum.. salam sejahtera


http://www.bubblynotes.com/2014/07/segmen-raya-2014-bubblynotes-dengan.html
Segmen Raya 2014 Bubblynotes: Dengan Ingatan Tulus Ikhlas ini dibawakan khas untuk uolss bersempena dengan Syawal yang bakal menjelma beberapa minggu jer lagi ni. ^_^... Dalam masa yang sama kira2 macam Blog E-Card dari Bubblynotes.Com kepada uolss jugaklah... Tak dapat or tak sempat nak hantar Kad Raya pakai pos, pakai Blog E-Card pun boleh juga ye tak??? Janji ucapan sampai... Sebab kalau nak diikut2kan iolss nak ajer hantar Kad Raya pada semua readers Bubblynotes yang selama ini sudi datang menjenguk dan membaca entri2 Bubblynotes.Com selama ini... Dalam masa yang sama segmen ini bertujuan nak rapatkan lagi silaturahim sesama weolss semua, follow memfollow serta blogwalking. Semua blogger tak kira baru atau lama, famous atau tak, retis atau tak, glam atau tak adalah dijemput untuk memeriahkan segmen ini. 10 pemenang akan dipilih oleh Pakcik Random.Org dan kesemua pemenang yang terpilih akan disenaraikan di dalam Bloglist Segmen Bubblynotes.Com bagi menggantikan Bloglist Segmen yang terdahulu. 

"Tarikh Segmen: 12/7/2014 sehingga 19/7/2014"

Hanya 4 Langkah Mudah Diperlukan:
1. FOLLOW blog Bubblynotes.Com dan ADD TO CIRCLE G+ Farah Waheda Wahid
2. Buat entri bertajuk Segmen Raya 2014 Bubblynotes: Dengan Ingatan Tulus Ikhlas... 
3. Copy coding yang telah disediakan ke dalam ruangan HTML dan Publish entry. Untuk copy coding di bawah, sila HIGHLIGHT/KLIK semua coding dan tekan CTRL + C secara serentak.
Credit to MiaLiana.Com
4. Tinggalkan URL entry uolss ke dalam ruangan komen entri ini. 

PEMILIHAN PEMENANG:
1. 10 blog akan dipilih melalui Random.Org. 
2. Pemenang akan diumumkan pada 23/7/2014 yang mana kemudiannya akan dimasukkan terus ke dalam senarai bloglist pemenang segmen. 

Selasa, 15 Julai 2014

Minta Dihalalkan Resipi

allahuakbar.. tak sangka bulan puasa pon ade.. pendengki.. tak bole nak terima hakikat..

tak pelah bulan baik ni alise nak minta maaf la kat semua salah silap alise.. nak mohon ampun dari tangan ke tangan memang tak sampai kan.. so alise sampaikan maaf kat sini okey.. 




disebabkan keluar benda alah ni.. so lepas ni alise akan tutup page ni kat blog.. senang korang nak copy paste resipi..

and lepas ni alise halalkan segala entry dekat dalam blog ni untuk rujukan korang semua.. pepatah menyebut
 " bengkongsi lah ilmu walau dengan 1 ayat " kan.. 




salam nuzul quran untuk semua.. selangor & KL cuti kan harini.. neway,, korang baca quran dah juzuk berapa dah harini ?? sempat tak nak khatam 1 naskhah alquran tuuu??. insyaallah sahabat2 islam sekalian.. semoga dipermudahkan.. amin..



Semangat Raya ??

salam 17 ramadhan 


orang berbuka dapat makan kuih.. nasi berlauk kan.. ni alise dah dapat ketupat dah.. punya laju mengunjung erk.. jumaat lepas baru kasi hapdet arini.. 

rezeki kawan abah bagi.. alhamdulillah.. tapi alise tak lalu lagi makan ketupat.. awal lagi kot.. makan rendang ngan nasi panas jek.. owsem.. 

rumah alise start masak ketupat maybe 26hb dah siap mengunjung rumah jiran tetangga.. memang biasa buat awal 2/3 hari sebelum raya.. jadi pagi raya tinggal menjamu lauk dari jiran pulak.. 


Isnin, 14 Julai 2014

Takde Entry Ke Bulan Puasa?


meh sini nak jawab..

bukan xde entry langsung.. lagipon makruh dibulan puasa kan kalau tunjuk2 gambar makanan.. alise pon bukan hebat sangat memasak pon.. biasa2 jek..


keyword paling di cari ketika bulan ramadhan..


sebenarnya untung jugak kalau post resipi dalam blog.. bole jugak naikkan trafik blog kan.. tu pon entry lame2 sebanrnya.. 

yang baru ade 3/4 entry masakkan jugak.. tapi bio jelah lepas raya baru post.. bole jugak bagi idea pantas kalau tetiba orang datang terjah rumah kan..




sebab sekarang bank pon dah keluarkan penukaran duit raya.. so alise grab awal2.. anak buah je dah 20 orang.. belom lagi anak2 sepupu.. tengok jelah ade balance bape hengget lagi nanti.. 




Rabu, 9 Julai 2014

Segmen ~ GA Cik Anita Saya Nak MENANG BAJU FREE





1. Perlu ada entri baru dan link kepada belog ini.
2. Tajuk entry ialah " GA Cik Anita saya nak MENANG BAJU FREE".
3. Like page ini = AMALNAJWA COLLECTION
4. Lepas dah buat semua syarat di atas, sila komen di entry ini dan tinggalkan link anda. Biar mudah nak jejak nanti!
5. Kalau rajin buat sticky post okey.
6. Jangan lupa tag dua kawan korang juga. = farah & eiqa
7. TARIKH AKHIR sebulan dari sekarang iaitu, 14 OGOS 2014!!
8. Pemenang mungkin akan dipilih dua orang atau lebih.







Segmen ~ BlogWalking By Eiqa Almond



HADIAH ( perserta yang bertuah ) :
  • Kimono Cardigan ( labuh ) x 1 peserta yang bertuah
  • Topup RM5 x 2 peserta yang bertuah


TARIKH TAMAT : 24 Julai 2014

Khamis, 3 Julai 2014

Segmen ~ Saya Nak RM300 Duit Raya Daripada Nile.com.my


hadiah kepada para pemenang
2 x Lucky Winner , hadiah RM300 Cash
4 x Lucky Winner , hadiah RM100 cash


Camne nak join? Mudah je, buat satu blogpost dan follow 4 langkah berikut :

1. Tajuk: Saya Nak RM300 Duit Raya Daripada Nile.com.my

2. Letakkan gambar di bawah dan backlinkskan permalink ini 
-- > http://www.nile.com.my/page.php?cd=76


3. Hasilkan satu entri, kalau anda dapat Rm300 apakah yang anda akan beli sempena puasa or raya ini? (I.e. kelengkapan baju raya, belanja keluarga berbuka puasa, beli biskut raya, berbuka puasa di hotel, etc)

 -- > kalau dapat cash dari Nile alise nak beli oven.. sebab alise suka sangat membaking roti.. yang ade sekarang pinjam yang mak punya.. so kalau dapat bole la meriahkan tetamu dengan hidangan yang lazat2 kan.

4. Emailkan ke give_away@nile.com.my beserta tajuk email -- > Raya Giveaway (and your full name)

a. Blog Link -
b. Full Name -
H/p Number -

5. Result akan diumumkan di sini >> here <<. Closing date for the blog entry application is 21/07/2014, 11.59pm.

P/s:Pemenang akan berdasarkan , Lucky draw via random.org