tabung

Selasa, 18 Jun 2013

Resipi ~ Puding & Cocktail Kastard

jangan ada yang ngences ae petang2 ni alise post resipi.. mane tau bile tengok je,, petang karang korang rajin nak buat kan.. ai is bagi resipi sekali 2 hokey.. baik tak ai?? hahaha.. puiii..
***** Puding Kastard *****
bahan-bahan :
1 cawan tepung kastard
3 cawan air
1 1/2 cawan susu cair
1/2 cawan gula

cara-cara :
  • larutkan bahan2 diatas didalam periuk kecuali tepung kastard.
  • kemudian masukkan tepung kastard dan di kacau rata dengan senduk kayu sehingga tepung tidak berketul @ bergentel.
  • masak di atas api yang sederhana & kacau hingga menjadi pekat & berkilat.
  • tuang kedalam acuan @ loyang yang telah di basahkan supaya mudah dikeluarkan nanti.
  • biarkan puding sejuk sedikit. kemudian simpan dalam peti sejuk.
==============================================================================================


***** Cocktail Puding Kastard *****

bahan-bahan : (kuah)

1 tin susu cair
1 tin mix fruit cocktail
1 1/2 tin air masak
4 sudu besar gula pasir

cara-caranya :
  • campurkan semua bahan ke dalam periuk.
  • kacau sebentar dengan api yang kecil untuk melarutkan gula sahaja.. tidah perlu mendidih.. (takut pecah susu)..
  • biarkan sejuk sedikit. kemudian simpan dalam peti sejuk.

4 ulasan:

Nory Zoulkefle berkata...

wowww...sedappp nihh...
meh hntar sini skit..hehe

ini kisahnya berkata...

elak berkecai jek puding nye nanti nory.. dah dapat lom adiah?

Syamimi Saad berkata...

terliur nengoknya..alise ni suka goda2 kan..haha

ini kisahnya berkata...

mimie : lor.. tak dengki lagi ni.. kasi tunjuk jek.. hahaha..