tabung

Isnin, 30 September 2013

Nahas 3 Trailer



pagi khamis dapat berita ada sorang pemandu yang support order kilang alise terlibat dalam kemalangan.. ingat yang biasa2 jek.. rupanya mati dekat tempat kejadian.. ni metro hari jumaat punya.. 

si mati bole tahan baik la.. memang rajin.. seminggu sebelum tu ada sekali amik barang.. tapi masih biasa2 jek.. takde plak yang pelik.. tapi benda tak sangka kan.. 

masa kejadian si mati bawak barang sabun.. lori tu pulak lori si mati sendiri.. saper yang salah biarlah polis yang siasat.. 


Jumaat, 27 September 2013

Nak Ngadu Jap


adakah horoskop bulan JUN memang orang nye kelam kabut ke? cepat gelabah?

haishhh selagi tak settle hutang selagi tu la tak tenang.. kalau hutang kereta tu memang bayar bulan2.. ni hutang duit orang yang nak tumpang cash kan masuk dalam akaun ni.. takut woooo pegang duit cash banyak2.. huhu..

harini terpaksa kelaur 2x waktu office hour.. maaf.. bukan sengaja.. 

tu pasal kalau boleh jangan la ada urusan hari jumaat.. mencik mak hencik.. dah la tutup kol 12.45.. masuk balik pukul 3 petang.. pehhhh lemau kalau kena tunggu.. urusan paling benci hari jumaat dengan isnin.. tolong laaaa.. kalau hari lain takpe.. time rehat boleh je keluar..

eh??? dah pandai bebel kat belog la kita.. hahaha.. emosi punya pasal.. -_-

dah penat ke hulu kehilir g bank & pejabat pos.. kawan offer plak nak belanja marrybrown.. ohsem..  kawan yang sangat memahami penat nye saya arini.. :) * minta bahu.. nak nangis kejap * maka rezeki hari jumaat jangan di tolak.. ok.. cepat2 kunyah.. gluppp.. telan terus.. ohh.. penat..

borak punya borak.. terselit pulak cerita jiran kena rompak.. ini dah masuk kali ke 2 kena pecah.. oh scrayyy.. * teringat mak sorang kat umah *.. nasib takda kejadian berdarah.. * nampak sangat selalu layan drama tivi *..

fuhhh lega dapat ngadu dengan korang.. mekaceh..

Rabu, 25 September 2013

Dah Tahu Tapi Buat-Buat Tanye


** soalan yang paling buat orang bengang & bikin marah -_____- **

1) BILA ORANG NAMPAK KAU BARING TUTUP MATA ;
S : Kau tidur ke?
J : Tak lah , aku tengah training macam mane nak mati nanti.

2) KAU BAWAK TV YANG ROSAK JUMPA TECHNICIAN UNTUK DIREPAIR ;
S : Ye? Nak repair tv ke?
J : Tak lah , aku bosan! Saje laa aku bawak tv ni jalan².

3) TIME KAU BARU BANGUN TIDO ;
S : Kau dah bangun?
J : Ish tak laa , aku tengah tido sambil jalan laa.

4) KAWAN KAU CALL PHONE UMAH KAU ;
S : Weyh mane kau sekarang?
J : Sini , kat bus stop!

5) ORANG NAMPAK KAU KELUAR DARI BILIK MANDI BASAH² SAMBIL PAKAI TOWEL ;
S : Kau baru mandi ke?
J : Mana ade, aku jatuh dalam lubang jamban tadi!

6) PUKUL 7 MALAM , KAU BUKAK PINTU UMAH , BARU BALIK DARI KEJE ;
S : Hai , baru balik keje ke?
J : Tak lahh , baru nak pegi nih!

7) KAU KAT DALAM TOILET, PINTU BERKUNCI, ADA ORANG KETUK PINTU ;
S : Ada orang tak?
J : *suara kiut* Mane ade orang. Taik yang tengah bercakap ni.

Isnin, 23 September 2013

Monday Blues



itu dulu.. jom ubah..

^

^

^

^

^


sumber : facebook

pssstt.. jangan monday blues lagi ok.. :)

Jumaat, 20 September 2013

Contest ~ Mini GiveAway By SFaezah



Cara Penyertaan

  • Follow blog Me, Him & Life dan nyatakan anda follower yang ke berapa. (kepada yang sudah menjadi follower sebelum GA, sila gunakan no. #107.)
  • Buat simple entri yang bertajuk 'Mini Giveaway by Sfaezah'.
  • Copy banner GA diatas dan backlink ke entri ni. 
  • Nyatakan tempat percutian paling best yang korang pernah pergi setakat ni. (Tak kisah local atau oversea. Maybe korang pergi tempat dekat je, tapi kenangan dan orang yang ada masa tu membuatkan percutian tu best!)
  • Letakkan sekeping gambar terbaik korang semasa percutian tersebut.
  • Tinggalkan link entri GA korang di ruang komen entri ni. 
  • Tag 3 rakan dan pastikan mereka tahu mereka telah di 'tag'.


percutian yang paling best mestilah percutian bajet masa pergi SABAH tahun 2011.. 1st time lagi tau naik kapal terbang.. mesti la teruja kan.. stay 2 malam dekat gunung kinabalu, mandi kolam air panas, dengan tengok lampu air warna warni..

Khamis, 19 September 2013

Resipi ~ Ikan Cencaru Masak Sambal


sebenarnya family alise sangatttt kurang makan ikan.. abah alise lagi teruk tau.. paling geli kalau kami makan ikan keli dengan ikan pari.. sanggup tak makan sama-sama..

kami lagi suka gatah-gatah ayam.. lagi-lagi kalau ayam salut tepung KFC tu.. tak pandang nasi pon takpe.. 

ikan caru ni pon beli sebab nak jamu tetamu makan masa time datang beraya.. sebab masa tu stok ayam kurang kot kalau tak silap.. yelah.. 3/4 ari lepas raya.. ( lama ko perap resipi.. sori ).. 


ikan cencaru tabur dengan serbuk kunyit & sedikit garam.. lumurkan hingga sebati & goreng sehingga sedikit garing..


bahan tumis :
  • 2 biji bawang kecil
  • 3 biji bawang putih
  • i inci halia


panaskan minyak..

tumiskan bahan tumis hingga pecah minyak.. 


bahan penyedap / bahan tambahan :
  • 2 labu bawang besar dihiris bulat
  • asam jawa keping 
  • 1 sudu besar sos cili

gaul sebati bahan penyedap di atas dengan sedikit garam, serbuk perasa & gula.. 


masuk kan pula ikan & di gaul rata..

siappppp.. jangan lupa letak hiasan potongan daun sup diatas ikan.. nak kasi cantik-cantik..

Rabu, 18 September 2013

Sabun Marine Essence



sabun yang boleh menghilangkan :-

✔ Bau badan
✔ Kulit gatal-gatal
✔ Ruam pada bayi
✔ Kulit muka kering
✔ Pelembab terbaik
✔ Mengurangkan masalah gelap pada ketiak, leher, peha dll anggota badan
✔ Mandian yg selamat kerana Marine Essence tiada paraben

jom order..
email : alise@richwiseplaster.com

Selasa, 17 September 2013

Susun Atur Rumah ~ Cara Menyimpan Tudung Secara Tersusun


bukan main panjang lagi tajuknye.. hahaha

sejak dah pandai pakai tudung yang ada awning tu.. alahai.. kecewa terus kalau nak sangkut-sangkut.. sembarang letak kang takut awning patah plak.. lame dok pikir cara.. alise lagi suka pakai bawal @ shawl je.. lagi nampak kemas.. bole jugak nampak awet muda.. gitu.. :p


tengok pada keadaan tudung awning tu.. alise sangkut dekat hujung-hujung hanger je.. sampai melendut kan.. dah la hanger nipis.. elak patah je tu.. serabut kan??


yang shawl ni alise selit-selit..sidai kat hanger macam biasa.. bawal plak ikat pakai hujung tudung dekat hanger.. sama macam susun shawl tu.. senang nak cari kekdahnya.. tapi tak berapa kemas.. huhu.. tak suka..
 


sooooooo.. inilah penyelesaiannye.. dah banyak pon jual dekat pesbuk.. alise order klip hanger tudung ni. rm35/pc.. ada 17klip.. nak sangkut shawl pon  bole.. sesiapa nak order klip tudung awning pon boleh.. kalau nak order ngan alise email jek..



taaadaaa.. ni tempat letak shawl.. akak bagi.. hanger 4 baris terus.. semua shawl bole letak.. bole nampak nak kaler ape.. corak ape..

alise susun ikut peringkat.. dari bawah..
  • shawl kain cotton
  • shawl plain
  • shawl corak
  • bawal

yang ni plak.. tudung awning.. susun ikut kaler.. barulah cantik kan..


yang dalam kotak ni alise letak tudung bawal yang jenis kain tak berapa lembut.. kejung jek kalau pakai.. macam-macam kaler ada.. pastu ada yang pendek size nye.. senang cerita bawal yang dah tak nak pakai la.. ada jugak selit selendang kecik-kecik.. hah dok diam-diam dalam kotak ok.. 

yang hitam tu anak tudung sekolah yang kaler hitam tu.. simpan separuh.. kalau dah koyak boleh amik yang baru.. 

sekarang baru sedap sikit mata memandang.. gantung pon comel je.. nice..

Isnin, 16 September 2013

Tempat Makan ~ Grill & Steamboat Paling Best di Lagi Best, Tiram


selamat hari cuti.. salam 1 malaysia...

dah lama sangat nak makan steamboat jenis grill macam ni..kalau dekat dataran johor depan ngan Hospital Sultanah Aminah tu dah biasa sangat.. tu orang kedai yang masak kan.. ni nak yang alise masak sendiri..

hehehe.. tapi belom ada yang sudi nak melayan lagi waktu tu.. sekali dah dapat pujuk,, meh la kita pergi sebelum "orang tu" berubah fikiran.. kejadian pada selasa malam 10/09/13.. * giler lama nak hapdet *


tuan belog yang macam nak pergi panjat gunung kinabalu pakai jacket gitu.. ingat sampai ke malam hujan nye.. sekali panas ko.. peluh-peluh.. dah dekat tempat alise hujan lebat sangat kan.. tu yang pakai jacket..


kat tiram tu ada 2 kedai makan macam ni.. tapi lagi 1 tutup.. itu kedai cina punya tapi ada logo HALAL.. ni penting ye kengkawan.. yang LAGI BEST ni kedai melayu punya.. konsep kedai sama.. dua-dua corner lot..


harga makanan dah naik harga.. serasi bersama dengan kenaikan harga minyak.. huhu..





jangan terpedaya.. pinggan di atas tu baru nampak banyak kan.. tapi tak cukup untuk 1st masak.. hahaha.. sanggup kosongkan perot tau..




acara memasak pon bermula.. jom masak-masak.. 


starting.. yang seterusnya dah takde nak bergambar-gambar dah.. say bye-bye.. jom melantak.. -___*


sebelum meletup perot moh ler kite pulang ke pangkal jalan.. tengok la belakang tu.. betapa ramai nye orang.. mungkin sebab siang tu kan hujan.. tu yang sedap makan benda sup-sup.. panas-panas lagi.. dah macam orang korea jek rasa.. makan bakar-bakar kan.. bestnye.. 

pasni nak ajak reunion warga kilang plak.. seronok kumpul ramai-ramai..

Jumaat, 13 September 2013

Resipi ~ Ikan Siakap Masak Tiga Rasa Versi Hitam


menu ni biasa kalau pergi restoran-restoran selalu sangat nak order ikan masak 3 rasa kan.. tak kesah la ikan kerapu ke,, siakap ke,, yang penting 3 rasa.. tapi steam pon sedap jugak.. dasar tekak.. hewhewhew..

alise ni kalau pergi makan kan.. biasa mesti rasa apa bahan yang ada dalam masakan.. nanti kalau ada masa kat rumah boleh cuba-cuba.. best tau masak-masak.. 

resipi ni alise ubah sikit masak letak sos tiram sebab nak kasi hitam.. resipi ni asal dari akak yang kat sabah tu..ni alise olah sikit..


bahan tumis :

  • 1 labu bawang besar di cincang halus
  • 1 ibu jari halia di hiris nipis
  • 3 biji bawang putih diketuk
  • 2 tangkai lada besar dihiris nipis
 bahan hiasan :

  • sepotong nanas di hiris nipis
  • timun di potong dadu


sos yang diperlukan (di gaul rata )
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu besar sos cili
  • 1 sudu kecil sos tomato
  • 1 sudu kecil kicap cair


cara-caranya :
  1. panaskan kuali dengan minyak yang banyak untuk menggoreng ikan.. ketepikan..
  2. panaskan pulak sedikit minyak & tumis bahan tumisan sehingga naik bau..
  3. masukkan pula bahan sos sehingga sedikit mendidih..
  4. masukkan pula bahan hiasan..
  5. taburkan dengan sedikit daun sup.. siap..


layan pulak lauk sawi lemak dengan ikan sepat masin.. memang telan ailio banyak-banyak kali.. 

Rabu, 11 September 2013

Segmen Pertama Che Yam




Syarat-syarat :


* Wajib ada blog


* Follow Blog Che yam


* Copy Banner di atas


* Buat Tajuk " Segmen Pertama Che Yam "


* Tinggalkan link (URL entri) anda diruangan komen.
Tempat lain tidak dilayan. OK?


Hadiah Misteri..

Che yam akan pilih 2 pemenang..
Cabutan akan dibuat Cik Random..

Tempat Makan Paling Best & Hebat