tabung

Khamis, 29 Ogos 2013

Resipi ~ Mee Kari Lazat

masa raya tahun lepas ke 2 tahun lepas ek.. tak ingat plak.. akak buat mee kari masa orang datang marhaban.. alamak kak.. kenapa masak sikit sangat ni.. adoiyaiii nye pon.. teringat-ingat sampai dah raya lagi ni.. hahaha..

tapi tak mengapa.. semua sekarang di hujung jari.. mari lah kite google sahaja resipi.. tapi kenape banyak-banyak resipi sume bahan nye banyak-banyak ek? alise ni lagi suka pakai tak banyak bahan tapi rasa dia walllaaahhh.. 


bahan tumisan * diblender halus*

  • 2 labu bawang besar 
  • 5 ulas bawang putih 
  • 1 inci halia

bahan lain
  • mee kuning
  • serbuk kari
  • segenggam lada kering
  • kayu manis
  • serai
  • daun kari

cara-caranya:


1. panaskan minyak.. masukkan serai yang dititik bersama dengan kayu manis.
2. masukkan bahan yang diblender sehingga sedikit garing


3. masukkan pula lada kering yang dah siap di buang biji dan di blender halus.


4. masukkan pula air bancuhan serbuk kari dengan sedikit air supaya tidak berketul.

ni bahan seafood yang alise gunakan..

10 ketol fish ball
2 batang fish cake
10 ketol udang
dada ayam
daging rebus


5. masukkan pula bahan seafood tadi. tunggu sampai sedikit empuk.. daging tu di rebus dulu baru potong kecil-kecil.



6. akhir sekali masukkan santan.. kalau seafood tu tak masak lagi,,bole la letak santan cair dulu.. baru letak santan pekat.. takut pecah minyak kan..

ini adalah bahan hiasan

lada besar yang dihiris halus
daun sup yang dihiris halus
sawi yang dah di layukan
tauhu goreng
telur rebus
bawang goreng



7. akhirnya.. sila telan ailio.. hakhakhak :)

Rabu, 28 Ogos 2013

Air Tangkal Buang Hantu



air ni adik alise nampak kat dalam bilik sewa dia.. tapi adik takde plak nak menuduh mana-mana pihak.. just share jek nak tahu ape maksud disebalik air ni.. 

masa buka penutup air ni, nak tahu juga la kot air mineral biasa ke kan.. sekali bukan.. rupanya air kelapa.. 

minta jasa baik.. saper-saper yang tahu pasal ilmu-ilmu alam ghaib.. harap komen entry ni okey.. thanks..

Kod Warna Pada Ubat Gigi Yang Patut Anda Ketahui


Photo: RAHSIA KOD WARNA PADA UBAT GIGI

Kod warna pada setiap ubat gigi melambangkan kandungan@bahan asas dalam ubat gigi tersebut.

~ MERAH: Bahan semulajadi + bahan kimia .
~ BIRU : Bahan semulajadi + bahan ubat-ubatan.
~ HIJAU: Bahan semulajadi sahaja.
~ HITAM: Bahan kimia keseluruhannya.
sumber : Facebook

RAHSIA KOD WARNA
Kod warna pada setiap ubat gigi melambangkan kandungan@bahan asas dalam ubat gigi tersebut.

MERAH
Bahan semulajadi + bahan kimia .

BIRU
Bahan semulajadi + bahan ubat-ubatan.

HIJAU
Bahan semulajadi sahaja.

HITAM
Bahan kimia keseluruhannya.


Selasa, 27 Ogos 2013

Raya 2013 ~ Beraya


haritu ada hapdet potret raya bersama family..  kalini alise amik potret raya bersama kawan-kawan pulak.. semua kawan masa keje dekat Celestica Tampoi.. masing-masing semua mengendong 'handbag'.. meriah sangat2.. 

sambil beraya.. makan-makan,, borak-borak.. gosip pon ade jugak.. hehe.. memang lama betul tak jumpa diorang.. gambar makanan tak dapat nak amek.. semua duduk rumah sendiri.. cantik-cantik diorang deko..
ni kejadian sekali arung beraya.. dari petang sampai ke tengah malam.. dah kenyang nak drive balik pon tahan mata jelah.. 

rumah pertama:
kawan sebaya merangkap kawan 1 felda.. tapi berbual di pesbuk sahaja.. huhuhu.. rumah dia dekat Tiram.. duduk banglo 3 tingkat.. anak sorang.. lelaki.. pemilik rumah yang baju jeans biru tu.. yang kurung biru tu tuan punya belog.. ishhhhhh..



amboi.. plesing macam nak minta ponampar sedas.. orang lain tengok tv alise je still pandang kamera.. haha..

rumah kedua :
yang ni pon alise tak sangka plak dia kawen dengan technican line kitorang.. sebab bini dia yang benti dulu.. (gambar perempuan freehair) aleh-aleh dapat kad jemputan dekat pesbuk si suami dia.. tapi mungkin dah jodoh.. saper alise nak pertikai kan.. anak pon sorang.. perempuan.. ni rumah dia dekat Taman Scientex, Pasir Gudang.

gelak besar tak hingat.. ni kawan alise la ni nyakat..

adjust tempat

ok.. sekarang baru bole smile

rumah ketiga :
pon kawen dengan technican mesin jugak (yang pakai kurung pink).. anak dah 2 orang.. semua perempuan.. kebetulan masa raya ketiga-tiga rumah ni.. anak diorang semua sebaya.. size badan je lain-lain.. rumah dia dekat Taman Desa Jaya, Ulu Tiram..


ok.. yang gambar last ni alise nak selit masa alise pergi beraya rumah cikgu.. laki bini ni ajar kitorang since umur 10 tahun.. darjah 4.. lama kan.. cikgu lelaki ajar BM,, cikgu perempuan ajar matematik..

stilll ingat sampai sekarang.. hampir 18 tahun sudah.. anak cikgu ni pon dah bujang dah.. dah menetap dekat Bandar Penawar.. 


 



Resipi ~ Ayam Masak Lemak Cili Api Versi Bakar


time puasa sebelum ni.. banyak betul orang post resipi ni.. resipi ayam panggang.. kalau dah tengok masa puasa.. nafsu nak makan tu  bukan main la nak nak nak je kan.. tapi ape pon tak boleh.. 

alise ni bukan rajin sangat nak terjah bazar kalau puasa.. tapi ada 1x ayah beli ayam panggang.. ohhh kelaut nye rasa dia.. tau la puasa.. rasa manis gula pon xde.. so how.. mari la kite cipta resipi sendiri kaedahnye.. :)


bahan-bahan ( semua blender jadi bahan tumis )
  • 1 ekor ayam
  • 2 labu bawang besar
  • 5/6 ulas bawang putih
  • 3 ulas bawang kecil
  • 2 batang serai 
  • 1 inci halia / kunyit
  • 15/16 biji cili padi

bahan-bahan lain
  • 3 biji kentang (dipotong dadu kecil-kecil)
  • 2 cawan santan pekat
  • serbuk perasa, gula garam
  • sedikit air 

cara-caranya :
  1. panaskan sedikit minyak untuk menumis bahan tumisan.. boleh jugak letak serai yang di titik untuk menaikkan harum wangi dalam tumisan.. 
  2. bila tumisan dah wangi boleh lah masuk kan ayam.. tumis sehingga ayam bertukar warna sebentar..
  3. masuk kan kentang dah sedikit air.. 
  4. tunggu sehingga kentang empuk sedikit baru masukkan santan.. (alis letak santan akhir sekali sebab tak nak santan pecah minyak cepat.. hehehe)
  5. masukkan serbuk perasa, gula & garam.. 
  6. apabila ayam & kentang dah empuk & santan pula semakin mengering bolelah di ambil ayam nye untuk di panggang sebentar..
  7. ayam yang di panggang tadi kalau kering sangat, bolehlah di salut dengan kuah yang kita masak tadi..
  8. siap..
zoom sikit.. sedapnye bahagian peha ni..


Sabtu, 24 Ogos 2013

Sorang Lagi Artis Memeluk Islam



alhamdullillah.. di beri petunjuk awal oleh Allah.. akhirnya stacy memeluk islam selepas tertarik melihat abangnya Muhammad Amin (Andrea) memeluk islam pada januari yang lepas.. syukur..

beliau merupakan insan ke 216 yang dipimpin di bawah pimpinan Shahadah oleh Nur Farhana Ambiang telah melafaz shahadah di Keningau dan mengambil nama Nur Aisyah Rabiah sebagai nama islamnya.. 

sumber : klik sini


Jumaat, 23 Ogos 2013

Raya 2013 ~ Juadah Seminggu Raya Lepas

alhamdulillah.. masih beraya lagi ke korang??.. dah hari ke berape ek kite beraya?.. tapi alise puasa 6 pon baru dapat 2 hari.. minta-minta sempat lagi..  insyaAllah.. 

sendat tak perot korang.. datang beraya mesti tuan rumah hidang makanan best-best kan.. mahu tak sendat perot.. penat jek diet bulan puasa.. huhu.. puasa turun 5kg.. raya naik 10kg..*tipu* haha..  tapi takpe.. time puasa 6 nanti bole diet lagi.. seminggu raya ni kasi melantak habis-habisan dulu.. hahaha (macam bela saka dalam badan.. santak teros)

hari pertama
masa ni tak beraya mane-mane pon.. jadual penuh.. dari lepas sembahyang.. salam.. terus join ikot pergi marhaban.. tahun ni tak tahu la kenapa lambat beno habisnya.. pukul 3 petang baru habis.. mula pukol 10.30 pagi.. naik kematu lutut.. 
rumah alise takde hidang ape2.. cuma sediakan air dengan kuih raya jek.. sebab rumah alise last.. kompom penuh punya dah perot masing-masing.. kuih pon 4/5 jenis jek.. tak berape nak ada mood pulak nak sambut raya tahun ni.. tapi baju raya sampai 5.. hakhakhak.. 

hari kedua *tiada gambar*
nasi impit dengan kuah kacang je.. lodeh dah masuk tong sampah.. ayam merah dah basuh.. biar tahan lama..  

hari ketiga
sedih.. time ni alise dah mula keje.. mood memang swing habis.. tapi balik pukul 1.. ape ade hal.. santai jelah keje.. *sedapkan hati*..

belom sempat sampai rumah,, family abang ipar dah sampai dah rumah nak beraya a.k.a melawat mak.. sinsing lengan terus goreng ayam dengan potong timun buat ulam.. ayah masak rendang putih daging.. 


rendang putih daging *resipi kemudian*

hari keempat
hari ahad ni mencabar sikit.. alise start masak pukul 9 pagi.. tetamu sampai pukul 11.. seperti biasa.. kelam kabut sikit.. adik beradik takde yang balik time ni.. alise masak sorang2.. ikan pari asam pedas.. lemak pucuk ubi.. sambal ketok ulam timun.. daging semalam ada lebih.. hangatkan saje.. 


dapat jugak la sedar tido 2 jam.. sebelum diorang bangun alise buat cucur udang cecah sos.. sedap sangat katenye.. siap tapau 1 plastik.. takpe bole wat kudap2 kalau jem kan.. rezeki jangan tolak..



hari kelima
lepas sedara2 balik masa hari ahad tu.. laju2 potong daging.. nak buat sate goreng.. (resipi tekan sini ) potong kecik2.. perap daging dengan bahan-bahan 2jam.. terus masak.. sambil tu kupas kentang nak buat wedges.. sebab ari isnin tu ada sedara lagi nak datang.. tapi ramai budak-budak.. memang kena la makanan sate & wedges.. hahaha.. 




hari keenam
time ni dah start keje.. balik tu kelentang-kelentung kat dapur.. dari opis memang nak sangat makan ayam percik.. sekali buat jadi plak.. hehehe.. suka.. selera je tengok mak makan.. siap ada sambal potong.. ulam dengan kentang masak air..



hari ketujuh
masa ni umah alise ada buat makan-makan untuk budak opis.. senang diorang datang sekali arung.. buat mee hoon goreng , kentang wedges dengan goreng nugget jek.. 



p/s : sorry pada yang puasa 6.. semua gambar makanan kan.. o_*

Khamis, 22 Ogos 2013

5 Tahun



alhamdulillah.. genap 5 tahun semalam.. masih bertahan lagi untuk bekerja di tempat sekarang.. semoga kudrat ku ini bertahan sehingga untuk mencari sesuap nasi.. 
tapi sedikit terkilan sebab tak dapat lagi pekerjaan yang di inginkan.. moga diiringi doa dari IBU.. termakbul kan.. kena yakin & berusaha.. insyaallah..